Perang kem PKR sudah bermula! Latheefa sudah koyak! Khalid Ibrahim jelas membuktikan lagi bahawa pentadbiran Selangor tidak boleh dikritik!
Memang sudah nyata PKR, DAP dan PAS tidak dapat menerima teguran yang baik. Mereka akan bertindak dengan memecat sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan tindak-tanduk kepimpinan mereka!
PKR Mula Retak, Latheefa Koya Sah Letak Jawatan
Published by AIDC on July 16, 2012
AIDCNews – 16/07/12 – Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya hari ini mengesahkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), lapor Antarapos.
Laman FMT turut mengesahkan peletakan jawatan Latheefa melalui surat yang dihantar hari ini yang berkuat kuasa serta merta.
Dalam surat itu, Latheefa berkata bahawa kedudukannya tidak dapat dipertahankan sejak Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan exco negeri bercadang mahu memecatnya.
“Saya merujuk e-mel dalaman kepada anda mengenai kebimbangan saya tentang projek perumahan untuk golongan miskin yang saya juga telah hantar kepada anda dan pemimpin tertinggi parti lain baru-baru ini.
“Surat itu tidak berkaitan dengan MBPJ. Ia telah menjadi suatu perkara yang diketahui umum dan bahan spekulasi.
“Di bawah keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ telah menjadi tidak boleh dipertahankan,” kata Latheefa yang juga ketua Penerangan PKR.
Latheefa Koya juga merupakan ketua whip bagi Ahli Majlis PKR di MBPJ dan ahli One Stop Center OSC yang meluluskan sebarang projek di MBPJ.
AIDCNews 13 Julai mendedahkan terdapat satu gerakan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid untuk memecat Latheefa daripada menjadi ahli MBPJ.
Abdul Khalid sendiri yang mencadangkan pemecatan peguam hak asasi manusia itu dalam mesyuarat exco yang mendapat sokongan majoriti exco kerajaan negeri.
“Semuanya bermula dengan satu surat yang dihantar oleh Latheefa kepada Menteri Besar, satu ketika lalu yang mengkritik pentadbiran Abdul Khalid,” kata sumber portal FMT.
Salinan surat itu turut dihantar kepada pemimpin PKR, termasuk Ketua de facto, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah Latheefa turut didakwa menghantar beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) mempertikai pentadbiran Khalid terutamanya dalam isu rumah setinggan.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Orang luar sudah ada yang bermukim di dalam kubu BN! Mereka ini tidak mahu rakyat di kawasan tersebut selesa dan senang dengan BN. Mereka mahu rakyat Sarawak sengsara seperti di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Sememangnya orang luar tidak mahu rakyat Sarawak mengecapi hidup yang mewah dan bahagia. Mereka ini mempunyai PHD atau perasaan hasad dengki yang tinggi apabila melihat rakyat Sarawak hidup senang dan harmoni.
Mereka semua ingin melihat kegagalan negeri Sarawak supaya mereka dapat mengaut keuntungan dengan senang apabila negeri Sarawak kucar-kacir! Baik minyak, kayu balak dan baru-baru ini emas! Semoga rakyat Sarawak jangan mudah terpedaya dengan orang luar ini.
Naroden ingatkan rakyat agar sentiasa bersatu
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
SRI AMAN: Rakyat diingatkan agar sentiasa bersatu agar ‘orang luar’ tidak berupaya menggugat kestabilan politik yang sedang dinikmati di Sarawak ketika ini.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Keusahawan) Datuk Mohd Naroden Majais berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Keusahawanan di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.
Katanya, ‘orang luar’ yang dimaksudkan itu seperti parti pembangkang yang ‘berkampung’ di sini dan seterusnya cuba melemahkan kekuatan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Menurutnya mereka ini hanya mahu kuasa dan bertindak memecah-belahkan perpaduan rakyat disebabkan enggan melihat rakyat menikmati kemajuan dari semasa ke semasa.
“Saya berharap anda menghargai nikmat kemajuan yang anda kecapi hari ini dengan terus berdiri teguh di bawah payung kerajaan BN nanti,” katanya.
Seramai 125 peserta menyertai Seminar Keusahawanan anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Engkilili.
Seminar membabitkan peserta dari tujuh cawangan PBB dan 10 ranting PBB Engkilili itu dikendalikan Ketua Pusat MARA Sarawak Visnu Majnis dan Pengurus Besar Tekun Nasional Sarawak Roslan Ais.
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Seminar Keusahawan Richard Tawan Sedus serta Pegawai Tekun Nasional Benedict Jed dan Petrus Igat.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Khabar angin di Santubong bertiup kencang tanpa angin. Namun pokok kini terpaksa digoyangkan menggunakan tangan. Ada pihak yang cuba membunuh kerjaya politik masing-masing dengan mengganggu urusan pihak atasan BN!
Sekiranya benar sepatutnya tunggulah keputusan rasmi dan jangan membuat perhitungan sendiri! Wan Junaidi pun sedar siapa yang mengganggu kawasan beliau. Adakah mereka ini mendapat persetujuan pihak atasan atau sengaja menduga nasib di Santubong?
Karier politik Wan Junaidi terus menjadi persoalan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
SANTUBONG: Karier politik Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar terus menjadi persoalan dengan khabar angin terbaru menyatakan beliau tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Santubong namun ditawarkan jawatan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata, perkara tersebut hanya khabar angin sahaja kerana tiada sebaran kepastian secara rasmi sama ada daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Tidak ada orang berkuasa (Perdana Menteri atau Ketua Menteri) memutuskan me-ngenai perkara ini, justeru saya menganggap ia merupakan khabar angin sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pembayaran Elaun Sara Hidup Secara Tunai dan Perasmian Baik Pulih Rumah Nelayan 2012 di sini, semalam.
Menurut Wan Junaidi, sebarang keputusan berhubung masa depan karier politiknya akan diterima dengan hati terbuka.
“Kalau benar tidak dicalonkan semula, saya tidak akan membuat sebarang aduan.
“Saya bersifat terbuka kerana sebagai ahli parti…sebarang keputusan akan diterima,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berharap pada masa akan datang Parlimen Santubong terus dijaga dengan baik.
“Kawasan ini masih memerlukan Barisan Nasional (BN) untuk merangka lebih banyak pembangunan,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, sokongan yang masih diberikan pemimpin akar umbi kepadanya adalah secara ikhlas dan bukan dipengaruhi pihak tertentu.
“Mereka secara ikhlas masih menyokong saya,” kata Wan Junaidi.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Usaha yang baik untuk mengambil hati pengundi belia terutama sekali dari kaum Cina dengan menganjurkan program menonton wayang.
Ini adalah acara yang julung kali diadakan dan merupakan langkah yang berani untuk menarik golongan belia dari kaum Cina. Semoga mereka berjaya mencapai sasaran untuk mendapatkn 400 orang belia cina yang akan menonton wayang bersama dan menguatkan jentera 1BN!
BN gabung jentera parti
Oleh Nick Fletcher. Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
UNTUK BN: Dr Sim (duduk, dua kanan) melihat laman Facebook Malam Bersama Sahabat P.195 (Parlimen Bandar Kuching) dan P.196 (Parlimen Stampin) sambil disaksikan oleh Audie (berdiri, tiga kanan), Wendy (berdiri, empat kanan) dan Winnie (duduk, dua kiri) serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain. — Gambar Mohd Rais Sanusi
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri kini dalam usaha melakukan penggabungan bersepadu jentera parti komponennya bagi mengukuhkan sokongan pengundi Cina di bandar raya ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Konstituensi yang disasarkan ialah Batu Lintang, Batu Kawah, Pending, Bandar Kuching dan Stampin.
“Kami akan melancarkan ‘1BN’ iaitu melibatkan jentera parti komponen BN Negeri kerana kami mahu BN Negeri bersatu padu.
“Tujuan kami ialah untuk mengukuhkan lagi sokongan pengundi terutama daripada kaum Cina kerana sokongan mereka amat penting,” kata Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Pending Athanasius Audie Chua.
Beliau menyatakan demikian bagi mengulas penganjuran Malam Bersama Sahabat P.195 (Parlimen Bandar Kuching) dan P.196 (Parlimen Stampin) yang akan diadakan pada 29 Ogos depan di MBO, tHe Spring di sini.
Terdahulu, Audie mengetuai delegasi ahli jawatankuasa Majlis Malam 1Malaysia anjuran Pergerakan Wanita SPDP Bahagian Pending mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Prof Dr Sim Hui Kian.
