Sekiranya SUPP mengikut formula 'muka baru' sebelum ini mungkin SUPP dapat diterima di kawasan bandar namun kini sudah terhantuk baru terngadah!! Semoga SUPP akan memberi peluang kepada muka baru daripada kaum Bidayuh untuk mejadi Menteri Muda dalam Kabinet Negeri Sarawak ini kelak!!?? Ini hanyalah saranan dan bukan paksaan dan diharap tidak menyinggung mana-mana pihak........
SUPP harus diterajui pemimpin serba baru
Posted Utusan Borneo on April 28, 2011, Thursday
Kepimpinan sedia ada tidak mampu bawa perubahan yang diinginkan untuk parti: Dr Chan
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan percaya bahawa parti ber-kenaan harus dipimpin oleh kepimpinan yang benar-benar baru.
Alasan beliau, kepimpinan sedia ada tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan untuk parti tertua di negeri ini.
Mantan Timbalan Ketua Menteri itu menegaskan bahawa peralihan kuasa kepada kepimpinan baru boleh membantu parti bagi mengelak perbalahan dalaman parti.
“Saya benar-benar percaya bahawa pemimpin-pemimpin veteran perlu mengundur diri. Jika (Dato Sri) Wong Soon Koh (timbalan setiausaha agung) mengambil alih (sebagai presiden), ahli lain mungkin tidak berpuas hati.
“Sama juga ahli lain mungkin tidak akan menerima keputusan jika (Datuk) David Teng (bendahari) menjadi presiden.
“Oleh itu, kenapa tidak kita beri laluan kepada golongan muda untuk mengambil alih sebagai presiden.
“Kemudian, mereka boleh bekerja dengan pemimpin baru dari Kuching, Sibu dan Miri. Bukankah ini penyelesaian yang lebih baik,” katanya.
Mengenai presiden baru, Dr Chan berkata Profesor Dr Sim Kui Hian adalah calon paling sesuai.
Bagaimanapun, beliau berkata maklum balas daripada akar umbi diperlukan sebelum Dr Sim boleh diberi mandat.
Dr Chan tewas kepada Ling Sie Kiong daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti sebanyak 1,590 pada pilihan raya negeri baru-baru ini.
Dr Sim pula gagal membantu SUPP merampas balik kerusi DAP. Violet Yong daripada DAP menewaskan Dr Sim dengan majoriti sebanyak 7,595 undi