Selasa, 26 Mac 2013
Panas! Video Terlarang Anak Anugerah Tuhan Tersebar?
Posted by Unknown
9:25 PTG, under Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang,Lembah Pantai,Nurul Izzah,PKR,Video Seks Nurul Izzah | No comments
Kenapa dan apa kaitan Saifudin Nasution dalam hal ini? Adakah ini angkara pihak UMNO atau ada golongan dalam PKR yang ingin menjatuhkan anak kepada anugerah tuhan ini sebelum dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Wanita Malaysia?
Lahad Datu: Askar Upahan Nur Misuari dan Pengganas Sulu Tidak Gah!
Posted by Unknown
7:56 PTG, under Jamalul Kiram,Lahad Datu,Nur Misuari,Penceroboh Sabah,Pengganas Sulu,Sabah,Sabah Stand Off,Sultan Sulu,Sulu Tuntut Sabah | No comments
Pengganas Sulu akhirnya menyerah diri kerana lemah dan lapar? Ini merupakan alasan tidak munasabah sekiranya dia merupakan militan Filipina atau MNLF? Nampak sangat Anwar Ibrahim gagal lagi untuk menghilangkan Sabah akibat Raja Goyangnya?
Sepatutnya pengganas Sulu yang dihantar dapat bertahan selama 100 hari. Ini membuktikan pengganas Sulu mendapat ilmu ketenteraan yang lemah sama sekali. Nampaknya Anwar Ibrahim terpaksa mencari sekutu lain untuk menyerang Malaysia? Nur Misuari ternyata memiliki ketenteraan yang berdisiplin lemah dan tidak gah untuk bersaing dengan komando Malaysia!
Lahad Datu: Pengganas Sulu Serah Diri Kerana Lemah Dan Lapar
Oleh STEPHANIE LEE mStar 26 Mac 2013
LAHAD DATU: Tidak makan selama lebih dua minggu menyebabkan seorang lelaki bersenjata Sulu akhirnya menyerah diri kepada pasukan keselamatan pada Isnin.
Lelaki bersenjata itu dalam keadaan lemah menyerah diri kepada anggota keselamatan menerusi sebuah paya dekat Kampung Tanjung Baru pada kira-kira pukul 5 petang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa.
“Lelaki itu dalam keadaan sangat lemah, dia kelaparan dan tidak cukup tidur sejak beberapa minggu,” katanya, sambil menambah, saki-baki lelaki bersenjata yang lain akan datang menyerah diri tidak lama lagi.
PKR Rafizi Ramli Bakal Jatuhkan Anwar Ibrahim Lagi!
Posted by Unknown
7:49 PTG, under Anwar Ibrahim,papagomo,PKR,Rafizi Ramli,Saman Blogger,UMNO | No comments
Rafizi Ramli cuba mendedahkan PAPAGOMO dan Wan Muhammad Azri adalah individu yang sama? Adakah ini berdasarkan cubaan pendedahan berkali-kali daripada blogger pembangkang atau MACAI seperti di bawah?
Rafizi Ramli memang akan jatuhkan Anwar Ibrahim sekali lagi dengan salah orang untuk disaman?
PKR Dakwa Papa Gomo Dan Wan Muhammad Azri Individu Yang Sama
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rekod Imigresen menunjukkan penulis blog, Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah individu yang sama.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa rekod Imigresen menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama dengan kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam miliknya.
"Rekod Imigresen pada 2010 menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri ialah 21 Januari 1983 dan maklumat berkenaan sepadan dengan kedua-dua dokumen miliknya iaitu kad pengenalan awam dan kad pengenalan polis,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.
Bagaimanapun satu daripada rekod berkenaan, tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat- menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, adalah sama iaitu di Danau Kota.
"Saya akan bincang dengan peguam sama ada maklumat ini (alamat Wan Muhammad Azri) boleh didedahkan atau tidak, kerana perkara ini telah masuk mahkamah,” katanya.
Rafizi juga mendakwa ahli keluarga Papa Gomo termasuk bekas isterinya, Belinna akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri.
Minggu lalu, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap bloger Papa Gomo berhubung video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta daripada bloger, yang namanya dinyatakan dalam tuntutan sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Pada 16 Mac www.papagomo.com memaparkan gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel.
Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.
Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.