Hadir sama ialah Ketua Wanita SPDP Bahagian Pending Winnie Lim dan Timbalannya yang juga pengerusi pengelola Wendy Earnest Sadan.
Program tersebut akan membabitkan ahli-ahli daripada semua parti komponen BN Negeri termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Sementara itu, Wendy berkata seramai 400 orang dijangka menghadiri acara yang julung kalinya diadakan itu.
“Kami menjangkakan panggung wayang akan penuh dengan sasaran kehadiran melibatkan generasi muda,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Memecahkan sekutu dengan berkesan adalah strategi penting dalam setiap pertempuran. Tetapi apabila pihak lawan sudah berpecah-belah maka senanglah bagi pihak musuh untuk meraih kemenangan dengan mudah!
Sememangnya menjelang demam PRU13 ada tiga pihak yang akan tidak tidur lena. Pihak yang tidak pasti akan dikekalkan, pihak yang akan melobi untuk menjadi calon baru dan juga pihak yang bertanding menentang penyandang kerusi.
Kawasan yang memiliki tiga watak ini adalah paling bahaya. Ia boleh menjadikan kawasan putih kepada hitam dengan serta-merta. Rakyat yang sudah memberi mandat kepada wakil rakyat mereka akan kecewa sekiranya wakil rakyat mereka ditukar tanpa memaklumkan mereka. Janji wakil rakyat dahulu belum dilaksanakan dengan penuh kemudiannya ditukar dengan calon baru atau calon payung terjun!
Pemerintah seperti tidak menghormati rakyat di kawasan tersebut! Harapan rakyat yang sudah menerima janji mungkin tidak akan ditepati apabila wakil rakyat sudah bertukar. Ini menyebabkan rakyat seperti tertipu dan memberikan undi protes! Semoga kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sebelum membenarkan calon payung terjun seperti ini lagi.
Amalan berpuak-puak hanya melemahkan kekuatan parti
Posted on July 17, 2012, Tuesday
MIRI: Amalan berpuak-puak dalam parti politik hanya akan melemahkan kekuatan atau keutuhan parti terbabit seterusnya menjadikan parti itu terumbang-ambing ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pemerhati politik Wan Zain Syed Mohdzar tidak menafikan terdapat segelintir pihak masih mengamalkan sikap berpuak-puak meski-pun berada dalam parti politik yang sama.
“Amalan sebegini hanya akan menjadikan parti politik itu lemah, tergugat dan gagal mendapat kepercayaan semula rakyat lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.
Beliau memberitahu, amalan berpuak-puak dalam parti timbul apabila seseorang individu berpengaruh gagal melobi pada PRU atau tidak menyukai calon yang dike-tengahkan oleh parti.
“Individu terbabit kemungkinan kecewa atau hampa dengan calon pilihan parti.
“Atas alasan itu, mereka berusaha menjatuhkan calon terbabit terutama parti dengan berpihak kepada parti lawan,” jelasnya.
Wan Zain menjelaskan, sesebuah parti politik yang dianggap kukuh dan kuat selama ini akan tumbang jika sikap mementingkan diri sendiri atau amalan hasut menghasut dalam parti wujud.
“Sewajarnya golongan ini akur dengan kehendak parti dan tidak derhaka kepada parti kerana faktor kemenangan parti-parti politik pada PRU kelak terletak pada kekuatan parti di peringkat akar umbi,” ujarnya.
Pada masa sama katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) dilihat mampu mengekalkan kemenangan besar pada PRU kelak jika tidak berlaku perpecahan dalam parti.
“Semua ahli parti harus menghayati perjuangan parti serta menolak kepentingan peribadi kerana ia hanya akan memberi kelebihan kepada parti lawan untuk memanipulasi kepercayaan rakyat,” katanya.
Beliau menambah, kemun-culan parti-parti politik baharu memberi cabaran besar kepada BN dan ia secara logiknya akan memecahkan bilangan undi rakyat.
“Sehubungan itu, sekiranya BN ingin kekal menjadi parti di hati rakyat, amalan berpuak-puak dalam parti harus dielakkan dan ahli-ahli parti harus bersatu padu me-ngukuhkan kekuatan parti,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad