Rabu, 4 Januari 2012
Demo UPSI !!! Bibir pecah tapi gaya macam batang hidung pecah!!!???
Posted by Unknown
1:14 PTG, under Adam Adli,Demo 1 Jan 2012,Mahasiswa Merempuh UPSI,Safwan Anang | No comments
Ini rupa sebenar Safwan Anang salah seorang pelakon cedera parah malam demo UPSI!!!??
Ini gambar yang disiarkan diblog pembangkang kononnya batang hidung pecah??!!!
Yang pasti orangnya tidak sama!!!???
Yang pecah hanyalah bibir!!??
Ikuti penjelasan sinopsis jalan sebenar cerita Rempuh Pagar UPSI di sini!!!
Lagi Anwar Tidak Relevan Buat Pakatan Haram!!!???
Posted by Unknown
12:02 PTG, under Anwar Ibrahim,Liwat,Liwat 901,Pakatan Rakyat,PKR,Politik Semenanjung | No comments
Anwar Ibrahim sudah mengaku dia tidak relevan!!!?? Tanpa Anwar kini bukan Nurul mahupun Azmin akan menjadi Perdana Menteri ke -7!!?? DAP dan PAS hanya dipegang melalui Anwar Ibrahim!!?? Sebelum ini Zaid tetapi kini Wan Azizah pun tidak mampu menahan kekuatan desakan DAP dan PAS untuk menjadi Perdana Menteri!??
Pembahagian kerusi pun belum habis dan tidak begitu adil buat PKR!!!?? Rata-ratanya DAP semakin meminta lebih daripada Pakatan Haram!!!?? Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat mengekang kemaraan kuasa DAP!!?? PAS pun jadi tidak relevan dalam Pakatan Haram kerana Mat Sabu pun seperti lembu dicucuk hidung!!!?? Bagaimanakah kesudahan penipuan demi penipuan Pakatan Haram!!???? Sokong Anwar sokong peliwat!!!!!???
Anwar: Pakatan tak akan lenyap meskipun saya dipenjara
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
Tarikh : January 3, 2012
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berkubur meskipun beliau didapati bersalah dan dipenjarakan berhubung tuduhan kes liwat, minggu depan.
Justeru kata Anwar, PR telah bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan telah membuat persiapan rapi.
"Pendakwaan terhadap saya bukan baru. Sudah tiga tahun dan pimpinan PR ini juga bukan baru. Apakah kita mempunyai persiapan? jawapannya, ya! Kita juga telah bincang tentang sebarang kemungkinan. Kita buat persiapan cukup.
"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan dan risiko. Cuma saya mahu ingatkan, siri jelajah yang dilakukan (kempen 901) bukan soal peribadi. Tetapi, mengenai soal rakyat, ekonomi dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi PR hari ini.
Ketua Umum PR berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan Anwar akan diketahui Isnin depan.
Selain itu, Anwar turut menegaskan, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara sekalipun, ia tidak bermakna PR akan tumbang.
Katanya, "kalau ada orang Umno fikir dengan memenjarakan atau melenyapkan Anwar akan menjejaskan PR, itu silap. PR terdiri daripada asas dan dasar perjuangan yang jelas. Dasar kami ialah untuk kebaikkan negara," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seluruh ahli keluarganya mengambil sikap bersedia terhadap segala kemungkinan mengenai keputusan kesnya.
Malah, katanya, program-program bagi mempersiapkan PR untuk tawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 juga akan diteruskan.
Liwat 901: Patriot Serahkan Kepada Perkasa!!??
Posted by Unknown
11:53 PG, under Anwar Ibrahim,Bebaskan Anwar 901,Himpun,Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin,Liwat 901,Patriot | No comments
Patriot serahkan kepada Perkasa untuk bertempur menentang perhimpunan Liwat901!!?? Ikutilah sumber SinarHarian di bawah!!??
