BN Pecah Tradisi N45 Galas dengan Sheikh Kickdefella
October 8 2010
KUCHING - Hari ini bloggers dikejutkan oleh blog Audie61 yang mengumumkan nama Calon BN N45 Galas. Beliau mendapat maklumat melalui malaysiakini. Dimaklumkan bahawa Calon BN N45 Galas merupakan orang yang paling tidak menyukai PAS iaitu Nik Aziz. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Syed Azidi atau blogger kickdefella.
|
Sheikh Kickdefella |
Mukapetang mula mencari maklumat mengenai kickdefella sumber pertama adalah outsyedthebox. Menurut outsyedthebox
"....Syed Azidi atau Sheikh Kickdefella dikenali melalui grafik di dalam blog. Saya percaya dia mengajar komputer graphics. Melalui cara ejaan blog iaitu "Kickdefella" menarik minat saya. Saya percaya misi blog beliau adalah untuk mengeluarkan seseorang - 'to kick the fellow out'. Memandangkan misi utamanya telah selesai, sekarang Sheikh telah mendapat sasaran baru mungkinkah Tok Garu? "
Sheikh juga merupakan pencipta logo "Bloggers United". Bloggers United pada masa itu dianggotai oleh Rocky, Raja Petra Kamaruddin serta isteri BigDog, Another Brick in the Wall, Shar 101, Sang Kelembai ( yang kemudiannya dibuang oleh UMNO, Kuda Kepang dan saya sendiri. Kami pernah berjumpa untuk mengeluarkan the Darkside.
Faktor utama yang mengabungkan mereka adalah Tun Mahathir, yang begitu hebat berjuang bersendirian untuk menentang rejim 'jahat'. Kami mengikut semua ucapan Tun Mahathir dari Johor Bahru hinggalah ke Kota Bharu (Insiden Di Sembur Lada), Kedah, Negeri Sembilan dan juga di sekitar Selangor. Setiap kali muka yang sama akan muncul dan mereka terdiri daripada nama yang telah disebut di atas.
Sheikh Kickdefella merupakan peminat Dr Mahathir dan juga Husam Musa yang merupakan Timbalan MB Kelantan. Kombinasi yang pelik kalau dilihat tetapi sama pintar dan bijak.
Sheikh Kickdefella kini merupakan Blogger popular. Ia memerlukan kecekalan dalam melakukan apa yang dibuat oleh beliau sekarang. Kelantan boleh menjadi musuh yang sengit sekiranya kita di sebelah pihak lawan. Namun demikian kami masih Band of Bloggers.
mukapetang: Semua grafik di atas adalah hasil Sheikh Kickdefella. Sekiranya benar N45 Galas merupakan kubu pertama buat Calon Blogger yang pertama daripada BN. Mungkinkah BN sudah menukar tradisi lama dan menyambut era cyberwarfare? Sebelum ini mereka hanya bertahan dan sekarang kita saksikan bagaimana Band of Bloggers bertempur untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional di Galas