Selasa, 13 Disember 2011
Khianat??? Ibu Pejabat SUPP Hangus!!??
Posted by Unknown
7:26 PTG, under Borneo Post,Dr Sim Kui Hian,Ibu Pejabat Hangus,Khianat,Politik Sarawak,Sarawak,SUPP | 1 comment
Adakah ini perbuatan khianat? Api dikatakan kelihatan sekitar pukul 4 pagi tadi dan pihak bomba tiba di tempat kejadian dan memadamkan kebakaran sekitar 5 pagi. Bilik mesyuarat yang terletak di belakang bangunan mengalami kerosakan teruk. Sehingga kini belum ada lagi kemalangan jiwa yang telah dilaporkan.
Dr Sim Kui Hian merupakan Jawatankuasa Kerja Pusat yang pertama tiba di tempat kejadian. Menurut Borneo Post ketika menghubungi mantan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sim Kheng Hui beliau menyatakan ini bukan kemalangan tetapi membiarkan pihak polis untuk menyiasat terlebih dahulu.
Sylvester Prihatin!!?? BR1M Dijual Sehingga RM50 ke RM200??!!
Sylvester membangkitkan isu yang begitu penting di Sarawak khususnya mengenai penyampaian borang BR1M untuk penduduk di kawasan pedalaman. Kalau dilihat kos pengangkutan ke pekan terdekat mungkin menelan belanja sebanyak RM500 atau lebih untuk mendapatkan BR1M itu sahaja!!
Eloklah mengikut sesetengah kawasan atau daerah di mana Pejabat Residen atau Pejabat Daerah menjadi pusat memungut borang BR1M!! Tidak hairanlah ada juga yang menggunakan Perpustakaan bergerak untuk menyampaikan borang tersebut yang telah menggunakan langkah bijak!!! Tidak mustahil ada pihak yang mengambil keuntungan apabila menjual borang BR1M kepada penduduk pedalaman yang sukar dihubungi oleh pengangkutan biasa sehingga mencecah RM200 ringgit!!??
RM500 tidak berbaloi sekiranya hanya tampung kos pengangkutan penduduk
Posted on December 13, 2011, Tuesday
MIRI: Bantuan RM500 tidak berbaloi sekiranya jumlah berkenaan hanya cukup untuk menampung kos pengangkutan penduduk yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk memohon bantuan berkenaan.
Kos pengangkutan yang tinggi kerana lokasi kediaman yang berselerak di luar bandar mungkin akan meminggirkan penduduk daripada mendapat bantuan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata, mekanisme penyampaian perlu pragmatik agar penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah dapat dibantu.
“Kami telah mengemukakan masalah ini dan berharap pihak berkuasa yang berkenaan akan merancang dengan penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi masalah dan aduan daripada rakyat sebelum tarikh akhir permohonan bantuan.
“Penduduk juga berdepan masalah tidak mempunyai slip gaji, ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan kos pengangkutan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan ini,” jelasnya.
Entri yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) memberitahu, borang perlu diedarkan kepada penduduk agar mereka tidak dibebani kos pengangkutan yang tinggi hanya untuk mendapatkan borang dari kawasan pekan terdekat atau bandar.
Kerjasama daripada ketua-ketua kaum dan tuai rumah juga penting agar penduduk yang layak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 menerima bantuan yang diagihkan dengan saksama.