Perkasa sedia tempur
Oleh : NORJIMI AZMI LATIF dan ROBIATULADAWIYAH
Tarikh : January 3, 2012
SHAH ALAM - Patriot tidak akan turun menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini manakala Perkasa pula menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam perhimpunan itu walaupun ada NGO lain yang turun menentang demonstrasi itu.
“Buat apa kita mahu turun, tiada kena mengena dengan kita,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno tidak menolak sama sekali demonstrasi dan perhimpunan dilakukan mahasiswa sejak kebelakangan ini ada bersangkut paut dengan individu sama yang menganjurkan kempen Bebaskan Anwar 901.
“Ini semua angkara orang yang sama, siapa lagi kalau bukan dia (Anwar),” katanya.
Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya lebih menumpukan peperiksaan yang bakal mereka hadapi daripada terjebak dalam perhimpunan 9 Januari itu.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali memberitahu walaupun polis melarang mana-mana pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.
“Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan Rakyat) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut,” katanya selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR.
Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.
Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.
Dalam pada itu, Perkasa bersama-sama 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyekat perarakan penyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka akan memulakan misi untuk mempertahankan keamanan negara selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak hingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Kami akan menunaikan solat sunat berjemaah dan berdoa supaya ALLAH memberi kekuatan kepada pejuang ini. Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi.
“Mereka tidak ada kekuatan berbanding Perkasa yang mempertahankan maruah institusi kehakiman negara. Saya percaya, ramai tidak datang dan menyokong mereka, namun, untuk memastikan ia berjalan lancar, penuntut universiti akan dipergunakan mereka,” katanya.
Mengenai tindakan bakal diambil pihak berkuasa, katanya, terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.
“Kami menegakkan keamanan, itulah kekuatannya dan mereka pula hendak meruntuhkannya, sebaliknya menaikkan pemimpin yang mempunyai masalah moral. Tidak perlu saya perjelaskan siapa Anwar yang merupakan bekas sahabat di universiti dan berjuang bersama-sama,” katanya.
Pada sidang media diadakan di ibu negara petang tadi, Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, mahasiswa yang terlibat dengan kempen Bebaskan Anwar 901 termasuk melakukan provokasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kelmarin sebagai pengecut dan tidak bermaruah kerana sanggup membenarkan diri dipergunakan parti politik.
Ibrahim berkata, penuntut yang berjuang kerana Anwar sebagaimana dilakukannya pada era 70-an, adalah perjuangan yang sudah lapuk dan tidak sesuai dihidupkan kembali.
“Pada ketika itu, kami (sebagai mahasiswa) berjuang kerana negara berada dalam kemiskinan ekoran kejatuhan harga komuniti di pasaran dunia, rasuah, ancaman komunis dan jurang pendapatan antara kaum begitu ketara.
“Tetapi sekarang, mereka menjadikan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) sebagai kambing hitam. Itu isu remeh-temeh kerana kerajaan telah membuka ruang untuk berbincang. Jika mereka hadir 9 Januari depan, bererti benarlah kenyataan saya yang penuntut itu tidak berminat berjuang untuk Auku sebaliknya kerana Anwar,” katanya.
Mengimbas kembali dirinya yang pernah disumbat ke dalam lokap, ditahan atas kesalahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan 100 kali turun naik mahkamah, Ibrahim berkata, "itulah hero yang sebenar."
“Bak kata pepatah Melayu berani kerana benar, buat apa hendak meminta bantuan Majlis Peguam dan Suhakam? Mengaku ajelah dan jangan menyalahkan orang lain serta tidak perlu takut kepada tindakan undang-undang kerana kita sudah tahu tindakan itu bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Orang Ramai Diminta Waspada Dengan Panggilan Daripada Bukit Aman
Rabu Januari 4, 2012
KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.
KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.
Sekadar hiasan |
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kebanyakan pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil, katanya dalam kenyataan, Selasa.
Untuk itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.
"Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya.
Ramli berkata polis telah menerima beberapa laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.
Beliau juga berkata semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. - BERNAMA