Inilah sokongan yang benar-benar mantap apabila MB turut berkampung di Kuala Besut untuk berkempen demi kemenangan BN! Ikutilah kupasan menarik di bawah.
Ada juga macai pembangkang yang menyatakan bahawa MB tidak sebulu dengan Idris Jusoh? Ciss janganlah pandai menabur fitnah di bulan Ramadhan yang mulia ini…
MB berkampung di Kuala Besut
Posted by Miss Nara on July 17, 2013 0 Comment
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud berkampung di Besut bagi sama-sama memastikan kemenangan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dalam pilihanraya kecil, Dun Kuala Besut.
Di samping menghadiri majlis-majlis rasmi,beliau menziarahi penduduk di sekitar Kuala Besut, berbuka puasa dan menunaikan solat terawih bersama penduduk.Esok Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang akan dipengerusikan oleh beliau akan diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Besut, Besut.
Sementara itu To’Puan Seri Norliza, akan hadir Majlis Bacaan Yaasin dan doa untuk Allahyarham Dr. A. Rahman bin Mokhtar anjuran Serikandi Rumah Kedai, Jalan Semarak, Kuala Besut.
Dato’ Seri Ahmad ketika ditemui bahawa selaku Menteri Besar dan Pengerusi BN Negeri dia akan memastikan para pengundi Kuala Besut mengundi calon BN.“Sekiranya BN terus mempertahankan kerusi disini kerajaan negeri berjanji akan membina 500 unit lagi rumah untuk rakyat Kuala Besut,” katanya.
Bagi Memastikan perancangan ini terlaksana dengan jayanya rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kita (BN)” katanya.
Beliau penduduk Kuala Besut perlu memastikan Kuala Besut (DUN) terus diberikan kepada Barisan Nasional dengan lebih banyak majoriti daripada daripada PRU 13 yang lepas.
Menurutnya,sokongan dan kerjasama pengundi amat diperlukan, sekali gus memastikan segala pembangunan yang dibuat sebelum ini akan berterusan.
“Saya meminta rakyat agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon Barisan Nasional memandangkan pelbagai kemudahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan demi untuk kesejahteraan rakyat meliputi pelbagai peringkat” ujar beliau.
Selain itu sebagai usaha memberi perhatian kepada golongan muda bersukan, Kerajaan Negeri juga akan membina 4 lagi gelanggang futsal untuk rakyat di Dun Kuala Besut.