Semasa menjalankan sidang akhbar semalam, dilihat Francis Siah ditemani oleh Baharuddin Mokhsen, calon PKR Tupong yang juga bergelar samseng seperti pada pautan berikut.
Calon PKR DUN Tupong
Awang Abdillah Awang Nassar (adik kepada Speaker DUN Sarawak iaitu Datuk Seri Awang Mohd Asfia Awang Nassar) yang bertanding dibawah PERS atas tiket Bebas di Jepak juga dilihat bersama Francis Siah untuk mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Awang Abdillah
Cuma Datuk Salleh sahaja yang tidak kelihatan, mungkin dia akan turun esok di perkarangan Muzium simbolik dengan Ketua Pembangkang PKR yang hidup 'dua alam'??? Muzium memang penuh dengan golongan bapuk dan gay pada sebelah malam dan tidak hairanlah MoCS akan menurut jejak langkah Ketua Pembangkang untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim!!???
Tanpa permit polis, perhimpunan diadakan secara aman bermula jam 2 petang
SIDANG MEDIA: Francis (tengah), Awang Abdillah (kiri) dan Baharuddin (kanan) bercakap kepada pemberita di Kuching semalam.
KUCHING: Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS) akan meneruskan rancangan perhimpunan merah pada 13 Ogos ini (esok) meskipun tanpa permit polis.
Pemimpinnya, Francis Paul Siah berkata perhimpunan di pekarangan Taman Muzium itu akan diadakan secara aman bermula pada jam 2 petang.
Bagaimanapun hanya tiga orang dijangka akan menyertai perhimpunan itu secara rasmi iaitu Koordinator MoCS Jepak Awang Abdillah Nasar, Baharuddin Mokhsen dan Francis sendiri.
“MoCS kecewa dengan tindakan polis yang enggan mengeluarkan permit untuk acara perhimpunan pada 13 Ogos ini meskipun badan ini telah memenuhi tuntutan polis.
“Bagaimanapun, acara tersebut akan diteruskan seperti yang telah dirancang meskipun hanya disertai oleh tiga ahli MoCS untuk memastikan kami tidak melanggar undang-undang,” tegasnya.
Beliau menegaskan perkara itu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini semalam.
Tambah Francis, susulan perhimpunan itu, seramai 160 orang pengikut dari Sri Aman, 60 dari Miri, 12 dari Sibu, enam dari Kota Kinabalu dan dua dari Kuala Lumpur telah mengesahkan untuk menyertai acara itu.
Bagaimanapun, pihak MoCS telah menasihati mereka supaya tidak menghadiri perhimpunan ini bagi mengelak daripada ditahan oleh pihak berkuasa.
Pada perhimpunan itu Sabtu ini, MoCS akan mengemukakan 10 hujah deklarasi yang mana ia merupakan dokumen penting dalam agenda MoCS untuk mengubah Sarawak.
Sekitar jam 5 petang pada hari perhimpunan itu, MoCS mengajak masyarakat berbilang agama di negeri ini berdoa untuk demokrasi dan reformasi negeri.
Susulan acara perhimpunan itu turut akan diadakan majlis berbuka puasa di salah sebuah restoran di Jalan Kulas dan semua dijemput untuk menghadiri majlis itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!