Berapa kampit wang yang teman Nurul Izzah ni bawa untuk menjamin HKR berjalan dengan lancar untuk menukar regim di Malaysia?
Agaknya zombie Kampung Pisang pun bangkit esok untuk menyertai HKR? Kalau tidak pun zombie Kampung Buah Pala yang hilang tanah kerana ditukar oleh Tokong menjadi Kampung Buah Dada!!??
Teman Nurul Izzah Datang Dari US Menginap Santai Di Holiday Villa
Oleh Azlan Taib
Lelaki tua berumur 73 tahun ini datang ke Malaysia atas jemputan temannya Nurul Izzah Anwar.
Namanya Dr Inayat Malik, seorang urologist dan mendakwa hadir sebagai pemerhati pilihanraya Muslim Amerika.
Tidak pasti samada kehadirannya bersama beberapa anggota rombongan benar-benar membuat kajian berkenaan perjalanan pilihanraya di Malaysia.
Rasanya, ia lebih kepada duduk sembang-sembang dengan ahli-ahli politik pembangkang dan beberapa kerat pertubuhan sivil yang pro-pembangkang.
Akhir sekali, mereka panggil sidang media yang diatur oleh Nurul Izzah dan jadilah ia suatu majlis pembacaan skrip yang disediakan Pakatan Rakyat.
Saya mengatakan demikian kerana tiada penemuan baru yang dibaca oleh Inayat dan keseluruhan kenyataannya umpama lagu lama yang telah biasa didendangkan oleh Pakatan Rakyat, dalam konteks perjalanan PRU di Malaysia.