Najib: BN sudah tunaikan semua janji dalam belanjawan 2012
8 Jun 2012
KULIM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menunaikan semua janji yang dibuat dalam Belanjawan 2012 bagi membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mengotakan janji yang dibuat.Perdana Menteri berkata BN yakin akan dapat membuat lebih banyak perubahan kepada negara ini dan kerana itu mereka memerlukan mandat yang lebih besar pada pilihan raya umum kelak."Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nakkan kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta ini," katanya ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.Beliau berkata tempoh tiga tahun sejak beliau menjadi Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada transformasi yang lebih besar yang akan dilakukan oleh BN terhadap negara dan rakyat ini."Kita akan bekerja lebih kuat. Di Kedah kita banyak idea, kita tidak lupakan Kedah walaupun Kedah kini dikuasai pembangkang. Orang Kedah sendiri mahukan banyak perubahan," katanya. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!