Bagaimana hendak meminta 5 tahun lagi sedangkan di Sarawak masih belum lagi PR membentuk kerajaan? Apakah Ho Leng masih bermimpi???!!! Cakap tidak serupa bikin??!! Pembangunan yang ada di Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil titik peluh ADUN dan MP Barisan Nasional dan apabila PR memerintah maka mereka pula sengaja untuk mengambil nama semata-mata!!?? Lembu punya susu, sapi dapat nama!!??
Sekarang ini DAP sanggup menjanjikan apa sahaja!!?? Namun semua ini tidak benar kerana DAP tidak pandai memerintah kerajaan!!!!??? Mereka hanya pandai mencari keburukan dan kesalahan!!?? Kalau nampak jalan berlubang mereka pandai menunding jari dan menunjuk ke arah lubang di tengah jalan tersebut sahaja seumpama kanak-kanak melaporkan kesalahan kepada guru tadika!!?? Sebagai wakil rakyat mereka hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk membeli selori tar atau sepongkes sahaja bagi menimbus lubang tersebut memandangkan itu kawasan mereka!!?? Kalau tidak pun buatlah laporan kepada JKR!! Setakat untuk mengambil publisiti murahan atau sememangnya ADUN DAP tidak pandai mengarang surat rasmi dalam Bahasa Malaysia ?!!?!
Inilah hakikat perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat!!?? Perebutan kerusi belum lagi selesai !!?? Ada hati hendak menjadi kerajaan??!!! Mimpilah!!??
PR mampu hapus rasuah
Posted on December 22, 2011, Thursday
SIBU: Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng menyeru supaya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) membuktikan mereka berupaya menghapuskan gejala rasuah.
Dakwanya, negeri-negeri yang diteraju PR seperti Pulau Pinang dan Selangor adalah bukti terbaik kerana ia diurus tadbir dengan baik serta bebas daripada rasuah.
“Beri kami lima tahun dan kami boleh buktikan kepada anda bahawa PR mampu menyelesaikan masalah rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing yang memberitahu bahawa PR masih belum mampu mengatasi masalah rasuah.
Katanya, Ding perlu melihat lebih mendalam kerana kepimpinan PR telah berjaya membendung kegiatan rasuah di kedua-dua negeri berkenaan.
Pulau Pinang dakwanya, negeri paling bersih daripada gejala rasuah dan pada masa sama berjaya menarik pelabur asing.
Ho Leng berkata, salah satu cara memerangi rasuah adalah membuka tender kepada semua projek yang hendak dilaksanakan.
Justeru jelas Ho Leng, usaha meningkatkan sokongan rakyat akan berterusan supaya rakyat di negara ini boleh menikmati kemajuan.