KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.
Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut.
Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan.
"Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.
Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.
Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.
Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud.
Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
|
4 ulasan:
lambat laun tertangkap juga taib tu.. sepandai pandai melompat jatuh ke bumi juga.. 1rta dunia tahu siapa taib..merampas tanah,rasuah,keluarga bolot harta rakyat..porahhhh...baik mampus
Najib semakin tertekan sehingga terpaksa menyindir Taib yang masih tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar beliau nak lepaskan jawatan KM Sarawak. Najib kata Taib macam nyamuk. Semua orang memang bencikan nyamuk lebih-lebih lagi nyamuk aedes. Jika Taib dari keturunan nyamuk aedes lagi besarlah kebencian rakyat kepada beliau. Najib pun benci Taib, tak percayalah tanyalah sang nyamuk.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin kepanasan, kemungkinan beliau melarikan diri keluar Sarawak dengan jet eksekutif adalah dijangkakan. Beliau berkata, tidak mahu anaknya menjadi ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggantikannya apabila beliau bersara kelak. Memanglah nama anak dia tidak dicalonkan sebab anak beliau juga akan turut menumpang dalam jet tersebut. Rakyat takkan tertipu dengan sandiwara Taib.
Rakyat tak sudi mana-mana lagi ADUN BN di bawah Taib memerintah Sarawak. Selepas 16 April nanti, PR pasti akan menguasai Sarawak jika kekal dengan momentum tsunami politik Sarawak hari ini. Tiada yang mustahil kerana sejarah di Selangor boleh memberikan pengajaran pahit buat Najib dan Taib. Khir Toyo tersungkur dengan kes rasuah maka Taib juga akan tersungkur ataupun tidak terhempas dari jet eksekutif beliau. Sama-samalah kita saksikan.
Taib berkata, keputusan beliau kekal sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri pada 2006 adalah disebabkan kekalahan SUPP pada beberapa kerusi dan beliau perlu membimbing pemimpin baru untuk mengisi jurang kepimpinan dalam parti.
Ditanya mengenai pencapaian pentadbirannya, Taib berkata: "Saya tidak tahu bagaimana untuk mengukur kejayaan saya. Saya fikir saya berjaya menyatukan semua bangsa untuk bekerja bersama-sama dengan didorong oleh keinginan untuk bergerak ke arah hala tuju yang sama, yang kami panggil "falsafah jalinan kebudayaan"
Taib pun sudah tidak ingat atau beliau sudah nyanyuk sehingga tidak pandai lagi mengukur kejayaan beliau menjarah hasil bumi Sarawak. Berapa ratusan hektar tanah dibolot oleh beliau dan keluarganya, takkan Taib lupa? Jika sudah lupa, maka eloklah kepimpinan PR akan meningatkan sejarah penyelewengan beliau selama berpuluh tahun dalam suatu tribunal jenayah selepas 16 April kelak. Rakyat pasti akan menghukum Taib.
Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.
Mohamed Asharat Ramzan Ali, 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.
Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.
Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.
"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.
"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!