![]() |
| Carta 1: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
![]() |
| Carta 2: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
![]() |
| Carta 3: Paras Tertinggi KLCI |
petang mukaku menunggu cahaya...

![]() |
| Carta 1: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
![]() |
| Carta 2: Paras Terendah KLCI 1 Sept 1988 |
![]() |
| Carta 3: Paras Tertinggi KLCI |
Ahmad Maslan Bikin Pembangkang Panas Hati!
Selangordaily
Orangnya agak sedikit berisi, dengan rambut ala skema dan ketinggiannya boleh dikategorikan sebagai rendah, Datuk Ahmad Maslan, atau Tok Mad, merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Namun, jangan diperlekehkan ketinggiannya, atau rambut skemanya, kerana bicaranya sering kali mematahkan hujah lawan.
Beliau juga merupakan tokoh yang tidak jemu “membelasah” pembangkang dalam setiap temubual atau program-program politiknya.
Sehingga ke hari ini, tugasnya selaku Ketua Penerangan dimanfaatkan sebagai modal terbaik untuk turun bertemu dengan rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai informasi. Sebagai contoh, Majlis Penerangan Perdana yang dibuat di setiap negeri dengan berskala besar-besaran dilihat satu usaha untuk mendedahkan perihal kepincangan pembangkang.
Kali ini, Tok Mad berada satu tapak di hadapan berbanding dengan pemimpin BN yang lain dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Menariknya, perlakuannya membuang buku Jingga ke dalam tong sampah boleh dianggap berani. Mungkin ramai yang memperlekehkan tindakan Tok Mad, namun tidak semua pemimpin BN berani untuk memperlakukan sedemikian rupa.
Ada risikonya untuk Tok Mad. Selepas ini, beliau mungkin menjadi sasaran bertali arus dari pembangkang, berikutan “penghinaan” yang Tok Mad anugerahkan. Apa tidaknya, Buku Jingga adalah “umpan” terbaik dari pembangkang, dengan isi kandungannya yang menjanjikan bulan dan bintang. Namun standard buku tersebut rupanya hanyalah di dalam tong sampah!
Sememangnya itulah tempat yang paling molek untuk Buku Jingga, berdasarkan keupayaan Pakatan Pembangkang mengurustadbir negeri-negeri yang mereka tawan. Di Selangor, pelbagai janji PRU 2008 masih belum tertunai. Antaranya ialah elaun sara untuk suri rumah sepenuh masa, bantuan RM75 sebulan untuk anak yang dihantar ke nurseri, RM50 untuk anak-anak yang dihantar ke tadika, dan berpuluh lagi janji palsu mereka.
Betapa pembangkang sebenarnya cuba untuk terus memperbodohkan rakyat dengan janji-janji terbaru, sedangkan “hutang” mereka kepada rakyat sejak 2008 belum pun lunas. Dan cuba lihat nilai amaun itu, sekadar berpuluh ringgit utk seorang pun tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Apakah mampu mereka menunaikan janji berbillion-billion kepada rakyat?
Penulis sekadar menyentuh kebajikan rakyat Selangor yang telah dijanjikan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim. Ingat, Selangor bukanlah negeri yang miskin. Akan tetapi, ke mana perginya hasil negeri? Yayasan Selangor menuju kehancuran, PKNS sudah tidak lagi dikuasai oleh kerajaan negeri. Apakah ini yang dipanggil ‘memfaraid harta rampasan perang”?
Maka tidak silap seandainya Tok Mad memilih untuk meletakkan maruah buku Jingga ke dalam tong sampah, persis maruah mereka yang memperjuangkannya.
Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dibuai janji-janji sang munafik, apatah pula si kafir harbi!
Syabas Tok Mad, ini barulah anak jantan!!!
Penghapusan Tol: Pelaburan Rakyat Jadi Taruhan Ekoran Sifat Pentingkan Diri Pembangkang
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Cadangan pembangkang untuk mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini dengan tujuan untuk menghapuskan tol seperti yang termaktub di dalam Buku Jingga, diibaratkan indah khabar dari rupa.
Ini kerana, mungkin ramai yang tidak tahu atau menyedari bahawa KWSP, sebuah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap adalah antara pemegang saham di dalam kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya yang ada di negara ini.
Jadi, sudah tentunya caruman bulanan ahlinya akan dilaburkan KWSP ke dalam syarikat pengendali lebuh raya ini dengan tujuan menghasilkan pendapatan atau dividen yang dijamin sebanyak 2.5 peratus setahun.
