Penduduk Sibu merupakan paling banyak menerima bantuan tetapi masih tidak menyokong kerajaan. Wajarkah kerajaan mempedulikan nasib mereka yang masih 'berkiblatkan' Roket?
Mujurlah kerajaan prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat. Setakat ini adakah pihak negeri pembangkang yang menyalurkan bantuan kepada OKU, ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah?
Pihak pembangkang hanya mahu berdemo dan tidak mahu menjalankan kerja dan tanggungjawab mereka yang sudah dilantik sebagai wakil rakyat.
Semoga penyokong pembangkang dapat membuka mata akibat daripada undi mereka...
Kelayakan pendapatan mohon BA naik daripada RM425 kepada RM830
Posted on June 18, 2013, Tuesday
KUCHING: Kadar kelayakan pendapatan untuk permohonan Bantuan Am (BA) telah dinaikkan daripada RM425 sebulan kepada RM830 sebulan selari dengan Bantuan Bulanan Persekutuan, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM23.7 juta, penambahan sebanyak RM5.7
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah memberitahu, kadar BA yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) turut dinaikkan kepada RM150 sebulan, dengan kadar maksimum RM250 sebulan dikekalkan.
“Bahagian Sibu merupakan penerima Bantuan Am paling ramai iaitu 1,986 orang untuk lima bulan pertama tahun ini dan juga penerima paling ramai untuk Bantuan Bulanan Persekutuan dan Negeri sejak tahun 2010 hingga sekarang dengan 13,769 orang,” ujar Fatimah pada sidang media di Wisma Kebajikan semalam.
Turut hadir Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) Zainal Taram.
Skim Bantuan Am merupakan salah satu jenis Bantuan Bulanan Negeri yang diberikan oleh JKMNS dan kadar yang diberikan pada masa sekarang adalah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa.
Kadar minimum untuk BA sebelum ini adalah sebanyak RM60 sebulan dan maksimum adalah RM250 sebulan, jauh lebih rendah dibandingkan dengan Skim Bantuan Bulanan Persekutuan.
BA diberikan bertujuan membantu individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan supaya dapat meringankan beban atau kesulitan kewangan mereka untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan mereka dapat dipulihkan untuk berdikari.
Kadar Bantuan Bulanan Persekutuan yang diberikan adalah RM100 sehingga RM450 untuk Bantuan Kanak-kanak (BKK), RM300 untuk Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC) serta Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (BPT) dan RM150 untuk Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB).