See Chee How cuba berputar belit dan membuat laporan polis? Sejak bila PKR percaya kepada polis? Kenapa bila terkena kemalangan baru nak melaporkan kepada pihak polis?? Sebelum ini mengaku pihak polis tidak jujur, anjing kerajaan lah itu la ini laa... Sekarang bila dah kena susah pandai cari polis? Kenapa tidak panggil AMK sahaja untuk menguruskan kes kecurian? Bukankah PKR suka menggunakan kekerasan dan kekasaran semasa berkempen PRN Sarawak yang lepas?!!!
Mungkin pencuri ini merupakan ahli PKR yang diupah tetapi belum dibayar lagi sehingga dia bertindak untuk mencuri baju dan seluar orang yang mengupahnya dahulu!!!???
Pencuri pun yang menjolok dari luar dah dikatakan kerugian RM100??!!! Tak kena curi lagi dah minta ganti rugi?!! Sebagai seorang wakil rakyat PKR, hendaklah membantu orang yang miskin dan teraniaya... kalau orang yang mencuri setakat seluar dan jeans itu apalah sangat kan?!!! Sedekah sahajalah kepada mereka yang memerlukan!!! Bukannya mahal pun seluar dan baju milik See Chee How itu setakat RM100 ringgit memang sah beli dari Petaling Street!!???
Entah-entah nak buat publisiti murahan masuk berita dan menyalahkan kerajaan BN Sarawak memandangkan ada pencuri di kawasan beliau??!! Eh silap ini menunjukkan kecuaian pentadbiran beliau untuk membasmi kemiskinan di kawasan beliau!!!?? Sejak menang apakah sumbangan See Chee How kepada masyarakat di sekeliling beliau?? Bukan sahaja masyarakat atau jiran, malah kucing dan anjing pun masih terbiar!!!???
Pencuri ditangkap kerana cuba curi seluar ‘jeans’, baju See Chee How
KUCHING: Seorang pencuri ditangkap semalam kerana cuba mencuri sepasang seluar jeans dan baju kemeja milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How di kediamannya di Penrissen.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 1.45 petang apabila jiran bersebelahan rumah Chee How terlihat kelibat seorang pencuri menunggang motosikal dan menggunakan sebatang kayu untuk menjolok barang milik ADUN terbabit.
Jirannya bagaimanapun menelefon polis dan kereta peronda polis tiba ke tempat kejadian secepat mungkin.
Pencuri terbabit cuba melarikan diri apabila terdengar siren pihak polis namun tertinggal motosikalnya di tempat kejadian dan cuba memanjat tembok pagar rumah ADUN berkenaan untuk menyorok. Jiran Chee How kemudiaanya memberitahu polis tempat pencuri terbabit menyorok dan sejurus selepas itu, dia ditahan bersama semua bahan bukti.
Chee How kembali ke kediamannya untuk memeriksa setelah dihubungi oleh jirannya itu dan terus membuat laporan polis.
Setibanya di Balai Polis, Chee How memberitahu pemberita jumlah kecurian bernilai lebih kurang RM100 namun pencuri tidak memecah masuk.
Pencuri berusia 39 tahun dari Kota Samarahan itu dipercayai turut mencuri motosikal yang digunakannya.