Isnin, 13 Ogos 2012
[Gambar] Sekitar Majlis Agihan Bubur Lambuk Kampung Pujut Tanjung Batu Miri 2012
Posted by Unknown
10:02 PTG, under Abdul Aziz Adenan,Biro Penerangan Pemuda PBB,Bubur Lambuk,Kampung Pujut Tanjung Batu,Miri,Ramadan 2012,Sarawak,Unit Media Baru PBB | No comments
MIRI- Ketua Biro Penerangan Pemuda PBB merangkap Ketua Unit Media Baru PBB telah merasmikan Majlis Agihan Bubur Lambuk Kampung Pujut Tanjung Batu. Turut hadir adalah ketua pemuda dari ranting-ranting berhampiran untuk bersama menjayakan lagi majlis tersebut. Sambutan yang menggalakkan daripada kaum bapa dan juga wanita menunjukkan semangat perpaduan di Kampung Pujut Tanjung Batu.
Ini adalah majlis terakhir di zon utara. Sebelum ini mereka turut mengagihkan di zon selatan dan juga zon tengah. Semoga usaha ini dapat merapatkan hubungan silatur rahim antara pemuda-pemuda PBB bersama penduduk kampung yang terlibat.
Kestabilan Politik dan Ekonomi Kerajaan BN Menarik Pelabur Asing!
Posted by Unknown
8:58 PTG, under Abdullah Saidol,Biro Ekonomi Pemuda PBB,Buka Puasa,Pandi Suhaili,Pemuda PBB,Radin Kadri,Sarawak,Semop | No comments
Pelaburan dari negara China untuk membangunkan kilang pulpa di Bintulu adalah jelas bahawa pengurusan kewangan dan pentadbiran kerajaan BN Sarawak diyakini.
Sekiranya pergolakan politik dan ekonomi negara tidak stabil, tentulah sukar untuk menarik pelabur asing. Politik dan ekonomi yang stabil adalah penting untuk menarik pelabur luar yang akan melabur dengan penuh yakin!
Abdullah Saidol berkata demikian semasa berbuka puasa bersama Pemuda PBB Zon Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB di Sibu.
Sekiranya pergolakan politik dan ekonomi negara tidak stabil, tentulah sukar untuk menarik pelabur asing. Politik dan ekonomi yang stabil adalah penting untuk menarik pelabur luar yang akan melabur dengan penuh yakin!
Abdullah Saidol berkata demikian semasa berbuka puasa bersama Pemuda PBB Zon Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB di Sibu.
Pengurusan kewangan, pentadbiran kerajaan BN diyakini
by Watt Zacchaeus. Utusan Borneo 13 Ogos 2012, Isnin
SIBU: Kejayaan Sarawak memperolehi pinjaman projek pembiayaan kerajaan ke kerajaan membuktikan keyakinan pelabur luar negara ke atas sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, melalui projek pembiayaan kerajaan ke kerajaan itu, kerajaan negeri berjaya memperolehi pinjaman dianggarkan AS$1 bilion daripada Kerajaan China untuk membangunkan kilang pulpa di Bintulu.
“Atas sebab keyakinan pelabur luar negara, Sarawak adalah negeri paling selamat untuk menanam modal, membolehkan kerajaan negeri memperoleh projek pembiayaan kerajaan ke kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri di sebuah restoran terkemuka di sini, malam kelmarin.
Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan duit raya kepada saudara kita dari kawasan Bintangor, Bawang Assan, Teku, Sibu, Kapit dan Kanowit serta kepada beberapa surau sumbangan Noble Mermaid Sdn Bhd.
Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PBB Negeri merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri Pandi Suhaili, Ahli Exco Pemuda PBB Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda PBB Wilayah Tengah Radin Kadri Radin Budiman serta ahli-ahli Pemuda PBB daripada 40 cawangan di negeri ini.
