Rabu, 24 November 2010
TAIB BAGI AMARAN KEPADA PEMBANGKANG
Posted by Unknown
11:49 PTG, under Anwar Ibrahim,Benama,DAP,Larry Sng,PAS,Piliharaya,PKR,Taib Mahmud | No comments
Selamat kembali ke tanahair kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Beliau telah selamat kembali pada hari ini tadi. Beliau juga sudah mendapat ilham mengenai tarikh pilihanraya yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
Sudahkah pihak pembangkang bersedia menerima perubahan? Sedarkah pihak pembangkang bahawa Sarawak akan menjadi kubu kuat Barisan Nasional? Rakyat yang bijak semestinya mahukan pembangunan yang hanya dapat dikecapi bersama kerajaan Barisan Nasional!!!
Melalui kerajaan pembangkang, mereka akan kehilangan sumber kekayaan bumi dan juga harta benda!!!? Semua ini sudah jelas terpampang di mana sahaja kerajaan pembangkang memerintah!!!? Kembalilah ke pangkal jalan dan jauhi daripada menjadi alat kepada parti pembangkang yang cuma pandai merungut dan menidakkan kebenaran!!?
Ketahuilah pejuangan sebenarnya adalah hanya melalui kerajaan Barisan Nasional! Marilah kita kembali ke arah pejuangan asal iaitu untuk memerdekakan minda daripada penjajah seperti bulan, roket dan lubang dubur!!!
TAIB SUDAH ADA 'INSPIRASI' TARIKH PILIHANRAYA SARAWAK
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah pada Rabu dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.
Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.
Taib berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.
Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.
Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.
Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.
"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya.
-- BERNAMA
TERKINI: PKR dan DAP Hilang Ahli Lagi di Sarawak
Posted by Unknown
3:30 PTG, under Anwar Ibrahim,DAP,Jentera Pakatan Rakyat,PAS,PKR,Sarawak,Serian,Taib Mahmud | No comments
Baru tadi keluar berita terkini dari Serian. Dikhabarkan ahli PKR dan DAP tidak ingin lagi menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang kononnya menggunakan Sarawak sebagai batu loncatan ke Putrajaya. Mereka pun memiliki pendapat yang sama seperti Ketua Pemuda DAP yang diminta nama beliau jangan disiarkan tadi.
Sokongan penduduk Sarawak terhadap PAS dan DAP mulai terkubur. Disiplin pemimpin parti dan Majlis Tertinggi mereka yang porak-peranda mula tidak disenangi oleh penduduk Sarawak yang pada umumnya gemar kepada kasih sayang dan kejujuran. Mereka tidak menyenangi sama sekali penyelewengan serta kekasaran yang berlaku semasa pemilihan cabang PKR di seluruh Sarawak.
Berikut adalah berita terkini yang disampaikan dalam blog Melanau Blogger dan Wira Kenyalang
Menurut Wira Kenyalang, ahli-ahli ini mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim tetapi sebenarnya mereka ini telah mendapat kesedaran melihat parti-parti pembangkang tidak ada hala tuju di Sarawak dan cuma pandai menyalak.
Semoga lebih ramai lagi yang sedar bahwa mereka semua sedang diperalatkan oleh parti pembangkang yang hanya mahukan keuntungan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Perjuangan kita hendaklah diteruskan ke segenap pelusuk Sarawak.
Radio yang dilancarkan tidak berupaya untuk mengukuhkan lagi cengkaman politik pembangkang di Sarawak malah rakyat semakin sedar dan masih inginkan pembangunan dan masih mahukan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, bukan Baru Bian dan bukan Chong Chieng Jen.
PKR dan DAP disingkir dari Kampung Koran Empaneg
SERIAN - Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.
Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.
Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.
Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu. Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.
PKR, PAS, dan DAP - Parti Pakatan Rakyat belum lulus?
Posted by Unknown
11:33 PG, under Anwar Ibrahim,DAP,Free Malaysia Today,Hishamuddin Hussein,PAS,PBB,PKR,Sarawak,Taib Mahmud,UMNO | No comments
Mungkin ramai yang telah sedar hal ini. Tidak perlu kita minta pengesahan daripada pihak Pakatan Rakyat sendiri. Parti tersebut cuma hanya pada nama tetapi apabila menjelang pilihanraya pasti keluar roket, bulan dan lubang dubur juga.
Ingin MP kongsi bersama perbualan bersama Ketua Pemuda DAP.
Ingin MP kongsi bersama perbualan bersama Ketua Pemuda DAP.
"Kalau ikutkan hati ketua (orang DAP) mereka kenapa mahu tolong PKR atau PAS? DAP sudah lama bertapak dan tiba-tiba pula datang parti baru yang sangat sombong dan tidak merendah diri. Semua nak tunjuk hero sehingga sanggup bertelagah sesama sendiri." menerangkan rasa hati beliau.
"Nasib baik perjuangan PKR hanya mahukan Anwar ke Putrajaya. Kalau iya pun naik teksi dah boleh sampai, harta sudah cukup duit sudah banyak. Ini tidak, heboh satu negara dia mahu ke Putrajaya?" tambah ketua pemuda DAP yang namanya tidak mahu disiarkan.
Begitulah senario hubungan PKR dan DAP. Apabila ditanya mengenai PAS pula, inilah jawapan beliau.
"Semua orang tahu, PAS mahu Kelantan jadi unik. Boleh keluar pitis emas sendiri dan boleh amalkan hukum hudud. Jika mereka dapat funding memang mereka happy."
Untuk bawa Anwar ke Putrajaya dan bagi Kelantan full autonomi itulah kosmetik asal perjuangan Parti Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang DAP dapat?
"DAP ingin mencabar Singapura dan menunjukkan orang yang ditinggalkan mendapat habuan yang lebih besar daripada pulau sebesar Singapura? Bayangkanlah kalau DAP dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu itu pun sudah cukup? Tetapi Sabah dan Sarawak adalah bonus memandangkan tahap ekonomi dan pembangunan di seberang Laut China Selatan agak berbeza?"
Orang DAP suka kalau orang BN pergi ke ceramah mereka. Kalau dapat merubah pegangan politik mereka lagi bagus. Ini berbeza dengan orang PAS dan PKR. Kalau mereka tahu you BN memang mereka pulaukan atau halau keluar dewan ceramah. Kita tidak boleh begitu kalau seorang orang BN datang kita boleh bawa jadi orang DAP kita patut bersyukur! Bagaimana nak bawa satu negeri jadi DAP atau PKR atau PAS kalau seorang pun tidak boleh ubah? Bagaimana mereka ini menghadapi arus perubahan?
Beginilah hasil kerja risikan di sekitar MP untuk renungan bersama.
Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik
KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.
"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.
"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.
"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.
Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.
-- BERNAMA