Selasa, 5 Oktober 2010
Bintulu Tetap Mahukan Taib untuk Memimpin Mereka
Sokongan padu 2,000 ahli parti komponen BN sambut Taib
TERUSKAN PERJUANGAN: Barisan penyokong dan ahli-ahli parti komponen BN yang menyambut ketibaan Taib (gambar kanan) di Lapangan Terbang Bintulu, semalam. Turut kelihatan Talib (kanan).
October 4, 2010, Monday
BERNAMA
BINTULU: Kain rentang berbunyi ‘Hidup Pehin Sri Taib’, ‘Hidup Barisan Nasional’, ‘Kami ahli PBB masih perlu pimpinan Pehin Sri Taib’ dan ‘Kami mahu YAB Pehin Sri terus memimpin kerajaan BN Sarawak’ mengiringi ketibaan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Lapangan Terbang Bintulu semalam.
Laungan ‘Hidup Pehin Sri’ dan ‘Hidup BN’ daripada kira-kira lebih 2,000 orang ahli parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menambah kemeriahan sambutan ketibaan beliau yang menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri di Medan Niaga SEDC malam tadi.