Abdullah memberitahu, pembangunan kilang pulpa dengan menggunakan sumber hasil daripada ladang penanaman hutan di negeri ini, merupakan satu daripada pembangunan strategik di kawasan kemajuan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Kilang pulpa yang terbesar di negara ini akan menggunakan pokok acacia hasil daripada ladang penanaman hutan di negeri ini,” jelasnya sambil menggesa masyarakat Bumiputera di negeri ini supaya bijak menghidu peluang dan mengambil kesempatan daripada pembangunan SCORE jika tidak mahu ketinggalan.
Menurutnya satu daripada kesempatan yang harus direbut oleh masyarakat Bumiputera di SCORE ialah peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan dan dalam hubungan ini, beliau mengajak lepasan sekolah di kawasan DUN Semop supaya mengikuti latihan kemahiran di institusi atau sekolah kemahiran berkaitan.
“Berdasarkan penilaian (rating) yang dibuat oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah negeri paling diyakini oleh pelabur luar negara, menjelang 10 atau 15 tahun akan datang, Sarawak akan membangun pesat dengan rakyatnya memperoleh pendapatan tinggi.
“Kita satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat penilaian paling tinggi dari segi sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan oleh agensi terbabit,” katanya sambil menegaskan, politik pembangunan yang dipelopori oleh Ketua Menteri meliputi bidang yang cukup luas.
Tambahnya, menggunakan saluran politik untuk merapatkan lagi silaturahim dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk membawa negeri ini dan rakyatnya maju setanding dengan masyarakat antarabangsa adalah sebahagian daripada politik pembangunan Ketua Menteri.
Terdahulu, ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee bersama ahli-ahli Pemuda PBB Wilayah Tengah mengagih-agihkan Jalur Gemilang sumbangan Noble Mermaid Sdn Bhd kepada pemilik kenderaan di Jalan Simpang Tiga sebagai sebahagian daripada program sambutan Hari Kemerdekaan.
Dr Annuar Agih Jalur Gemilang Bersama Pemuda PBB Wilayah Tengah!
Posted by Unknown
5:45 PTG, under Biro Ekonomi Pemuda PBB,Dr Annuar Rapa ee,DUN Nangka,Jalur Gemilang,Pemuda PBB,Wilayah Tengah | No comments
Dr Annuar selesai menyempurnakan agihan Jalur Gemilang di Sibu bersama Pemuda PBB Zon Tengah dan juga Biro Ekonomi Pemuda PBB. Ini bersempena dengan kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Acara ini merupakan acara tahunan dan inilah kali pertama Dr Annuar menyertainya sebagai DUN Nangka.
Semoga acara ini akan diteruskan lagi di peringkat utara dan selatan Sarawak demi menanam semangat kemerdekaan di dalam hati setiap rakyat di Sarawak.
Semoga acara ini akan diteruskan lagi di peringkat utara dan selatan Sarawak demi menanam semangat kemerdekaan di dalam hati setiap rakyat di Sarawak.
Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu agih 500 Jalur Gemilang
Utusan Borneo 13 Ogos 2012, Isnin
SIBU: Sebanyak 500 Jalur Gemilang telah diagihkan oleh Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak kepada orang ramai di sini, petang kelmarin.
CINTA KEPADA NEGARA: Dr Annuar (bersongkok) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan 2012 di Sibu, petang kelmarin.
Pengagihan itu adalah sempena Kempen Mengibar Jalur Gemilang dan Bulan Kemerdekaan 2012 yang dianjurkan kedua-dua sayap parti tersebut yang berlangsung di Jalan Simpang Tiga, Kampung Nangka (berhampiran bulatan simpang Kampung Hilir).
Program itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.
Hadir sama pada program itu ialah Naib Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak Pandi Suhaili, Ahli Exco Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak Radin Kadri Radin Budiman serta ketua-ketua Pemuda PBB dari wilayah tengah.
Kempen itu merupakan aktiviti berterusan Pemuda PBB Wilayah Tengah yang bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara serta menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.