Walaupun sibuk namun sempat juga Ketua Menteri Sarawak untuk berbuka bersama anggota polis.
Beliau disambut dengan meriah di Masjid Polis atau Masjid Al-Mujahiddin di Kompleks Polis Tabuan Jaya. Majlis itu juga dihadiri oleh Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Begeri Sarawak.
Di samping berbuka puasa, 11orang balu polis turut menerima sumbangan untuk meringankan beban menjelang hari raya.
Taib berbuka puasa bersama anggota PDRM
Utusan Borneo 28 Julai 2012, Sabtu
SELAMAT DATANG: Taib diiringi Ismail (kanan) bersalaman dengan anggota PDRM yang menyambut ketibaan beliau pada majlis berbuka puasa bersama PDRM di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Polis Tabuan Jaya, malam kelmarin. — Gambar Jeffery Mostapha
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berbuka puasa bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, malam kelmarin.
Majlis yang diadakan di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Polis Tabuan Jaya itu dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar serta isteri Puan Sri Suriati Md Sobri dan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Pada majlis sama, seramai 11 orang balu polis menerima sumbangan daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) sebagai tanda penghargaan.
Sumbangan berkenaan disempurnakan Suriati diiringi Pengerusi PERKEP Sarawak Datin Zaitun Mat Isa.
Taib pada majlis itu turut menunaikan solat isyak dan terawih bersama tetamu kehormat serta anggota-anggota PDRM.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri SAC Datuk Law Hong Soon.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Menurut Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Sabah dan Sarawak bukan lagi dianggap sebagai simpanan tetap BN.
Memang tidak dinafikan sokongan terhadap Perdana Menteri semakin kuat tetapi jangan lupa kesedaran politik di Sabah dan Sarawak yang semakin bertambah kian hari!
Isu berkaitan kepentingan dan ekonomi pribumi harus diambil kira! Pengagihan kekayaan perlu diberi perhatian demi menjaga hati pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak.
Selagi BN mampu berlaku adil nescaya pengundi di Sabah dan Sarawak akan tetap memilih BN! Itulah kesimpulan kluster tersebut.
Sabah, Sarawak bukan 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional
KUALA LUMPUR 25 Julai - Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya menganggap Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetap' yang secara automatik menyumbang kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeneri Amir berkata, secara amnya sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih tinggi berbanding kepimpinan peringkat negeri.
Namun, jelas beliau, sokongan pengundi terhadap BN boleh berubah sekiranya beberapa isu terutamanya berkaitan masyarakat pribumi di dua negeri tersebut tidak diberi perhatian sewajarnya.
"Mesti diperbetulkan segala dasar yang tidak betul termasuk dalam soal pembahagian kekayaan dan pelantikan kaum pribumi Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan tinggi kerajaan.
"Secara keseluruhan, BN perlu menunjukkan mereka mampu menjadi sebuah kerajaan yang adil. BN akan terus berkuasa sekiranya masalah dapat diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan bertajuk Sabah dan Sarawak: Simpanan Tetap atau...? pada perbincangan meja bulat bertema PRU13: Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara di sini hari ini.
Selain Jeneri, ahli-ahli panel sesi tersebut ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM Sabah), Dr. Arnold Puyok dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan manakala Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, Jayum memberitahu, peningkatan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dipandang ringan pemimpin-pemimpin BN.
Menurut beliau, pengundi di dua negeri berkenaan mahu sokongan mereka terhadap BN dihargai dan bukannya sekadar dianggap sebagai 'simpanan tetap' sahaja.
"Tindakan meminggirkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya umum akan datang. Perlu diingatkan, kesetiaan pengundi di dua negeri tersebut tidak terletak kepada parti atau individu tetapi kepada kestabilan politik," ujarnya.
Sementara itu, Arnold berkata, keputusan pilihan raya umum akan datang di Sabah bakal ditentukan oleh beberapa faktor termasuk dinamik politik, pemilihan calon dan bilangan calon atau parti yang bertanding di sesebuah kawasan.
Tambah beliau, perubahan strategi politik pada saat-saat terakhir juga bukan sesuatu yang mustahil di Sabah kerana senario itu pernah berlaku apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN ketika pilihan raya negeri semakin hampir pada 1990.
- Posted using BlogPress from my New iPad