Semalam Mukapetang menyiarkan rayuan Rajahmas terhadap Dato' Sri Michael Manyin mengenai kes pembalakan di Tebedu. Hari ini terdapat lanjutan daripada kisah ini dalam akhbar Utusan Borneo.
Kenapakah Wakil rakyat tidak peka terhadap kawasan masing-masing. Ahli Parlimen pun tidak tahu-menahu mengenai hal ini sedangkan perkara ini sudah berlaku sejak pertengahan tahun lepas? Kenapakah wakil rakyat bersikap acuh tak acuh apabila berhadapan dengan krisis di kawasan masing-masing. Wakil rakyat ini seharusnya bersikap terbuka dan sentiasa peka terhadap rungutan masyarakat di kawasan mereka!! Mustahil kalau sudah berada di Parlimen dan sentiasa berada di Kuala Lumpur atau pun Putrajaya maka masalah rakyat di kawasan mereka dilupakan!?? Adakah wakil rakyat sebegini yang dimahukan oleh rakyat?!!
Wakil rakyat hendaklah pro aktif dalam menangani masalah dan gejala sosial. Kenapa ada wakil rakyat yang tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku di kawasan mereka? Mana perginya pemuda PBB di kawasan Tebedu? Adakah mereka juga tutup telinga dan mata selepas pilihanraya penggal ke-10?!!
Ingatlah bahawa tarikh keramat PRU-13 sudah dekat!!!??? Jangan sampai tidak terpilih baru hendak menangis air mata darah. Perhatikanlah keadaan rakyat di kawasan parlimen dan DUN masing-masing!!!?!! Jangan salahkan rakyat sekiranya undi protes dibuat oleh 500 orang penduduk Tebedu ini!!!?? Bukan ugutan tetapi peringatan kepada wakil rakyat yang tidak suka ambil tahu hal di kawasan masing-masing!!!??
Balak: Serangan dapat dihalang jika wakil rakyat ambil berat rungutan penduduk
Posted on May 10, 2011, Tuesday, Utusan Borneo
KUCHING: Serangan ke atas kem pembalakan oleh penduduk di Tebedu pada Ahad lepas akan dapat dihalang jika wakil rakyat di situ mengambil berat rungutan mereka sebelum ini.
Kedua-dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin bagaimanapun nampaknya bagaikan tidak mengendahkan apa yang berlaku di kem pembalakan terbabit.
Namun, tidak jelas sama ada mereka ada bertemu penduduk untuk menasihati mereka daripada bertindak di luar jangkaan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa memusnahkan tanah pusaka mereka.
Manyin yang merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan apabila dihubungi semalam hanya berkata: “Saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada polis dan pejabat daerah.”
Sementara, Riot yang juga Timbalan Menteri Luar ketika dihubungi berkata: “Saya berada di Kuala Lumpur, maka tiada komen setakat ini.”
Manyin dan Riot diminta untuk mengulas mengenai demonstrasi penduduk dari 10 kampung yang membakar jentera berat termasuk lori dan kem pembalakan bagi memprotes aktiviti pembalakan di situ.
Difahamkan, itu bukan tindakan yang pertama dilakukan oleh penduduk sejak mereka menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap aktiviti pembalakan terbabit.
Dua minggu lepas mereka merobohkan jambatan balak bagi menghalang kemasukan lori balak ke situ.
Pada Ahad lepas dengan jumlah lebih 500 orang mereka telah membakar tujuh jentera berat, empat lori dan lima kem pembalakan.
Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut dihubungi semalam memberitahu laporan polis telah dibuat oleh syarikat pembalakan terbabit.