Posted on August 11, 2011, Thursday
MIRI: Harga tong gas petroleum cecair atau LPG untuk kegunaan isi rumah lazimnya tidak sampai RM100, namun di bandar raya ini harganya dikesan meningkat lebih sekali ganda pada RM230.
Tinjauan Bernama mendapati harga itu yang tertinggi di Sarawak berbanding bandar utama lain seperti di Bintulu (RM170), Sibu (RM90), Kuching (RM150), manakala di bandar kecil Lawas setiap tong dijual RM130.
Peniaga yang ditemui memberitahu Bernama mereka terpaksa mengenakan harga yang tinggi memandangkan harga pembekal kepada mereka adalah lebih RM200.
Mereka juga menyalahkan pengguna yang tidak memulangkan kembali tong gas yang sudah kosong untuk diisi semula menyebabkan berlaku kekurangan bekalan tong LPG.
Kekurangan ini juga me-nyebabkan harga tong LPG naik mendadak, kata seorang daripada peniaga terbabit yang enggan namanya didedahkan.
Sementara itu, ketua cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Miri Zakaria Awang ketika ditemui semalam, berkata tindakan tegas akan dikenakan jika kenaikan itu kerana peniaga terbabit cuba meraih keuntungan berlebihan.
Mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan yang berkuat kuasa April le-pas, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perniagaan, dan RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi individu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perniagaan yang tidak ber- etika agar menghubungi pejabat cawangan kemen- terian itu di sini di talian 085-412862. — Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!