- 3 April 2013 Pembubaran Parlimen
- 6 April 2013 Perlancaran Manifesto BN di Stadium Merdeka
- 8 April 2013 Mesyuarat Khas SPR
- 14 April 2013 Penamaan Calon
- 27 April 2013 Pembuangan Undi
petang mukaku menunggu cahaya...
PRU13 mungkin selewat-lewatnya Nov
by Rusnan Mustafa. Utusan Borneo 3 Ogos 2012, Jumaat
KOTA SAMARAHAN: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kemungkinan akan diadakan selewat-lewatnya November tahun ini.
KARIM
Ramalan itu disuarakan oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah semasa ditemui selepas majlis penyerahan biji benih labu di Dewan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan semalam.
Namun, beliau memberitahu keputusan muktamad mengenai PRU13 terletak di tangan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jadi sekarang kita berada pada pertengahan jalan di mana jika kita membubarkan Parlimen sekarang, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak mampu untuk tidak dibubarkan.
“Ini mungkin perkara yang menghalang Perdana Menteri daripada mengumumkan pembubaran pada waktu itu walaupun beliau mungkin mahu berbuat demikian, tetapi jika beliau merasakan pihak pembangkang tidak akan membubarkan kerajaan tidak guna pilihan raya diadakan kerana selepas pilihan raya kita masih hilang empat negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapannya sebelum itu yang menyatakan PRU13 kemungkinan akan diadakan dalam tiga bulan ini iaitu September, Oktober dan selewat-lewatnya November tahun ini.
“Jadi mungkin itu sebabnya kenapa mereka perlu menunggu sehingga selepas (sambutan) merdeka atau perayaan Hari Raya atau dalam bulan September, Oktober dan November… itulah pandangan saya,” tambahnya.
Selain itu, beliau memberitahu kekerapan menteri persekutuan datang ke negeri ini juga mungkin salah satu petanda PRU semakin hampir.
Terdahulu dalam ucapannya, Karim yang juga ADUN Asajaya berkata:”PRU13 mungkin akan diadakan dalam tiga bulan ini iaitu pada September atau Oktober atau selewatnya November ini.”
Pada masa yang sama, beliau menasihati rakyat di negeri ini supaya bijak memilih parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat.
Tambahnya, sikap pembangkang yang diibaratkan seperti lalat atau langau yang datang mengikut musim dan mencari keburukan hanya mengaburi mata rakyat.
“Mereka lebih kurang kita melihat lalat atau langau yang akan datang cari benda yang busuk, macam itulah saya melihat pembangkang apabila dekat pilihan raya mereka akan datang dan cari keburukan (BN) selepas itu hilang,” ujarnya.
Kenyataan Pengerusi SPR Cetuskan Spekulasi Tarikh Pilihan Raya Umum
KUCHING, 9 April (Bernama) -- Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof Isnin tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.
Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.
"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun...tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.
Abdul Aziz berkata mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.
Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.
-- BERNAMA
Najib ikut kehendak rakyat
Posted on March 23, 2012, Friday
PETALING JAYA: Pandangan rakyat diambil kira pilih calon pilihan raya.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon bagi pilihan raya.
“Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi harus bertanding,” kata Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui daripada stesen radio 988 FM dalam program satu jam ‘988 Street VIP’ semalam.
Sebagai contoh kata Najib, jika orang ramai di sesuatu kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini mewakili mereka, maka beliau perlu membuat keputusan.
Persoalan yang akan timbul akhirnya ialah sama ada beliau selaku Perdana Menteri dapat memenuhi kepentingan rakyat atau tidak, katanya.
Najib berkata beliau akan dipersalahkan kerana menggugurkan mereka.
“Kita tidak boleh salahkan pemimpin kerana pemimpin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Itulah prinsip yang saya pegang,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini akan diadakan pada Mei atau Jun, Perdana Menteri berkata apa saja boleh berlaku tetapi memilih tarikh pilihan raya bergantung kepada banyak faktor.
Katanya, apa yang penting ialah untuk meyakinkan rakyat bahawa masanya adalah sesuai dan terdapat keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan.
“Saya masih menilai keadaan semasa lawatan saya ke seluruh negara. Saya ingin lihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap saya dan terhadap kemampuan kita menyelesaikan isu-isu semasa.
“Mudah-mudahan terdapat faktor-faktor keyakinan yang baik malah yang kukuh, maka itulah masanya saya rasa kita akan adakan,” katanya.
Mengenai serangan peribadi dalam laman Facebook beliau, Najib berkata itu sudah dijangka kerana dalam alam siber, semuanya boleh belaka. “Tapi, jika ada teguran positif dan membina, saya rasa ia baik untuk negara melibatkan rakyat.
“Rakyat harus menyatakan pendapat. Sebagai pemimpin, terpulang kepada kita untuk melibatkan mereka. Proses penglibatan rakyat ini baik untuk kita. Saya menyambut baik proses ini dan berharap rakyat akan melihatnya secara positif,” katanya. — Bernama
'Saya ada tarikh PRU, tapi tak boleh dedah'
20 Mac 2012![]()
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.
Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.
"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.
Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.
Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.
Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.
"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.
"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.
Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.
Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Bernama
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants