Menurut rakan blogger semuthitam80, pakatan haram bakal menukar bendera Malaysia sekiranya berjaya memerintah MALAYSIA. Bukan setakat itu sahaja malah bunga rasmi,bahasa rasmi dan juga banyak lagi yang rasmi turut dirombak sekiranya ketua peliwat berjaya ke Putrajaya!!!
Kalau kita semua tidak melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan ketua peliwat ini habislah semua peninggalan perdana menteri kita daripada yang pertama hinggalah yang terakhir!
Marilah kita sama-sama pastikan ketua peliwat cuma berjaya menawan Putrajawa!!!!
Kemaluan Mereka Terus Terdedah
Oleh semuthitam80
PUAK-puak Pakatan sekarang ini yang malu besar dengan terbocornya rahsia bahawa mereka memang nak tukar bendera negara ini.
Setelah memerintah besok, cuba menutup kemaluan tersebut dengan mengatakan bendera itu adalah bendera Malaya yang lama.
Tak sempat pulak nak selidik betul ke tidak itu bendera Malaya yang lama sebab kalau benar sekalipun, apa kaitannya?
Yang penting sekarang, apa justifikasinya dibawa bendera itu semalam? Sempena hari kemerdekaan pulak tu.
Apa tujuannya? Adakah sebab nak tukar bendera setelah berkuasa besok seperti yang diucapkan Manoharan dulu?
Penulis juga terfikir, adakah dengan menghidupkan semula bendera lama ini Pakatan Rakyat nak halau keluar orang cina dan India?
Sebab masa Malaya, orang cina dan india tidak ada lagi kewarganegaraan Malaya tapi kewarganegaraan Bristish.
Bila benda ini (tukar bendera) dah mula jadi punca kemarahan orang Malaysia, Anwar khabarnya cepat-cepat tepis kaitannya dengan Pakatan Rakyat.
Tapi sementara Si Ketua Penipu tu nafi, pegawai khasnya pulak confirm itu bendera Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah, beritanya sila rujuk sini.
Rakyat lebih cenderung untuk percaya cakap pegawai khasnya sebab Anwar kaki kelentong nombor satu, pegawai khasnya belum tentu.
Jadi gamaknya sahlah bendera Malaysia ini nak ditukar bila Pakatan Rakyat ini memerintah ya, sebab ada gambar dibawah ini,
Kita serahkan kepada rakyatlah untuk tentukan sama ada nak sokong tindakan ini atau tidak. Sudah tentu rakyat yang perlu endorse, bukan Si Ketua Penipu tu sorang je. Agak-agaknya apa lagi dia nak tukar? Lagu kebangsaan, bunga kebangsaan, agama rasmi Persekutuan?
- Posted using BlogPress from my New iPad
Besok merupakan hari himpunan kejutan besar oleh PAS! Dr Teo akan menjadi wakil PAS untuk merebut kawasan Miri! Sebelum ini Dr Teo pernah bertanding atas tiket PKR di Sibuti tetapi kalah kepada Ahmad Lai dari BN/PBB.
Akibat kecewa dengan PKR dan DAP maka beliau telah membenarkan PAS mengadakan Himpunan Hijau di atas tanah milik beliau di Lot 1090 Brighton Road! Beliau cuma meminta untuk menjadi wakil PAS untuk merebut kawasan Miri daripada DAP dan SUPP?
PAS cuma memberikan syarat agar Dr Teo masuk Melayu dan menjadi Dr Mohd Teo bagi merebut kawasan Miri menjelang PRU13? Kononnya Hadi Awang akan menjadi saksi untuk upacara tersebut?
Selanjutnya sila ke pautan
ini.Ramai yang tertanya-tanya kenapa Ustazah Abby Abadi tidak turut serta dalam Konsert PAS? Apa Konsert PAS?
- Posted using BlogPress from my New iPad
Sarawak menjana ekonomi dengan maju selepas pembentukan Malaysia. Rakyat Sarawak terus mengecapi kemakmuran dengan pesat dalam setiap kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN.
Setiap bandar sudah dinaiktaraf menjadi bandaraya. Terdapat desa yang membentuk daerah dan kota menjadi bandar. Setiap peningkatan ini membuktikan kemajuan yang telah dibawa oleh pemimpin yang lalu dan bakal diteruskan oleh pemimpin masa hadapan. Inilah kesinambungan legasi dalam kerajaan BN yang bakal dinikmati oleh anak cucu kita di masa hadapan.
