
petang mukaku menunggu cahaya...


Mungkinkah Sebastian ganti Chin?
Posted on Utusan Borneo Januari 13, 2012, Jumaat
MIRI: Ahli Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin tidak menolak kemungkinan akan mencadangkan Setiausaha Politik beliau, Datuk Sebastian Ting sebagai calon bagi menggantikannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya beliau tidak mempertahankan kerusinya itu kelak.
Chin kemungkinan cadang Setiausaha Politiknya jika beliau tidak bertanding
Bagaimanapun kata Chin, beliau belum membuat keputusan sama ada akan terus mempertahankan kerusinya pada PRU Ke-13 atau menyerahkannya kepada muka baharu untuk dicalonkan.
“Belum ada keputusan muktamad. Saya belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu (bertanding). Lagi pun pilihan raya masih belum tiba lagi dan kita tidak tahu pun bila ia akan diadakan,” katanya kepada pemberita di sini.
Bagaimanapun menurut Chin, setiausahanya itu telah banyak didedahkan dengan tugas-tugas beliau di peringkat Parlimen dan juga tugasnya selaku Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air.
“Beliau (Sebastian) sebagai setiausaha politik saya telah memikul banyak tanggungjawab membantu saya dalam kementerian dan juga tugas-tugas saya di peringkat persekutuan terutama apabila saya tiada di sesuatu tempat atau majlis di sini.
“Beliau menjadi wakil dan melakukannya bagi pihak saya. Kini apabila saya menyandang jawatan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), tugas saya bertambah terutama ketika saya perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada usaha mengukuhkan semula kekuatan parti. Sudah pasti dia (Sebastian) turut melakukan lebih banyak tugas saya,” tambahnya.
Dengan pendedahan yang begitu banyak, Chin tidak menolak bahawa Sebastian sudah dan akan bersedia memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat jika beliau dicalonkan kelak dan menang.
“Tetapi setakat ini perkara itu belum dibincangkan. Malah SUPP belum membincangkan mengenai calon-calon atau siapa yang akan bertanding mahupun mempertahankan kerusi mereka,” katanya.
Sebaliknya tumpuan beliau dan SUPP kini lebih kepada mengukuh dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu sebagai persiapan menjelang PRU kelak.
“Kami mahu rakyat dan ahli-ahli parti yakin kepada SUPP dan oleh yang demikian kami mahu bekerja lebih keras untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kami memang benar-benar bekerja untuk rakyat, turun padang, dengar masalah dan bantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.
“Bukannya cakap sahaja tapi tidak bekerja seperti yang dilakukan wakil pembangkang. Mereka ini bercakap sahaja kononnya rakyat perlu dibela, masalah rakyat perlu diatasi. Tapi adakah anda lihat mereka turun padang membantu rakyat?… tidak.”
“Sebaliknya kami, pemimpin serta wakil rakyat SUPP turun padang dan kami mahu rakyat lihat kami bekerja.
“Oleh sebab itu, menjelang PRU akan datang, saya mahu rakyat menilai kami semula, usaha yang kami lakukan untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat dan adakah pihak pembangkang melakukan seperti yang kami lakukan,” tambahnya.
Sementara itu, Chin merupakan penyandang kerusi Parlimen Miri selama enam penggal berturut-turut sejak 1986 dengan lima daripadanya bertanding menentang calon DAP manakala pada PRU 2004, beliau menang tanpa bertanding.
Pada PRU Ke-12, SUPP diperuntukkan tujuh kerusi dan menang enam kerusi selepas tewas di kerusi Bandar Kuching kepada DAP.
Namun pada pilihan raya kecil Sibu, SUPP sekali lagi hilang kerusi kepada calon DAP, Wong Ho Leng menjadikan dua kerusinya milik pembangkang.
Lima kerusi kekal milik SUPP iaitu Parlimen Stampin menerusi calonnya, Datuk Yong Khoon Seng, Serian (Datuk Richard Riot), Sarikei (Ding Kuong Hiing), Lanang (Datuk Tiong Thai) dan Miri (Datuk Seri Peter Chin).
