Kalau sebelum ini Sarawakerepot melaporkan terdapat black magic yang menyerang pemimpin BN Sarawak. Mungkin selepas ini terdapat laporan bahawa black magic atau pun white magic yang menyerang Pengerusi DAP Sarawak?
Sungguh hebat permainan magic ini sehingga memberi kesan ketumbuhan pada otak? Ini akan menyukarkan Ho Leng untuk bercakap. Semoga Ho Leng segera sembuh agar DAP Sarawak kembali bertenaga sekiranya tidak mahu PAS dan PKR merampas kerusi mereka!?!
KETUMBUHAN PADA OTAK HALANG WONG HO LENG BERTANDING PRU-13
Oleh Cetusan Kenyalang
Setelah pelbagai spekulasi di dalam akhbar dan cakap-cakap rakyat di Sibu dan Bukit Assek akan tahap kesihatan Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Assek, akhirnya Wong Ho Leng mengakui bahawa beliau mengalami ketumbuhan pada otak.
Walaupun penyakit itu dikenal pasti di peringkat awal, namun kesannya kepada kesihatan Wong Ho Leng membuatkan Ahli Parlimen Sibu itu kini sedang berehat sebaik menjalani pembedahan di Singapura pada 20 Disember lalu. Dijangka beliau tidak dapat bertanding dalam PRU-13 mahupun menjalankan kerja-kerja kempen atas faktor kesihatan. Malah doktor sendiri meminta Wong Ho Leng berehat dalam tempoh yang lama.
Menurut Wong, pakar bedah saraf telah menjumpai ‘glioma’ di dalam otak saya. Glioma ini masih pada peringkat awal dan tidak akan merebak ke bahagian lain.
“Ia juga menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk bercakap dan melemahkan fungsi otot-otot tekak. Ia perlu dirawat.
Wong juga akan mendapatkan rawatan radioterapi dan kemoterapi di Singapura bermula 8 Januari bagi tempoh enam minggu.
Bagi menggalas perkhidmatan di DUN Bukit Assek dan Parlimen Sibu, Wong menyatakan boleh merujuk kepada ADUN Pelawan David Wong dan ADUN Dudong Yap Hoi Liong.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Posted by Unknown
8:10 PG, under
Anwar Ibrahim,
BN,
Fadillah Yusof,
HKR112,
Ketua Pemuda BN Sarawak,
Nik Aziz,
Parlimen Petra Jaya,
Parlimen Santubong,
PAS,
PBB,
PKR,
Sarawak,
Wan Junaidi |
2 comments
Bang Non makin kecewa kerana modus operandinya kali ini gagal mencapai objektifnya untuk membuat rakyat membenci kerajaan BN! Kali ini backfire pula sehinggakan penyokong Pakatan haram menjadi semakin lemah kerana ramai yang sedar dan tidak mahu dikeldaikan lagi seperti PAS!
Ini jelas dapat dilihat oleh pemimpin BN Sarawak. Walaupun mereka berasa simpati kepada segelintir orang Sarawak yang telah dihantar ke semenanjung untuk menjadi keldai politik Bang Non! Sepatutnya orang Sarawak lebih bijak daripada mereka ini dan ternyata hanya segelintir sahaja yang dapat dipengaruhi oleh parti luar.
Syukurlah masih ramai lagi orang Sarawak yang sedar akan jasa BN kepada mereka, baik dari segi pembangunan dan kemajuan yang semakin hangat dirasai sekarang ini.
Pemimpin BN selar Himpunan Kebangkitan Rakyat
by Agnes Tugong. Utusan Borneo 14 Januari 2013, Isnin
Ia disifatkan sebagai cubaan pembangkang untuk membangkitkan kebencian, kemarahan
KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri semalam menyelar penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat yang disifatkan sebagai cubaan pembangkang untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan rakyat.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata himpunan yang berlangsung kelmarin (Sabtu) itu jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan pembangkang, jauh sekali seperti yang diuar-uarkan sebagai himpunan jutaan rakyat.
“Berapa peratus sahaja daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan tersebut kalau dibandingkan dengan program himpunan anjuran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan BN.
“Program himpunan BN sentiasa membawa ke arah kebaikan dan bukan menanam kebencian atau membakar semangat pemberontakan di kalangan rakyat,” kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya serta Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sementara itu Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut menyelar acara perhimpunan yang jelas bermotifkan politik pembangkang.
Menurut Wan Junaidi, pembangkang terlalu mengimpikan Putrajaya sehingga sanggup memburuk-burukkan negara di luar.
“Tidak dinafikan kerajaan tidak mampu memenuhi semua kemahuan dan keperluan rakyat. Malah tidak ada mana-mana negara pun di dunia ini yang mampu berbuat demikian.
“Saya fikir orang ramai yang berfikiran positif dan ahli perniagaan telah bosan dengan demonstrasi dan perhimpunan.
“Sebab itu bilangan yang menyertai perhimpunan tidak seperti yang disasarkan malah tindakan membawa kanak-kanak hanya menunjukkan ketidakpatuhan dan kebencian ke atas undang-undang negara,” kata Wan Junaidi
- Posted using BlogPress from my New iPad