GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai menyampaikan geran kepada salah seorang wakil persatuan. Rakyat harus hargai, terima pembangunan dilaksana kerajaan
Posted on May 10, 2011, Tuesday Utusan Borneo
MIRI: Rakyat harus menghargai dan menerima pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 30 tahun lalu.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, tempoh 30 tahun itu bukan jangka masa yang pendek, justeru rakyat tidak harus mudah diputar belit oleh pihak yang cuba mengetepikan hakikat itu.
“Kerajaan sedar dan sensitif dengan keperluan dan aspirasi rakyat, bukan sahaja di bandar bahkan di luar bandar dan kawasan yang jauh di pedalaman.
“Ini terbukti dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air paip bersih dan bekalan elektrik.
“Projek ini dilaksanakan setiap tahun sehingga 2015 dan seterusnya,” katanya berucap pada majlis penyampaian projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM96,000 kepada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Miri, Bakam dan Lambir, semalam.
Beliau menambah, kebanyakan projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat agar menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri ini.
Mengenai pemberian geran, Ahmad Lai berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua ahli persatuan selain membelanjakannya dengan cara berhemah.
“Pemberian geran merupakan satu lagi cara kerajaan memastikan setiap lapisan masyarakat melalui persatuan mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!