SUPP Masih Berdepan Tugas Getir Untuk Capai PerdamaianOleh Alan TingBERNAMA 12 Januari, 2012 16:30 PMKUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang baru dilantik, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui akan membuat beberapa pengumuman pada Jumaat sebagai sebahagian daripada pelan transformasi parti sejak beliau mengambil alih jawatan presiden bulan lepas.Bagaimanapun, apa yang masih menjadi tanda tanya ialah sama ada kumpulan yang diketuai oleh bekas calon presiden Datuk Seri Wong Soon Koh, sedia berbaik-baik dan melupakan persengketaan mereka selepas kumpulan itu memutuskan untuk memulaukan pemilihan parti, dengan mendakwa berlaku kejanggalan dalam pemilihan itu.Kumpulan terbabit kemudian membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), dengan mendakwa berlaku kejanggalan dalam pemilihan parti di peringkat cawangan sebelum berlangsungnya persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) parti itu tahun lepas.Ketika ROS masih menyiasat aduan itu, kumpulan Chin menghulurkan salam perdamaian kepada kumpulan Wong -- pada mulanya, apabila timbalan presiden yang baru dilantik, Datuk Richard Riot berkata beliau sedia melepaskan jawatannya dalam parti untuk memberi ruang kepada pemimpin daripada kumpulan Wong. Bagaimanapun, hasrat ini ditolak.Chin turut mempelawa kumpulan Wong untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti Jumaat ini, namun pelawaan itu turut ditolak kumpulan berkenaan, memandangkan mereka mahu menunggu keputusan ROS terlebih dahulu sebelum merangka langkah selanjutnya.Beberapa penganalisis politik berkata kedua-dua kumpulan itu berkemungkinan besar tidak akan menyelesaikan perselisihan mereka, melainkan berlaku campur tangan langsung daripada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN)."Tidak mudah bagi mereka yang berbalah untuk berbaik-baik semula, melainkan ada kesediaan yang sangat tinggi untuk bekerja bersama-sama. Sebenarnya perkara ini pernah berlaku kepada parti seperti SNAP dan PBDS. Jika tidak, ia adalah sukar," kata penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Stanley Bye Kadam Kiai.Beliau berkata usaha untuk berdamai lebih sukar daripada yang dijangkakan sebelum ini, memandangkan kumpulan Wong sebahagian besarnya terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Anggota Parlimen, yang menurutnya, "memegang kuasa tawar menawar yang boleh menetapkan syarat."Kumpulan Wong terdiri daripada enam ADUN dan seorang Anggota Parlimen: Wong (Bawang Assan), Datuk Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili). Anggota Parlimen tunggal dalam kumpulan itu ialah Datuk Tiong Thai King (Lanang)."Pada masa ini, tidak ada harapan lagi, melainkan mereka dapat berbincang bersama-sama. Keenam-enam wakil rakyat itu berada dalam kedudukan yang baik untuk membuat perjanjian kerana mereka boleh menyertai parti lain jika kumpulan Chin tidak mahu berkompromi," katanya.Sumber dalaman parti itu turut menarik perhatian bahawa jika kedua-dua pihak meneruskan perbalahan mereka, sukar bagi parti berusia 50 tahun yang dikuasai kaum Cina itu untuk mengekalkan kerusi yang diperuntukkan kepada parti berkenaan, malah lebih sukar untuk memenangi semula kerusi yang terlepas daripada tangan mereka."Jika kedua-dua puak tidak berdamai dan terus membawa haluan masing-masing, ia akan mengakibatkan berakhirnya SUPP," kata sumber dalaman parti kepada Bernama.SUPP telah diberi tujuh kerusi Parlimen -- di Serian, Stampin, Bandar Kuching, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri. Dua daripadanya, Bandar Kuching dan Sibu, kini beralih kepada parti pembangkang, DAP.Beberapa anggota akar umbi parti mendakwa bahawa Chin dan pasukan barunya tidak melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk mengubati luka ekoran persaingan sengit jawatan semasa pemilihan di peringkat cawangan.Mereka berkata Chin tidak mengambil sebarang usaha untuk berhubung dengan puak yang berseteru dengannya.Bagaimanapun, seorang penganalisis di Institut Pengajian Asia Timur di Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi percaya kedua-dua pihak boleh berbaik-baik semula jika kumpulan Wong tidak bersikap 'jual mahal.'Sehubungan itu, beliau berpendapat isu itu akhirnya perlu ditangani oleh kepimpinan tertinggi BN di peringkat negeri dan pusat."Nampaknya seperti hanya campur tangan oleh kepimpinan tertinggi BN dapat menyelesaikan isu ini. Jika tidak, saya tidak fikir mereka boleh memperbetulkan keadaan," katanya.Jika ini juga gagal, katanya, pembatalan pendaftaran SUPP berikutan aduan kejanggalan dalam pemilihan di peringkat cawangan parti itu mungkin merupakan satu jalan keluar.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants