Berikut adalah suasana sekitar Majlis Ramah-Tamah Aidil Fitri 2011/1432H bersama YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Anjuran PBB Cawangan di sekitar zon Kuching.
N3 Tanjung Datu, N4 Pantai Damai, N5 Demak Laut, P193 Santubong, N6 Tupong, N8 Satok, P194 Petra Jaya, N9 Padungan, N10 Pending, N11 Batu Lintang, N12 Kota Sentosa, N13 Batu Kawah.
Bertempat di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kompleks Islam Sarawak.
KUCHING - Seramai 2000 orang yang hadir untuk berpeluang beramah mesra bersama pemimpin kesayangan mereka.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Imam dan kemudian ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Majlis iaitu YB Datuk Ir Daud. Ini diikuti oleh ucapan daripada YB Datuk Amar Abang Johari.
Negeri Sarawak kini juga lebih baik daripada keadaan menukar kemiskinan kepada ekonomi yang berasaskan hasil yang lebih tinggi.
Pehin Sri juga memetik industri berkemahiran tinggi di Samalaju dan kawasan yang memodenkan pertanian ke peringkat yang lebih tinggi dengan konsep bioteknologi melalui halal-hub di Tanjung Manis.
Ini akan menjamin peluang pekerjaan sehingga 1 juta dalam tempoh 20 tahun.
Sebanyak 30 ribu juta peluang pelaburan telah berjaya dirangka untuk menukar hidup rakyat sehingga 2015 berdasarkan ekonomi negeri Sarawak.
Menjelang 2030 pula 50 peratus akan wujud kemahiran teknikal yang tinggi yang akan membawa upah sehingga RM3K. Ini akan dapat dicapai dengan menyesuaikan pendidikan anak-anak dengan adanya program transformasi ekonomi Sarawak.
Kempen kesedaran akan ditujukan oleh pemimpin PBB untuk kawasan masing-masing. Satu tabug bumiputera akan diwujudkan untuk membolehkan satu latihan akan dijuruskan ke peringkat diploma dan sijil terlebih dahulu. Ini untuk mempertingkatkan anak-anak bumiputera akan dapat dikecapi walaupun tidak lulus sarjana muda tetapi akan diberikan kepandaian teknikal yang lebih konkrit menggunakan tangan.
Pehin Sri juga mengucapkan tahniah kepada calon baru YB yang menunjukkan corak pucuk pimpinan parti iaitu 'Patah tumbuh hilang berganti'.
Beliau juga menggambarkan kehidupan di Miri, apabila Shell hadir di Miri yang menggunakan tenaga orang tempatan untuk membantu membina Shell dan secara tidak langsung memberikan kepakaran teknikal kepada bumiputera di Miri.
Beliau juga meminta para YB untuk mengenal aktiviti-aktiviti yang akan diteruskan dan membangunkan SCORE untuk membina masyarakat yang memiliki kepakaran teknikal dan mampu mencorak ekonomi. Inilah beban yang akan diserahkan untuk membangunkan ekonomi Sarawak agar tidak menjadi seperti negara-negara Eropah yang ditimpa hutang kini.
Begitulah amanat Pehin Sri untuk pedoman kita semua.
Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.