| Wira Kenyalang Palsu |
| Wira Kenyalang Ori |
petang mukaku menunggu cahaya...

| Wira Kenyalang Palsu |
| Wira Kenyalang Ori |
![]() |
| Krisis PKR - SNAP Foto credits: http://cetusankenyalang.blogspot.com |
![]() |
| Zaid Ibrahim di sebalik perjuangan SNAP di Sarawak? Foto credit cetusankenyalang.blogspot.com |
Konflik PKR-SNAP Boleh Musnahkan Impian Pembangkang Di Sarawak
Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd Azil
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kemelut di kalangan parti-parti pembangkang di Sarawak berhubung pengagihan kerusi boleh memusnahkan perancangan mereka pada pilihan raya negeri akan datang, menurut penulis blog yang menganalisis keadaan itu.
Mereka berkata PKR, PAS, DAP dan SNAP mahu merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) namun kini bergelut dengan cabaran pertama -- pengagihan kerusi yang memuaskan hati semua pihak.
Difahamkan dalam perancangan asal, masih dibincangkan, ialah PKR akan bertanding di 52 kerusi, DAP 14 kerusi dan SNAP empat kerusi manakala PAS hanya di satu kawasan.
Perancangan itu jelas menunjukkan cita-cita besar PKR di negeri itu dan peranan kecil diberikan kepada SNAP, satu-satunya parti yang berpangkalan di Sarawak dalam pakatan itu.
Enggan diperkotak-katikkan oleh PKR dan lainnya, presiden SNAP Edwin Dundang baru-baru ini mengumumkan parti itu akan bertanding di 40 kerusi.
Penulis blog Wira Kenyalang di http://cetusankenyalang.blogspot.com menyatakan SNAP mahu bertanding di kawasan-kawasan majoriti Dayak yang juga menjadi pilihan PKR.
"SNAP tahu yang mereka mempunyai kelebihan menerusi penyokong kuat mereka di kawasan yang mereka mahu bertanding, dan ini bakal menjadi ancaman kepada pembangkang dan juga BN".
Beliau meramalkan pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan, dengan SNAP enggan memberi laluan kepada parti pembangkang yang lain.
Penulis blog Norizan Shariff dalam http://www.nobisha.com berkata reaksi SNAP terhadap PKR menunjukkan bahawa orang luar tidak dialu-alukan di Sarawak.
Norizan berkata tanggapan penduduk setempat terhadap parti-parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia adalah serupa dengan tanggapan mereka terhadap Umno ketika beberapa pemimpin mereka cuba membawa parti itu ke Sarawak.
"Bagi pemimpin SNAP, PKR ialah parti yang masih mentah yang tidak sabar untuk menjadi juara pembangkang," kata Norizan.
Menurut beliau, keadaan adalah berbeza dengan DAP.
"DAP sudah lama bertapak di Sarawak, dan pemimpin tempatan mereka telah mengendalikan isu kepentingan rakyat tanpa bergantung kepada orang kuat parti seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng," kata Norizan.
Beliau berkata DAP merupakan pemain utama di kalangan pembangkang Sarawak dan akan kekal mantap di kawasan-kawasan majoriti Cina.
Penulis blog "Sarawak Bersatu" berkata pertikaian antara PKR dan SNAP menunjukkan betapa rapuhnya pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya apatah lagi untuk membentuk sebuah kerajaan.
"SNAP mahu PKR menumpukan pada kerusi penduduk Islam, termasuk kaum Melanau beragama Islam, dan jauhi kerusi penduduk pribumi bukan Islam. Ini pasti mengecewakan PKR atau pengerusinya (negeri) Baru Bian, berbangsa Dayak beragama Kristian.
"Jika SNAP serius mahu menjadi sebahagian Pakatan Rakyat, mereka sepatutnya menunggu sehingga rundingan pengagihan kerusi sebelum memuktamadkan calon-calon mereka," menurut penulis itu.
"Jika parti-parti komponen tidak boleh berkempen tanpa bercakar sesama mereka, bagaimana mereka (pembangkang) berharap untuk mentadbir?" kata penulis itu.
Dalam pilihan raya negeri 2006, PBB yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memenangi 35 kerusi, SUPP 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak sembilan kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak lapan kerusi.
Di pihak pembangkang, DAP menang di enam kerusi manakala PKR dan SNAP masing-masing memenangi satu kerusi.
-- BERNAMA
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants