Rabu, 14 Disember 2011
Anwar - KAF- CIA?
Posted by Unknown
10:35 PTG, under Agen CIA,Anwar Ibrahim,Anwar Pembulak,CIA,IKD,Institut Kajian Dasar,KAF,Konrad Adeneur Foundation | No comments
Kalau nak tahu KAF tu bukan KAFIR tapi boleh jadi golongan kafir? Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi hubungan antara Anwar dan CIA? Silalah ke pautan berikut
Ada Berani Siasat Nik Aziz?
Posted by Unknown
10:17 PTG, under Abdul Taib Mahmud,PAS,PBB,Politik Sarawak,Salahuddin Ayub,Sarawak,SPRM | 4 comments
Kalau panel khas membuktikan Taib Mahmud tidak bersalah??? Beranikah Salahuddin Ayub menggesa SPRM menyiasat Nik Aziz?
Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud
Aziz Muda KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.
Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut.
Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan.
"Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.
Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.
Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.
Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud.
Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
Terima Kasih BN!! Akhirnya Air Bersih di Kampung Lajong Niah!!
Posted by Unknown
9:34 PTG, under Air Bersih,Bekenu,Kampung Lajong,Niah,Rossey Yunus,Sibuti | No comments
Sebelum ini penduduk Niah terutama di Kampung Lajong, Kuala Niah, Niah cuma mendapat bekalan air telaga dari bawah tanah sahaja. Orang kampung menggelarnya Air Telaga Merah kerana warna air tidak begitu bersih. Inilah sahaja punca air tawar yang terdapat di kawasan tersebut yang berdekatan dengan pantai yang berpasir putih. Kebanyakan kegiatan ekonomi penduduk adalah menanam tembikai dan menangkap ikan sebagai nelayan. Ada juga yang telah berhijrah ke bandar dan jarang sekali bilangan ahli untuk jemaah solat Jumaat mencukupi 40 orang.
Terdapat juga perusahaan desa yang dibangunkan oleh Kaum Wanita PBB iaitu memproses bahan makanan seperti keropok, belacan dan udang kering. Namun demikian perkhidmatan elektrik sudah lama terdapat di kampung ini melalui tenaga solar dan juga perkhidmatan internet melalui parabola. Pekan yang terdekat adalah Batu Niah dan terpaksa dihubungi melalui lautan pasir melalui jalan darat dan bot kecil sekiranya melalui sungai.
Itulah yang saya ingat sekitar 2002 dahulu kali terakhir melawat Kampung Lajong di Niah. Sekarang saya pasti dengan adanya program bekalan air bersih ini maka pembangunan di sekitar Niah akan menjadi semakin cepat dan industri perusahaan desa akan berkembang dengan lebih pesat lagi.
Penantian penduduk Pilet berakhir
Utusan Malaysia Online
MIRI 13 Dis. - Penantian penghuni Rumah Panjang Pilet yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar raya ini untuk menikmati bekalan air bersih sejak 40 tahun lalu berakhir apabila projek Sistem Penapisan Air Sungai Ringkas (SPASR) disiapkan, semalam.
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga negeri, Rosey Yunus berkata, projek tersebut menjadi satu lagi bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu menaik taraf hidup dan menyelesaikan masalah rakyat.
Katanya, Rumah Panjang Pilet yang didiami kira-kira 31 keluarga sebelum ini terpaksa menggunakan air sungai untuk kegunaan harian.
"Ini menunjukkan kerajaan komited untuk membantu rakyat seperti di Rumah Panjang Pilet ini yang terpaksa bergantung kepada sumber air sungai yang keruh dan tidak dirawat untuk kegunaan harian," katanya.
Rosey berkata demikian pada majlis perasmian dan penyerahan SPASR dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) kepada Rumah Panjang Pilet, Kampung Lajong dan Kampung Tegageng di Saeh, Niah, di sini semalam.
Dalam pada itu, Rosey berharap penyelidikan tentang pelaksanaan projek SPATR dan SPASR diteruskan bagi membantu menyelesaikan masalah sumber air bersih yang dirawat.
Katanya, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk membekalkan SPASR dan SPATR di kawasan-kawasan terpilih di seluruh negeri ini.
"Kerajaan telah melakukan kajian sumber air di kawasan ini, dan setelah mendapati sumber airnya bersih, kita melaksanakan projek SPASR di Rumah Panjang Pilet," katanya.
Sementara itu Rosey berkata, selain Rumah Panjang Pilet, kerajaan juga menyediakan SPATR kepada penduduk Kampung Lajong dan Kampung Tegageng bagi menyelesaikan masalah penduduk yang terpaksa bergantung kepada air takungan dan air sungai berdekatan.
Katanya, kos pembinaan SPASR Rumah Panjang Pilet adalah RM274,300 manakala bagi projek SPATR di Kampung Lajong dan Kampung Tegageng masing-masing RM446,700 dan RM332,190.
Muslihat Pembangkang!!?? Gambar BR1M Palsu Atau Asli!!??
Posted by Unknown
8:02 PTG, under Bantuan Rakyat 1Malaysia,Borang BR1M Asli,Borang BR1M Palsu,Borang Palsu,BR1M,Kementerian Kewangan,LHDN | No comments
Berikut adalah gambar BR1M! Yang mana satu palsu dan yang mana satu asli!?? Lihatlah borang di bawah ini dengan teliti!!?? Borang yang ada akaun bank adalah yang palsu!!??
Jangan terpedaya dengan muslihat pembangkang yang dengki!!!
PALSU |
Inilah BR1M yang asli!!!
ASLI |
Ingat sekali lagi bahawa borang asli tidak meminta butir akaun bank!!
Peringatan: Pemohon BR1M tak perlu beri akaun bank
14/12/2011 7:49pm
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata, kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.
"Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Donald berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.
Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya. – BERNAMA
Panas!! Zul Londeh Al Juburi!!??
Posted by Unknown
3:53 PTG, under Anwar Ibrahim,Kelana Jaya,PKR,Politik Semenanjung,Zulkifli Nordin | No comments
Anwar Al Juburi akan dilondehkan oleh YB Zul di Kelana Jaya malam ini! Jemput semua untuk hadir..bawa seluruh isi rumah!
Tempat: Dewan Rukuntetangga SS5C Kelana Jaya (depan Kompleks Tabung Haji),Tarikh: 14.12.2011Masa: 8.30malam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Roadshow MTD dan UPNM Berakhir di Miri!!
Malang sekali sambutan di Miri tidak begitu menggalakkan sehingga acara terpaksa dihentikan ke pukul 1 petang! Acara ini yang sepatutnya disasarkan untuk penduduk Miri kurang mendapat sambutan!!? Adakah disebabkan kurang publisiti atau memang tiada lagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia??
Perbarisan Akhir Tahun Maktab Tentera DiRaja |
Acara ini berlangsung di Pustaka Miri dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 4:30 petang yang dianjurkan oleh Unit Belia Pertubuhan Cina Miri.
Semoga lebih banyak acara seperti ini dianjurkan kelak! Syabas juga kepada prihatin jawatankuasa pengelola dan Angkatan Tentera Malaysia!!
Untuk mengetahui MTD dan UPNM dengan lebih lanjut sila ke pautan berikut.
Pelik Tapi Benar!! Orang Minyak Ditangkap di Sabah?!!!
Orang minyak telah tumpas di Sabah! Hal ini berlaku di Tawau apabila orang lelaki berpakaian dalam berjaya diberkas oleh mangsanya. Memang peliklah gelagat pencuri era screenagers ni!!!?
Orang minyak’ ditangkap oleh mangsanya ketika cuba mencuri
Utusan Borneo by AMIR ANUAR. Posted on December 14, 2011, Wednesday
PELIK ... Tindakan lelaki berkelakuan pelik ini mencuri di kediaman mangsanya, berakhir setelah ditangkap oleh mangsanya sendiri.
TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.
“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.
Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.
Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.
Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.