Apakah ini tidak menunjukkan bahawa janji sudah ditepati? Rancangan Malaysia turut memastikan agar dasar kerajaan dilaksana dengan telus dan memberi kemudahan dan projek pembangunan kepada rakyat Malaysia amnya. Inilah harapan yang telah dibawa oleh pemimpin yang lalu agar rakyat Malaysia menjadi merdeka dan bebas mengecapi kemajuan dan meningkatkan pendapatan tanpa menghiraukan ancaman daripada sesiapa pun!
Bebas berniaga, bebas bekerja dan bebas untuk mengisi perut tanpa perlu khuatir kepada pihak penjajah dan pendatang asing. Tidak perlu lagi untuk bersaing dengan warga asing kerana telah diperuntukkan kuota untuk bumiputera dan bebas untuk makan gaji atau bekerja sendiri! Alangkah nikmatnya setelah merdeka!
Nikmat kemerdekaan
by Reno Benjamin. Utusan Borneo, 1 September 2012, Sabtu
Sarawak makmur, capai pelbagai kemajuan selepas sertai Malaysia: KM
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kemerdekaan telah membawa kemakmuran yang begitu baik sekali kepada Sarawak selepas menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Katanya, kemerdekaan telah menyebabkan Bumi Kenyalang pada hari ini mencapai kemajuan yang lebih banyak berbanding sebelum merdeka.
“Selepas merdeka, kita telah dapat meningkatkan pendapatan perkapita anak-anak Malaysia daripada RM668 setahun kepada lebih RM37,000 setahun pada hari ini.
“Ini merupakan penambahan kekayaan perkapita anak Malaysia hari ini termasuk di Sarawak kepada lebih daripada 50 kali ganda,” ujarnya ketika berucap pada Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Negeri Sarawak 2012 di Dataran Bandar Sibu, semalam.
Menurut Taib, pejuang kemerdekaan termasuk Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin juga merupakan generasi yang penuh semangat memperjuangkan agar Sarawak menyertai Malaysia, sekali gus membentuk sebuah negara yang lebih besar dan kuat.
“Tun juga merupakan generasi yang penuh semangat memperjuangkan agar Malaysia dapat kita capai sebagai landasan kita menjadi sebahagian negeri dan negara yang lebih besar, yang akan mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih besar.
“Pada masa sama dapat menggembleng semua tenaga daripada rakyat supaya dapat mempercepatkan pembangunan negeri dan mengisi semua harapan rakyat,” jelasnya.
Taib memberitahu, simbol terbaik Sarawak pada hari ini adalah generasi muda menunjukkan komitmen untuk terus meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu dengan ikrar berdasarkan Rukun Negara sebagai panduan hidup. Katanya, panduan hidup itulah yang menyatupadukan semua kaum, menjaga tata tertib dalam mencapai kemajuan demi kepentingan rakyat yang mahu hidup bertamadun serta mempunyai budi bahasa yang cukup baik.
“Kita mempunyai kesedaran masa hadapan yang lebih baik dan kita mahu menggunakan segala teknologi sains dan lain-lain untuk mentransformasikan negara ke arah kekuatan.
“Ini memerlukan rakyat yang benar-benar mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana keuntungan bagi rakyat adalah bergantung dengan usaha mereka sendiri,” jelasnya.
Taib turut memberitahu, Sarawak sebelum ini amat bergantung kepada pertanian dan balak, namun kini bakal menjadi sebuah negeri yang moden dengan adanya industri berat dan kecil.
“Ini memerlukan anak-anak kita melengkapkan diri dengan pendidikan teknikal bagi membolehkan kita mengeluarkan produk yang ada harga tinggi, sekali gus memberikan pendapatan yang lebih tinggi.
“Menjelang tahun 2030, 32 peratus daripada anak-anak Sarawak akan terbabit dan mengikuti transformasi menjadi pekerja mahir dan separuh mahir untuk memacu industri dan menukar sumber yang ada menjadi produk canggih.
“Inilah kedudukan kita hari ini dan sebab semua rakyat perlu menyanjungi Jalur Gemilang (iaitu) sebagai tanda semangat kita yang berkobar-kobar maju ke arah yang lebih cemerlang.”
Sambil menyifatkan semua itu sebagai gambaran perubahan yang dialami selepas negara merdeka, beliau memberitahu sambutan tahun hadapan akan menjadi amat bermakna memandangkan Sarawak akan menyambut ulang tahun ke-50 menyertai Malaysia.
Hadir sama pada sambutan semalam ialah Tun Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta yang lain.