Utusan Malaysia
KUCHING 17 Sept. 2010 - Kerajaan negeri tidak memerlukan campur tangan
pihak luar terutamanya pembangkang mengenai bagaimana untuk menguruskan
tanah hak adat bumiputera (NCR) di negeri ini.
|
Datuk Seri James Jemut Masing, Menteri Kemajuan Tanah |
Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, kanun
tanah negeri berhubung pemerolehan tanah NCR adalah jelas dan tidak
memerlukan sebarang campur tangan ataupun pandangan orang luar.
"Ada dua sebab mengapa tanah NCR perlu diambil iaitu pertamanya untuk
dijadikan taman negara dan keduanya untuk dimajukan. Bagi tujuan itu,
pemilik tanah NCR akan dibawa berunding dan dibayar pampasan
sewajarnya," kata beliau di sini semalam.