Hidup Najib! Hidup Najib! Pasti itulah yang sedang dilaungkan di segenap pelusuk negara lebih-lebih lagi di kedai kopi apabila membaca berita ini!!! Semua rakyat Malaysia pasti tersenyum gembira terutama sekali bagi mereka yang memiliki purata pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3000.
Inilah berita yang paling dibenci oleh puak anwarinas dan dapig!?!? Mereka tidak suka berita gembira yang membantu rakyat kerana ini akan menyukarkan perjalanan mereka untuk menawan Putrajaya!!! Pastinya Anwar tidak senang duduk dan tidur oun tidak lena setiap malam!!! Semakin banyak isu dan fitnah yang mereka buat namun tidak ada yang dapat menambat hati rakyat setelah Ron 97 diturunkan harga!
Apakah ikhtiar pihak PAS dan PKR selepas ini untuk menawan Putrajaya? DAP sudah berjaya menambat hati PAS dan PKR dan cuma perlu bertindak apabila PRU13!? Buat masa ini biarlah PAS dan PKR berkerja keras sebagai anjing DAP dahulu kerana DAP akan cuci tangan dengan menakluk setiap kerusi milik PKR dan PAS!!!??
PM Sedia Pertimbangkan BR1M Pusingan Kedua
KULIM, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.
Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya.
Katanya rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'.
Najib berkata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
"Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
"Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.
-- BERNAMA