
petang mukaku menunggu cahaya...


Pertikai Aset Pertahanan Gugat Kemampuan Keselamatan Negara -Ahmad Zahid
KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mempertikai dan meremehkan perolehan berkenaan termasuk kapal selam, serta latihan dan sebagainya, yang bertujuan meraih sokongan dan kepentingan politik,boleh merendahkan martabat pertahanan negara di mata dunia, katanya.
Tindakan mereka, termasuk badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dilihat sebagai meremeh tahap profesionalisme pasukan keselamatan,katanya pada majlis lawatan kerja sehari beliau bersama 80 wakil media di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pembangkang menggunakan isu seumpama itu ketika menjelang pilihan raya umum tanpa prihatin terhadap implikasinya.
Katanya, pembangkang masih memburukkan perolehan aset kapal selam Scorpene walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat melalui pelbagai media dan sesi taklimat, malah anggota pembangkang turut dibawa melawat ke dalam kapal selam tersebut. "Kita tidak mahu isu (perolehan kapal selam ini) melemahkan semangat anak kapal selam. Jangan merendahkan anak buah 'submariners' dan jangan merendahkan kemampuan kapal selam ini," tegasnya. Ahmad Zahid berkata,"Walaupun perbezaan pandangan politik, kita tidak seharusnya mempertikaikan kemampuan angkatan tentera. Sebaliknya pertahankan ia kerana ia soal yang tidak boleh dikompromi". Beliau berkata pihak pembangkang dan semua pihak, harus menerima hakikat bahawa pasukan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia adalah kumpulan profesional yang harus dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. BERNAMA
Malaysia atasi Amerika, Britain
JOHOR BAHRU, 27 Jun 2012: Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan ke-12 paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi semalam berkata, ia berikutan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.“Global Peace Index pula menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis penutup taklimat isu semasa keselamatan di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.
Abdul Rahim juga berkata, kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati program kerajaan berjaya mengurangkan kadar ketakutan rakyat terhadap jenayah sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.
“Kesannya amat besar kepada negara. Pelaburan langsung asing Malaysia melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding ke-21 pada 2010. “Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara,” katanya.
Beliau berkata, ia juga memberikan gambaran bahawa perancangan KDN untuk mengurangkan jenayah menampakkan hasil dan akan meneruskan usaha mencari kaedah menurunkan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan. – BERNAMA
Derma RM5 juta Khalid Ibrahim kepada Bersih 3.0 dan #occupydataran
oleh GelagatAnwar
Khalid Ibrahim tidak ada pilihan, kecuali mengeluarkan duit Negeri untuk membantu Bersih 3.0 dan budak-budak #occupydataran. Jumlah yang lebih besar adalah untuk Bersih 3.0. #occupydataran dapat juga rasa duit Kerajaan Selangor. Tak banyak. Tapi dapat. Untuk setiap student diberikan token RM500 ke RM1000 kira banyak jugalah tu. Bukan sikit.
Akhbar Melayu semua tak cover ‘derma kilat’ Khalid Ibrahim ini. Hanya The Sun yang dapat cover. Khalid sendiri memaklumkan: kempen ‘Selangorku Bersih’ akan digunakan untuk menjayakan program pemutihan pengundi.
Kalangan orang Pejabat MB tahu, tak banyak NGO yang datang jumpa Khalid untuk bajet ‘Selangorku Bersih’. Hanya Ambiga dan petugas Bersih yang menanti duit Selangor untuk dijadikan modal berhimpun hujung minggu yang akan datang. Jawatankuasa BERSIH diberikan lampu hijau untuk membuat segala macam ‘claims’ kepada Pejabat MB melalui program ‘Selangorku Bersih’.
Dalam pada banyak kawasan di Selangor masih kotor dan banyak dengan sampah, Khalid lebih suka untuk memberikan RM5juta kepada BERSIH dan penggerak anti PTPTN. Ianya hanya perlukan satu nota kecil Anwar untuk membolehkan bajet RM5 juta diberikan kepada Bersih 3.0 dan budak-budak penggerak anti PTPTN. ‘
Kalau tidak percaya, sila lihat The Sun (20 April, mukasurat 8). Semuanya dinyatakan secara terbuka. Atau di sini
Kalau NGO pro-UMNO/BN bijak, mereka patut serang Pejabat MB dan mohon diberikan bajet yang sama – di bawah geran ‘Selangorku Bersih’. Sebab Khalid tekankan, bahawa bajet ini adalah terbuka kepada semua parti politik di Selangor. Apa lagi? Takkan nak biarkan Bersih 3.0 dan #occupydataran yang bolot.
Kekerapan Ambiga melawat Khalid di Pejabat MB kebelakangan ini membayangkan bahawa semuanya memerlukan WANG dan didokong oleh WANG. Kalau Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 ditaja oleh orang luar; Bersih 3.0 adalah acara yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Hebat percaturan. Dimaklumkan juga bahawa Ambiga tidak boleh mengharapkan bantuan antarabangsa kerana tahu akaun peribadinya sedang dipantau oleh agensi tertentu. Terlalu banyak transaction berlaku sebelum Bersih 2.0. Ini boleh menyebabkan integriti Ambiga tersembam ke tanah.
Khalid nyata seorang budak suruhan Anwar. Nota kecil Anwar sahaja sudah boleh menyebabkan bajet RM5 juta dikeluarkan untuk Bersih 3.0 dan #occupydataran. Hebat.
