BN Akan Bawa Semangat Hulu Selangor Ke Galas, Kata Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan membawa semangat kemenangan Hulu Selangor ke kawasan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
|
Datuk Ahmad Maslan |
Beliau berkata semangat untuk BN menawan kembali DUN Galas sudah ada memandangkan kawasan itu merupakan 'kubu' BN sebelum ini.
"Itu kubu Barisan Nasional sebenarnya. Jadi, kita kena tawan balik kubu yang sudah terlepas.
"Macam mana kita tawan balik kubu kita Hulu Selangor yang terlepas, begitulah juga Galas, kubu kita...kita kena tawan balik," katanya kepada pemberita ketika menghadiri jamuan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Hari Malaysia Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini.
Bagi persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata beliau akan berjumpa dengan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada 9 Oktober ini untuk membincangkan beberapa perkara yang akan dilakukan BN.
-- BERNAMA
mukapetang: Berdasarkan kajian terbaru Universiti Islam Antarabangsa baru-baru ini, mendapati Populariti BN naik 4% kepada 55% berbanding 51% semasa PRU 2008. Populariti Pembangkang pula turun 12% daripada 49% kepada 37%. Syabas teruskan perjuangan & sokongan kita untuk mengekalkan Barisan Nasional dalam kerajaan. Berdasarkan keputusan 2008, jika benar BN semakin disenangi oleh rakyat maka akan terjadi shift yang besar buat BN.
Mungkin ada hikmat disebalik kemunduran pada PRU 2008 yang menyaksikan bagaimana kucar-kacirnya kerajaan negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Rakyat pastinya sedar BN adalah parti yang berwawasan dan membawa pembangunan yang berterusan dan bukan sekadar parti kedai kopi yang tidak membawa apa-apa kebaikan cuma keburukan semata-mata. Sesungguhnya rakyat lagi peka kepada persekitaran mereka.
2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 – PAS
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!