Jika cadangan pembangkang dilaksanakan, tidak mungkin KWSP mampu menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus kepada ahlinya dan ia sudah tentunya merugikan para pencarumnya.
Pada 20 Feb lepas, KWSP mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.
Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dilaporkan berkata bahawa pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti.
Katanya suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi, membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.
Umum mungkin tidak mengetahui antara syarikat konsesi tol yang mempunyai saham KWSP ialah Lebuhraya Plus, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di bawah MTD Group, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Besraya (M) Sdn Bhd dan Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd (LEKAS) di bawah IJM.
Majoriti rakyat di negara ini yang bekerja dan mencarum dengan KWSP sudah tentunya pernah melalui lebuh raya berkenaan dan menerusi penggunaan lebuh raya yang kerap oleh rakyat, ia dilihat mampu menjana pulangan kadar dividen yang tinggi oleh KWSP untuk ahlinya, ekoran keuntungan yang dicatat oleh syarikat konsesi tol tersebut.
Selain itu, cadangan pembangkang untuk menghapuskan tol yang dikendalikan kira-kira 19 syarikat konsesi juga turut menyebabkan, mereka yang bekerja di sektor berkenaan hilang punca pencarian dan sekaligus akan meningkatkan kadar pengangguran di negara ini.
Bagaimanapun, fakta-fakta sebegini tidak dijelaskan pembangkang kepada rakyat dalam Buku Jingga mereka.
Seorang penyokong kerajaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dasar pakatan pembangkang yang mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham di 19 syarikat konsesi lebuh raya dijangka akan melibatkan kos tidak kurang daripada RM50 bilion.
"Angka RM50 bilion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah daripada RM50 bilion.
"Satu lagi aspek yang tidak dibincangkan dalam Buku Jingga ialah mereka (pembangkang) tidak memberitahu kepada rakyat bahawa antara pemegang saham terbesar contohnya dalam Plus Highway ialah KWSP. Dari situlah KWSP mendapat pulangan kepada pencarumnya melalui pendapatan dan keuntungan daripada tol," katanya kepada Bernama di sini, pada Sabtu.
Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud daripada Barisan Nasional (BN) berkata jika agenda yang termaktub dalam Buku Jingga dilaksanakan, Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula menyifatkan cadangan pembangkang itu akan menjuruskan negara ke arah hutang yang tidak terkawal dan bebanan kewangan yang tinggi.
"Kita kena sedar bahawa dana KWSP itu bukan kepunyaan KWSP. Ia kepunyaan semua pencarum-pencarum yang bertujuan dipulangkan kepada mereka apabila sudah bersara nanti. Pembangkang ini bangkitkan seolah duit KWSP itu kerajaan yang punya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tindakan itu juga akan menyebabkan negara terpaksa berdepan dengan krisis kewangan seperti mana yang berlaku kepada Greece.
"Mungkin Pakatan Rakyat ini mampu melakukannya dengan cara mendapatkan bantuan kewangan daripada luar negara. Kita tahu ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sekarang ini mempunyai hubungan yang akrab dengan beberapa kerajaan di luar negara, yang mungkin telah memberi komitmen untuk membantu beliau sekiranya beliau berjaya dalam usaha menawan Putrajaya seperti yang diidam-idamkan.
"Dengan tindakan tersebut, (negara) kita akan hilang kedaulatan. Bila sebut perbelanjaan yang begitu besar, mesti ada sumbernya. Duit ini tak boleh kita cetak sebanyak yang mungkin seperti yang berlaku di Amerika Syarikat apabila tak cukup dia cetak lebih banyak dolar," katanya.
Justeru, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata untuk mengatasi bebanan kewangan, adalah tidak mustahil negara terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan cadangan tersebut hanyalah janji kosong pembangkang dalam usaha meraih undi rakyat bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Pembangkang ini dia boleh janji apa sahaja kerana dia bukan kerajaan pusat pada waktu ini. Jika dia dah jadi kerajaan pusat, maka tidak mustahil negara akan bankrap kerana dalam Buku Jingga pun mereka tak beritahu mana datangnya sumber mereka," katanya.
Pakatan pembangkang memperkenalkan Agenda Pakatan atau dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas. Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang menerajui negara.
Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Turut dicadangkan ialah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
-- BERNAMA
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants