Jumaat, 29 April 2016
#PRNSarawak #AdenanSays Jangan Dibulak Pembangkang #teamAdenan
Posted by Unknown
9:47 PTG, under #PolitikKesejahteraanRakyat,#PRN11,#SarawakElection,#SarawakMemilih2016,#TeamAdenan #PRNSarawak #UndiBN,Adena Satem,Ketua Menteri Sarawak | No comments
Pihak pembangkang berhempas pulas meletak begitu ramai calon untuk menentang BN kerana ingin menguasai Sarawak. Sekarang ini Sarawak paling kaya dengan hasil bumi dan sekiranya jatuh ke tangan mereka maka habislah sumber mineral kita.
Ketua Menteri Sarawak sudah berhempas-pulas mendaulatkan Sarawak sepanjang 2 tahun beliau menjadi Ketua Menteri. Sekiranya usaha ini tidak diteruskan maka sia-sia sahaja perjuangan beliau. Semoga kita cantas usaha DAP mahu menguasai Sarawak.
Jika kita sayangkan Sarawak sepertimana Ketua Menteri kita, maka berhentilah untuk berfikir sejenak, adakah DAP akan membela warga Sarawak atau kita hanyalah batu loncatan kepada mereka untuk menguasai Putrajaya???
Jangan terperdaya kata Lim Kit Siang pembangkang cuma ingin kurangkan majoriti BN: Adenan
// Oleh Saibi Gi //
KUCHING: Jangan terperdaya dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mengatakan matlamat pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) cuma ingin mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata jika rakyat termakan kata-kata itu dengan mengundi pembangkang, mereka akan dapat membentuk kerajaan apabila BN tewas.
“Jika benar mereka sekadar ingin mengurangkan majoriti dua pertiga kemenangan BN, mengapa mereka (DAP, PKR, Amanah dan PAS) ingin bertanding di banyak kerusi?
“Keinginan mereka adalah untuk membentuk kerajaan, bukan untuk mengurangkan majoriti.
“Ia cuma taktik agar pengundi berfikir adalah tidak memberi kesan apa-apa jika mereka memilih parti pembangkang,” katanya pada sesi bersama media di sini, malam kelmarin.
Jika mereka berjaya membentuk kerajaan, rakyat Sarawak akan diperintah oleh parti daripada Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pada PRN ini, DAP bertanding di 31 kerusi, PKR (40), Amanah (13) dan PAS (11).
Menurutnya, Kit Siang dan anaknya, seorang lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng wajar berhati-hati dalam pertuturan dan tingkah laku ketika berada di Sarawak agar tidak dikenakan perintah larangan masuk.
Setakat ini dua pemimpin DAP itu dibenarkan masuk Sarawak kerana tidak melanggar syarat kemasukan ke negeri ini.
“Tetapi jika mereka melampau batas, mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan lain-lain, saya akan meminta Jabatan Imigresen mengarahkan mereka keluar.
“Ini adalah amaran daripada saya agar mereka berkelakuan baik,” ujarnya.
Mengulas mengenai larangan masuk, beliau berkata ia akan dikenakan terhadap pelampau agama dan kaum yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama.
Sambil memberitahu akan ada individu yang ditegah masuk pada masa akan datang, beliau berkata Sarawak enggan terbabit dengan budaya politik di Semenanjung Malaysia dan barat.
Apatah lagi apabila memasuki musim pilihan raya, Adenan mahu ia berjalan dalam suasana aman dan harmoni.
“Saya tidak mahu seperti pilihan raya yang lepas yang menyaksikan ramai politikus dari Semenanjung Malaysia datang dan mendatangkan kekecohan,” jelasnya.
Mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Adenan mengakui semua rakyat merasai kesan kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun kerajaan negeri cuba mengurangkan kesan.
Misalnya, kerajaan negeri katanya menerusi 53 Prinsip dan Tindakan telah memansuhkan tol jambatan, mengurangkan bayaran feri kepada RM1, mengurangkan tarif elektrik dan mengurangkan cukai pintu.
#PRNSarawak #MajulahMiri #teamAdenan Calon N.74 Pujut Turun Padang Dato Hii King Chiong
Posted by Unknown
8:53 PTG, under #MajulahMiri,#SarawakElection,#SarawakMemilih2016,#TeamAdenan #PRNSarawak #UndiBN,BN Direct,Hii King Chiong,N.74 Pujut | No comments
Nama beliau tidak asing lagi dikalangan penduduk Miri. 'Majulah Miri' merupakan tema Pusat Khidmat beliau. Seorang hartawan dan dermawan dikalangan warga Miri yang kini bangkit untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada Miri.
Dato Hii King Chiong merupakan calon DUN N. 74 Pujut yang dikatakan akan merubah senario politik di Miri dengan bilangan pengikut dan penyokong setianya. Beliau yang berjaya menambat hati Ketua Menteri dengan khidmat masyarakat beliau tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Semoga lebih ramai lagi hartawan di Sarawak yang bangkit untuk memberikan khidmat kepada rakyat Sarawak. Kita perlukan pembela nasib rakyat seperti Dato Hii King Chiong yang berjiwa besar dan sentiasa berjuang untuk meringankan masalah dan perit derita rakyat.
Semoga usaha murni beliau bersama #TeamAdenan akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang besar di DUN N. 74 Pujut kelak.
Peniaga Pasar Besar Krokop puas hati keadaan tempat berniaga
TURUN PADANG: Hii ditemani isterinya Ting menemui peniaga di Pasar Besar Krokop semasa ‘walkabout’ kempen calon DUN Pujut kelmarin. |
MIRI: Peniaga Pasar Besar Krokop berpuas hati dengan keadaan tempat perniagaan masing-masing yang popular dalam kalangan penduduk di Miri sejak 30 tahun lalu.
Menemui peniaga pagi kelmarin, Datuk Hii King Chiong gembira tiada aduan serius diterima beliau.
Menurut Hii, beliau turun padang menemui rakyat termasuk peniaga menerusi Pusat Khidmat Majulah Miri.
“Saya telah beberapa tahun berkhidmat untuk kawasan ini. Kita dengar masalah kecil seperti pagar, lampu dan bidai dan cuba menyelesaikannya. Setakat ini peniaga gembira dan semuanya baik,” jelas beliau.
Hii yang juga calon langsung Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN N.74 Pujut turut ditemani isterinya, Datin Ting Hua Eng menemui peniaga menerusi sesi ‘walkabout’ di sekitar pusat perniagaan itu.
Terletak di Krokop Lorong 10, Pasar Besar Krokop adalah antara tamu lama di sini selain Tamu Kedayan dan Tamu Muhibbah di bawah kendalian Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Terdapat 22 kedai sewa antaranya kedai jahit, kedai buku, kedai memperbaiki televisyen, salun dan kedai pakaian.
Pasar tersebut merupakan tumpuan penduduk mendapatkan bekalan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan daging pada sebelah pagi.
Turut menemani Hii ialah Pengerusi UPP Pujut Kaunselor Bruce Chai, Pengerusi UPP Senadin Kaunselor Keith Chin dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Suzanne Lee.
#PRNSarawak Azmin Ali Terkejut Dihalau Keluar Dari Sarawak!!! #TolakPartiMelaya
Posted by Unknown
8:33 PTG, under #SarawakElection,#SarawakMemilih2016,#TeamAdenan #PRNSarawak #UndiBN,Azmin Ali,Hak Imigresen Sarawak,PKR | 1 comment
Azmin Ali dihalau keluar dari Sarawak? Beliau dibenarkan berkempen sehingga 2 May 2016 sahaja dan dihalau keluar sehingga hari mengundi iaitu 7 May 2016.
Azmin Ali yang terkenal dengan pakar propaganda mungkin menerima nasib yang sama seperti Papagomo sekiranya dia berkempen seperti di Malaya.
Tahniah #TeamAdenan kerana berjaya memperkasakan hak imigressen Sarawak dengan tidak membenarkan suasana pilihan raya dicemari oleh Presiden PKR sendiri yang kurang arif dengan budaya orang Sarawak.
PKR deputy president given until May 2 to leave Sarawak
Jonathan Chia theborneopost
KUCHING: PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali has expressed surprise that he would have to leave the state by May 2 and would not be allowed to re-enter until polling day on May 7.
Azmin, who is Selangor Menteri Besar, said he was officially informed by an Immigration Department officer upon his arrival at Kuching International Airport today (April 29).
“They even stamped on a note that I have to leave Sarawak by May 2 and would not allow me to come back until polling day.
“This is blatant disregard of the law,” he told reporters during his walkabout at Satok today.
Azmin hoped that Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem would keep to his promise to bring reform to Sarawak and allow opposition leaders to enter the state during the election season.
“This is the time where all political leaders should be allowed to come in to express our concern and share our sentiment with Sarawakians,” he added.
The note stating that Azmin has to leave the state by May 2. |
#PRNSarawak InfoGrafik Manifesto BN Sarawak 2016
Posted by Unknown
6:52 PTG, under #ManifestoBNSarawak2016,#TeamAdenan #PRNSarawak #UndiBN,#theAdenanWay,PRN Sarawak 2016,PRN11Sarawak | No comments