Jumaat, 27 Januari 2012
Meletup!!! Video Anwar di Thailand?!!!
Posted by Unknown
10:26 PTG, under Anwar Ibrahim,Isu Video Seks,Ketua Pembangkang,Malaysia,PKR,Video Seks Anwar di Thailand | No comments
Meletup dunia maya apabila video Anwar Ibrahim telah tersebar!?? Ini bukan China Doll tapi video Anwar di Thailand!!?? 12 atau 13 Januari??!!! Apakah yang berlaku dari pukul 1:55 pagi hingga ke 8:30 pagi?!!! Kenapakah Anwar mencari charger pada pukul 8:30 pagi?!!! Siapakah orang pertama yang dipanggil?!!
Saksikan video tersebut di sini
Adam Adli Merayu Kepada Yang Tidak......!!!??
Posted by Unknown
11:23 PG, under Adam Adli,Anwar Ibrahim,AUKU,Khaled Nordin,Mahasiswa Turun Bendera Najib,Mahasiswa UPSI,Mahasiswa UPSI Memalukan,PKR | 1 comment
Beruk kali ini ingin mebuat rayuan di atas penggantungannya tetapi silap tempat!!?? Kalau dah berani buat beranilah tanggung!!?? Berani tebang beranilah pikul!!!?? Kalau belum beranikan hati kenapa berperangai ala samseng jalanan!!?? Terimalah akibatnya apabila keterlaluan dan memalukan nama pusat pengajian tinggi!!?? Memang layak digantung dan dibuang!!?? Beruk seperti ini tidak layak diberi muka lebih-lebih lagi sekiranya menjadi golongan pendidik kelak!!?? Nescaya kucar-kacir akhlak kanak-kanak masa hadapan!!??
Adam Adli: KPT Tak Terlibat, Rayu Kepada Universiti
Jumaat Januari 27, 2012
mStar.com.myPETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aktivis pelajar Adam Adli yang digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mengemukakan rayuan kepada pihak universiti bukan kepada pihaknya.
Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak terlibat dan tidak campur tangan dalam hukuman penggantungan pelajar terbabit.
"Tindakan itu diambil melalui peraturan universiti, bukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Mereka perlu tunjukkan dan menjaga imej dan kredibiliti universiti dalam peraturan universiti dengan Aku Janji pelajar," katanya lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2012 yang bertemakan "Berfikiran Global Bertindak Lokal" yang diadakan di Putrajaya pada Khamis.
Mohamed Khaled berkata, dalam kes Adam Adli, UPSI berpendapat tindak-tanduk pelajarnya itu sebagai menjatuhkan imej universiti dan atas sebab itulah mereka mengambil tindakan mengantung pengajiannya selama tiga semester.
"Maka jawatankuasa tatatertib jatuhkan hukuman dan saya tidak terlibat. Apa pun yang berlaku, perlu dirujuk dengan pihak universiti," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut diminta mengulas tentang kaitan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kebebasan akademik dan dalam konteks ini beliau menjawab:
"Itu adalah hak universiti (untuk menjatuhkan hukuman di atas tindak-tanduk Adam). Peraturan universiti kata tak boleh cemar nama baik dan reputasi."
Pada Rabu, Adam Adli dalam satu kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian berkata, dia akan membuat rayuan kepada Mohamed Khaled berhubung penggantungan pengajiannya selama tiga semester.
Adam Adli menjelaskan, mahasiswa patut diberi ruang bersuara mencari keadilan yang sebaiknya, bukan dibantah sekeras-kerasnya dengan cara yang sedemikian.
Tahniah Senator Doris
Posted by Unknown
11:04 PG, under Biodata Doris Sophia Brodie,Doris Sophia Brodie,Sarawak,SPDP,Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara | No comments
Tahniah Senator Doris yang telah dilantik sebagai wanita Sarawak yang pertama untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara semalam. Sekali lagi nama Sarawak semakin harum di perantauan!!!
Doris cipta sejarah tersendiri
by Agnes Tugong. Posted on January 27, 2012, Friday
Terbukti Sarawak mempunyai wanita berkaliber serta mampu menyandang jawatan penting dalam pentadbiran negara
KUCHING: Pelantikan Senator Doris Sophia Brodie sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara semalam mencipta sejarah tersendiri apabila beliau menjadi wanita Sarawak pertama memegang jawatan itu.
Perkembangan membanggakan itu turut menunjukkan bahawa Sarawak turut mempunyai wanita yang berkaliber serta mampu menyandang jawatan penting dalam pentadbiran negara.
Bagi Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, berita baik itu seharusnya menjadi motivasi kepada generasi muda untuk membina upaya diri.
Katanya, ia boleh dilakukan melalui pendidikan dan latihan secara bersungguh-sungguh didorng oleh hala tuju yang jelas, fokus serta sikap dan nilai positif agar mereka boleh menjadi wanita yang berkaliber.
“Ini merupakan satu perkembangan yang sangat membanggakan kepada wanita di Sarawak dan Malaysia amnya.
“Justeru saya berharap agar pelantikan Senator Doris sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara akan dijadikan sebagai pendorong dan motivasi kepada golongan wanita di negeri ini khasnya generasi muda,” katanya ketika dihubungi.
Doris, 52, semalam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Sarawak pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Kuala Lumpur.
Dilahirkan di Lutong Miri, Doris yang berbangsa Iban juga merupakan Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan telah dilantik sebagai Senator pada 12 Mac 2010.
Berkhidmat selama 17 tahun bersama Sarawak Shell Berhad dan memegang jawatan sebagai Ketua Unit Khidmat Pentadbiran Jabatan Pengendalian Penggerudian selama lima tahun, Doris melibatkan diri dalam bidang Perniagaan pada 1996 dan menjadi pengarah Urusan DEJ-TECH Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhnya sendiri.
Pada 1985, Doris mulai melibatkan diri dalam bidang politik dan menjadi ahli Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada September 1986 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Cawanggan Pergerakan Wanita Permaisuri (Piasau) mulai 1987 hingga 2003.
Atas khidmat cemerlangnya, beliau dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1997.
Doris turut merupakan salah seorang daripada perintis untuk Ahli Majlis Tertinggi PRS dan dipilih sebagai Ketua Wanita PRS pada Persidangan Delegasi Tritahunan di Sibu selain dilantik sebagai Naib Presiden PRS pada 2006.
Anwar Pening Kepala Masuk Mulut Sendiri?!!!
Posted by Unknown
10:51 PG, under Anwar Ibrahim,China Doll,Isu Video Seks,Ketua Pembangkang,PKR | No comments
Selepas keluar dari mulut naga sekarang Anwar masuk ke dalam mulut sendiri!!??? Sebelum ini dia telah membuat laporan polis agar menyiasat mengenai kesahihan video seks yang didedahkan pada Mac tahun lepas?!!! Kini kes video seks akan menghantuinya kembali!!?? Berjayakah pihak polis membantu Anwar dalam siasatan mereka?!!! Adakah Anwar akan menjadi simbol seks sekali lagi!???
Anwar dicabar serah video
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
Utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.
Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.