Jumaat, 29 April 2016
#PRNSarawak #AdenanSays Jangan Dibulak Pembangkang #teamAdenan
Posted by Unknown
9:47 PTG, under #PolitikKesejahteraanRakyat,#PRN11,#SarawakElection,#SarawakMemilih2016,#TeamAdenan #PRNSarawak #UndiBN,Adena Satem,Ketua Menteri Sarawak | No comments
Pihak pembangkang berhempas pulas meletak begitu ramai calon untuk menentang BN kerana ingin menguasai Sarawak. Sekarang ini Sarawak paling kaya dengan hasil bumi dan sekiranya jatuh ke tangan mereka maka habislah sumber mineral kita.
Ketua Menteri Sarawak sudah berhempas-pulas mendaulatkan Sarawak sepanjang 2 tahun beliau menjadi Ketua Menteri. Sekiranya usaha ini tidak diteruskan maka sia-sia sahaja perjuangan beliau. Semoga kita cantas usaha DAP mahu menguasai Sarawak.
Jika kita sayangkan Sarawak sepertimana Ketua Menteri kita, maka berhentilah untuk berfikir sejenak, adakah DAP akan membela warga Sarawak atau kita hanyalah batu loncatan kepada mereka untuk menguasai Putrajaya???
Jangan terperdaya kata Lim Kit Siang pembangkang cuma ingin kurangkan majoriti BN: Adenan
// Oleh Saibi Gi //
KUCHING: Jangan terperdaya dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mengatakan matlamat pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) cuma ingin mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata jika rakyat termakan kata-kata itu dengan mengundi pembangkang, mereka akan dapat membentuk kerajaan apabila BN tewas.
“Jika benar mereka sekadar ingin mengurangkan majoriti dua pertiga kemenangan BN, mengapa mereka (DAP, PKR, Amanah dan PAS) ingin bertanding di banyak kerusi?
“Keinginan mereka adalah untuk membentuk kerajaan, bukan untuk mengurangkan majoriti.
“Ia cuma taktik agar pengundi berfikir adalah tidak memberi kesan apa-apa jika mereka memilih parti pembangkang,” katanya pada sesi bersama media di sini, malam kelmarin.
Jika mereka berjaya membentuk kerajaan, rakyat Sarawak akan diperintah oleh parti daripada Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pada PRN ini, DAP bertanding di 31 kerusi, PKR (40), Amanah (13) dan PAS (11).
Menurutnya, Kit Siang dan anaknya, seorang lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng wajar berhati-hati dalam pertuturan dan tingkah laku ketika berada di Sarawak agar tidak dikenakan perintah larangan masuk.
Setakat ini dua pemimpin DAP itu dibenarkan masuk Sarawak kerana tidak melanggar syarat kemasukan ke negeri ini.
“Tetapi jika mereka melampau batas, mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan lain-lain, saya akan meminta Jabatan Imigresen mengarahkan mereka keluar.
“Ini adalah amaran daripada saya agar mereka berkelakuan baik,” ujarnya.
Mengulas mengenai larangan masuk, beliau berkata ia akan dikenakan terhadap pelampau agama dan kaum yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama.
Sambil memberitahu akan ada individu yang ditegah masuk pada masa akan datang, beliau berkata Sarawak enggan terbabit dengan budaya politik di Semenanjung Malaysia dan barat.
Apatah lagi apabila memasuki musim pilihan raya, Adenan mahu ia berjalan dalam suasana aman dan harmoni.
“Saya tidak mahu seperti pilihan raya yang lepas yang menyaksikan ramai politikus dari Semenanjung Malaysia datang dan mendatangkan kekecohan,” jelasnya.
Mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Adenan mengakui semua rakyat merasai kesan kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun kerajaan negeri cuba mengurangkan kesan.
Misalnya, kerajaan negeri katanya menerusi 53 Prinsip dan Tindakan telah memansuhkan tol jambatan, mengurangkan bayaran feri kepada RM1, mengurangkan tarif elektrik dan mengurangkan cukai pintu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!