SIDANG DUN: DAP Guna Gangster Untuk Kuasai PBT
Friday, March 23rd, 2012 Selangordaily.com Posted by Dhandhanggula
kredit sumber di siniKaitan antara DAP dan kuasa bawah tanah cina bukanlah asing. Dan semenjak berkuasa di Selangor, hubungkait itu semakin jelas dengan campurtangan gangster dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.
Hampir semua industri, akan ada tangan-tangan ghaib bawah tanah yang bertindak mencatur pengurusan negeri.
Mungkin ramai yang belum terlupa, bagaimana Ronnie Liu menghalang tindakan PBT yang cuba membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet yang cukup dikenali sebagai sarang maksiat di kawasan Puchong. Bahkan, hotel berkenaan pernah ditutup gara-gara terlibat dengan industri maksiat. Difahamkan, hotel berkenaan berkait rapat dengan dunia bawah tanah orang cina.
Itu adalah titik awal, di mana rakyat melihat kuasa bawah tanah ini muncul sebagai pencatur dalam segala urusan yang melibatkan industri hiburan, atau lebih tepat industri maksiat. Penyertaan mereka bukan terhad kepada sesuatu industri, malah hampir di semua perniagaan yang melibatkan PBT akan dikuasai oleh mereka. Industri pasir juga tidak ketinggalan, dengan ancaman-ancaman kepada pihak berkuasa. Kematian Patrick Wong, seperti dakwaan RPK, tidak mustahil juga didalangi oleh kumpulan gangster yang malar segar bersama wakil-wakil rakyat kerajaan negeri.
Sidang DUN menyaksikan YB Sg Pelek, yang melontarkan persoalan berkenaan kecekapan dan keberkesanan PBT. Antaranya ialah kekecohan perlantikan ahli majlis. Kekecohan ini berhubungkait dengan camputangan politik oleh DAP, sehinggakan membawa kepada demonstrasi di MPKj. Dipercayai, kekecohan ini berlaku akibat rasa tidak puas hati rakyat apabila mengetahui perlantikan ahli majlis itu dianugerahkan kepada kaki pukul, dan samseng (gangster). Ini membuktikan bahawa kuasa bawah tanah cuba “dihalalkan” bagi tujuan memudahkan urusan, dan juga pantauan.
Kerakusan Pakatan melantik ahli majlis PBT sehingga membawa kepada perkara-perkara di atas menyerlahkan betapa kuatnya pengaruh kumpulan bawah tanah itu. Hatta bermasalah sekalipun, nama mereka tetap ada dalam senarai ahli majlis. Ia menunjukkan hubungan “seseorang” yang berkuasa dalam portfolio berkenaan dengan kumpulan bawah tanah ini.
Ugutan demi ugutan yang diterima oleh ramai penjawat awam negeri Selangor berkenaan dengan penyelewengan kerajaan negeri sudah menjadi satu kebiasaan. Pun begitu, ketakutan tetap ada, berikutan nyawa sebagai galang gantinya.
Kemunculan kuasa bawah tanah ini mengingatkan bagaimana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei, apabila DAP mencetus sentimen perkauman, dan disambut oleh kumpulan bawah tanah ini bagi mencapai cita-cita mereka menguasai sebuah negara bertuah yang bernama Malaysia.
Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kerakusan kuasa bawah tanah itu.
Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi bernilai RM59.5 juta lancar
Utusan Borneo on February 14, 2012, Tuesday
TURUN PADANG: Uggah (empat kiri) ketika meninjau projek Jalan Miri-Marudi semalam sambil ditemani Manyin (dua kanan).
MIRI: Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi yang bernilai RM59.5 juta berjalan lancar dengan 23.5 peratus daripada kerja-kerja pembinaannya telah disiapkan setakat ini iaitu mendahului jadual yang ditetapkan.
Kerja-kerja pembinaan projek jalan sepanjang 52km yang merangkumi pembinaan enam jambatan Bailey termasuk sebuah jambatan yang terpanjang iaitu merentangi Sungai Arang dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 Februari tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika meninjau projek berkenaan semalam turut melahirkan rasa gembira atas kelancaran projek berkenaan.
“Saya berasa amat gembira dengan kelancaran projek tersebut setakat ini.
“Berdasarkan jadual, kerja-kerja tersebut siap sebanyak 19.5 peratus, namun kita mendahului jadual dengan 23.5 peratus kerja telah disiapkan setakat ini,” ujar beliau lanjut.
Nescaya katanya, apabila siap sepenuhnya nanti, projek berkenaan akan mampu memberi seribu kegembiraan kepada rakyat di Miri dan Marudi yang telah sekian lama mengimpikan jalan raya yang sempurna dan selesa.
Dalam pada itu menurut Douglas, projek berkenaan telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni.
“Ini merupakan salah satu projek yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri yang lepas. Apa yang kerajaan janjikan telah ditunaikan,” ujar beliau sambil menambah kerajaan bukan menabur janji kosong tetapi sebaliknya menyelesaikann masalah rakyat.
Beliau yang tiba di sini untuk diamanahkan meninjau kesemua projek yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila telah siap sepenuhnya nanti, Jalan Miri-Marudi akan tetap diselenggara pihak ATM untuk tempoh tiga tahun, sebelum ia diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Keutamaan kita ialah perhubungan antara Miri dan Marudi.
“Apa yang penting ialah jalan ini lebih baik daripada yang ada sekarang ini serta dapat dilalui dengan selamat dan selesa,” katanya sambil menambah objektif kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan terbabit telah tercapai.
Turut hadir melawat ke tapak projek jalan berkenaan semalam ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin Jaong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Komander 9 Briged Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants