HELAH AMBILALIH SYABAS UNTUK ELAK RASA TANGGUNGJAWAB KETIADAAN AIR DI SELURUH SELANGOR!!!
flyingkick.blogspot.com
Kalau bermain retorik politik, kalau buat gempar dan kemudian berjanji yang mereka akan selesaikan seolah-olah merekalah hero filem Hindustan, Pakatan Rakyat adalah juaranya. Tiada sesiapa pun di Malaysia ini yang dapat menandingi Pakatan Rakyat dari segi itu. Bahkan UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lima dekad mentadbir Malaysia pun, tidak mampu berbuat seperti Pakatan Rakyat.
Rakyat dan penduduk Selangor sedang berhadapan dengan catuan air yang paling dahsyat sepanjang milenium. Namun Pakatan Rakyat masih lagi beretorik yang mereka mahu mengambilalih SYABAS dan apabila pengambilalihan tersebut berjaya, maka masalah air yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk Selangor pun, boleh selesai dengan cara mudah.
Masalah utama Pakatan Rakyat di Selangor dan di seluruh Malaysia ialah mereka sangat kuat berjanji. Malangnya mereka tidak pernah mampu menunaikan janji itu. Dan apabila rakyat mula mempersoalkan ketidakmampuan mereka, mereka sudah ada jawapan standard iaitu HALANGAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT.
Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR merupakan MAHARAJA KEPADA SEGALA JANJI yang dimungkiri. Awal-awal dahulu, mereka berjanji bahawa hasil pasir akan berlipat kali ganda. Namun penghujungnya ialah, hasil pasir hanya berkali-kali ganda dikaut oleh kroni-kroni Pakatan Rakyat dengan kawasan yang lebih luas dibuka.
Begitu juga dengan masalah sampah. Konon-kononnya Alam Flora Sdn. Bhd tidak menjalankan tugas dengan berkesan. Maka Kerajaan Negeri Selangor 'terpaksa' mengambilalih atau dalam bahasa lunaknya, penstrukturan semula. Penghujungnya, rakyat Selangor yang mengecapi segala kebusukan, penternakan tikus yang lebih 'sihat', anjing-anjing liar yang lebih banyak serta longkang tersumbat dan banjir kilat yang lebih kerap.
Yang mengecapi nikmat daripada penstrukturan semula pengutipan sampah dan pembersihan adalah kroni-kroni Pakatan Rakyat yang hanya mengambil upah untuk nama mereka yang dipakai bagi 'tender'. Masalah sampah dan pembersihan tidak dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan, bahkan berkali-kali ganda lebih teruk berbanding sewaktu diuruskan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. dahulu.
Sekarang, Pakatan Rakyat Selangor melihat keuntungan besar daripada pembekalan air bersih kepada rakyat, penduduk dan industri di Selangor. Pakatan Rakyat terdesak mahukan duit pilihanraya dan duit-duit terakhir sebelum mereka dihumban keluar dari pejabat di Bangunan SUK Shah Alam.
Masalah sebenar air tidak diselesaikan tetapi Pakatan Rakyat melihat keuntungan besar hasil air yang boleh dibahagi-bahagikan antara PKR, DAP dan sedikit untuk PAS.
Wahai pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong anda sekaliannya... masalah bekalan air di seluruh Selangor dan Lembah Kelang serta ancaman catuan serta kekeringan air, bukanlah disebabkan oleh SYABAS, sebaliknya oleh pertambahan penduduk, industri, kawasan perumahan dan sebagainya yang berkaitan sedangkan pada masa yang sama, bekalan air mentah untuk dirawat dan diproses sebelum disalirkan ke setiap premis pula, tidak ada.
Kalau sudah tidak ada air mentah untuk dirawat, mengambilalih SYABAS sejuta kali pun, hasilnya tetap sama iaitu rakyat Selangor beragama Islam, tidak boleh berwuduk dan mandi hadas!!!
Semudah A,B,C itu pun, Khalid Ibrahim masih lagi nak bermain-main dengan akal?
Bodoh sangatkah rakyat dan penduduk Selangor sehingga Khalid dan PKR perlu menggunakan alasan sesempit itu?