Isteri Sivarasa keliru apabila Anwar minat Sivarasa!???
Anwar sanggup mengecam Ketua Menteri Sarawak sebagai Pemerintah Kuku Besi? Tidakkah dia tahu bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak pernah melabelkan Anwar sebagai peliwat. Ikutilah di mana sahaja ceramah mahupun kempen Ketua Menteri Sarawak sejak Anwar Ibrahim dicap sebagai peliwat mahupun bapa rasuah???
|
Balik Semenanjung now? |
Semua ini tidak pernah keluar dalam kempen atau ceramah Ketua Menteri Sarawak. Pehin Sri tidak pernah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat. Dia cuma dikenali sebagai ADIL atau PKR sahaja. Kenapakah Anwar Ibrahim sanggup melabelkan Ketua Menteri Sarawak demi untuk mempertahankan Sivarasa?
Sivarasa nama yang tidak asing dalam dunia politik penipu, parti kelam-kabut rakyat, memang terkenal sebagai Penipu telah dibuktikan dalam
penyelewengan FELDA bersama Mazlan Aliman.
Beberapa kali cuba menipu tapi kali ini berusaha dengan gigih lagi untuk memasuki Sarawak. Orang yang telah menipu dengan berapa banyak kali melalui undang-undangnya kini cuba untuk bermain onar di Sarawak. Sememangnya dia yang tahu undang-undang tidak perlu untuk mencuba lagi memandangkan pernah ada hati untuk menyaman kerajaan Sarawak.
Berbalik kepada pemerintah kuku besi pula, Anwar cuba menyamakan Ketua Menteri Sarawak sebagai diktator Timur Tengah. Hoi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedarlah siapa kuku besi siapa diktator? Kalau tengok sejarah penubuhan PKR hinggalah ke hari ini nampak sangat Anwar Ibrahim mendapat undi terus tanpa melalui apa-apa pun sistem demokrasi. Kalau tidak percaya bacalah thesis
Melanau Blogger ini.
Tidak hairanlah kalau setakat nak bercakap dan berbohong apa lagi bila berkempen kelak!! Kamu Anwar bernasib baik kerana Ketua Menteri Sarawak masih membenarkan masuk ke Sarawak? Saya rasa lepas ini musim pilihan raya Sarawak di harap semua Ketua Perhubungan PKR, DAP dan PAS dilarang masuk ke Sarawak semasa Pilihan Raya Sarawak berlangsung. Biarlah Sarawak bebas daripada politik jahat pembangkang.
Apa kamu ingat calon Sarawak untuk PKR, PAS, DAP tidak pandai berkempen?? Saya sokong Rajahmas dalam thesis beliau agar menghalang politik kotor pakatan rakyat daripada menyerap ke Sarawak.
Bukan sahaja politik kotor malah perkara rosak akhlak pun akan menular di Sarawak akibat kemasukan PAS seperti yang dipetik oleh Kuching Itam, mengenai
aktiviti pegawai kepada ADUN Marang!! Kalau ketua dah buat mesti anak buah pun ikut!!???
Tepuk dada tanyalah selera!!! Dengarlah penjelasan politik kotor dalam,
alehkayong!