Muka Guan Eng jelas tidak mempertahankan kenyataan Betty. Mungkin benar Betty telah meng'chew'kan Rainbow, nama lain bagi Ng Phaik Keng!
Ini bukan kali pertama Betty berbuat demikian kerana anaknya yang bermasalah, Marcus Lim dulu pun muka Guan Eng tidak kelihatan begini? Kali ini cawangan baru Guan Eng sudah terdedah! Mungkin dia sudah pun tidur di luar dan minta simpati Betty?
Mungkin ada yang setuju kalau Guan Eng meninggalkan Betty yang kasar dan pentingkan diri-sendiri itu dan terus bersama Rainbow yang cantik, menawan dan lemah-lembut?
Betty pertahan Guan Eng
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my
PULAU PINANG 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana, Melaka Betty Chew Gek Cheng hari ini menafikan suaminya, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan Ng Phaik Kheng yang pernah bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Guan Eng di Padang Kota di sini, Betty bukan sahaja mempertahankan suaminya malah menganggap isu tersebut adalah konspirasi Barisan Nasional (BN) yang diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.
"Jika benar, kenapa sehingga hari ini, MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya.
Isu melibatkan Guan Eng, Betty dan Phaik Kheng mula tercetus Isnin lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, apabila ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.
- Posted using BlogPress from my New iPad