Politik maki hamun PAS semakin tidak disenangi di Malaysia. Baru-baru ini Ceramah Kosong PAS di Johor mampu menarik penyokong buta 500 orang sahaja.
Bukan itu sahaja, Hadi Awang turut menyatakan bahawa kemiskinan di Lahad Datu punca puak pengganas Sulu menyerang. Hadi Awang sememangnya buta sejarah dan tidak tahu mengenai Lahad Datu. Kalau di Sarawak penduduk Iban menagih Hadi Awang untuk bercawat adakah penduduk Sabah akan membenarkan Hadi Awang berpijak di Sabah.
Akibat terlampau memaki hamun dan kurang berzikir maka Hadi Awang semakin nyanyuk dan tidak berfikiran waras. Agaknya selepas ini mungkin Sultan Tiram bakal menyerang Kelantan pula untuk bergabung dengan Hadi Awang!
HamPAS betullah perjuangan PAS PIS PUS ini!
Pasca BR1M-Firaun: Hadi salahkan Lahad Datu miskin punca serangan pengganasOleh AZIZI MAJID
POLITIK MAKI HAMUN... Abdul Hadi Awang berucap dengan antara lain menuduh kemiskinan di Lahad Datu sebagai punca serangan kumpulan pengganas Sulu dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
WALAUPUN membariskan pemimpin utama pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, namun ceramah ini dihadiri kurang 500 orang di di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU 17 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.
Walaupun umum mengetahui kumpulan pengganas itu menceroboh Lahad Datu kerana mahu menuntut lebih pampasan terhadap Sabah, namun Abdul Hadi pula menyifatkan masalah kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu sebagai pencetus serangan itu.
Dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini, beliau dengan nada angkuh mendakwa insiden serangan tersebut tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.
"Di Lahad Datu, Sabah selepas 50 tahun merdeka, masih banyak rumah atas air, tanah banyak di darat tapi tidak diberi (kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada, ini mengundang musuh luar datang," katanya.
Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; dan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
Walaupun menampilkan nama-nama besar pimpinan pakatan pembangkang, namun ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 9 malam itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri kurang 500 orang. - UTUSAN ONLINE