Penang akan kehilangan banyak pelabur gara-gara tarif air yang bakal melonjak bila-bila masa sahaja…nak tahu dengan lanjut? Begini ceritanya…
petang mukaku menunggu cahaya...
Penang akan kehilangan banyak pelabur gara-gara tarif air yang bakal melonjak bila-bila masa sahaja…nak tahu dengan lanjut? Begini ceritanya…
Tahniah kepada muka baharu barisan EXCO (Ahli Mesyuarat) negeri Kedah di bawah Menteri Besar ke-11 Datuk Mukhriz Mahathir. Semoga BN lebih perkasa di Kedah Darul Aman. PAS sudah angkat kaki..
8 muka baru angkat sumpah EXCO Kerajaan Kedah
BHarian 2013/05/15 - 10:57:40 AM
ALOR SETAR: Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO), di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi.
Kelapan-lapan ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan keempat-empat Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.Kesemua EXCO yang dilantik adalah muka baru di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah ke-11, Datuk Mukhriz Mahahthir.
EXCO yang dilantik ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail; ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob; ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain; ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim; ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abd Hamid; ADUN Belantek, Datuk Mohd Tajudin Abdullah; ADUN Jitra, Aminuddin Omar dan ADUN Bandar Baharu, Norsabrina Mohd Noor.
70 Peratus Manifesto Kedah Untuk PRU-13 Siap - Mukhriz
mStar
ALOR SETAR (Feb 1): Kira-Kira 70 peratus kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah siap.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Jawatankuasa Manifesto BN Kedah mahu menunggu dan melihat dahulu manifesto BN di peringkat kebangsaan sebelum menyiapkan sepenuhnya manifesto itu menjelang PRU-13.
Mukhriz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN Kedah, berkata dalam manifesto khusus untuk Kedah, BN Kedah mahu mendapatkan projek yang sama seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini.
Beliau berkata, dalam manifesto khusus itu, BN Kedah akan menyediakan sebuah litar lumba kepada golongan belia seperti yang diumum semalam selepas kerajaan negeri ketika ini, yang dikuasai PAS, gagal mengotakan janji pada kempen PRU 2008 bahawa mereka akan membina litar tersebut jika menang di Kedah.
"Kebanyakan golongan muda tertarik dengan janji pakatan parti pembangkang sebelum ini, dan mereka memberi undi kemenangan kepada parti tersebut dan akhirnya, janji tersebut tidak dikotakan," katanya kepada pemberita ketika melawat BN Youth Job Fair 2013 sempena Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim pada Jumaat.
Ketika merasmikan Himpunan Orang Muda Kedah pada Khamis, Perdana Menteri berkata, pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto PRU-13 khusus untuk negeri ini.
Selain itu, Najib berkata, turut akan dimasukkan dalam manifesto khusus itu ialah kerajaan akan menanggung sebanyak RM100 bagi setiap kursus praperkahwinan bagi golongan muda.
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata golongan muda kecewa apabila litar lumba itu tidak dibina seperti yang dijanjikan, dan mesej tersebut telah disampaikan kepada Perdana Menteri, yangakhirnya pada Khamis mengumumkan akan membina litar lumba itu.
"Perdana Menteri kata tak berapa susah nak buat litar itu, dan akan buat jika dapat tawan kembali negeri ini. Tujuannya untuk hindari anak muda dari gejala rempit dan tidak sihat," katanya.
Mengulas bantuan RM100 kepada golongan muda bagi setiap kursus praperkahwinan, Mukhriz berkata, idea itu adalah bagi meringankan beban golongan muda yang ingin berkahwin.
Mukhriz juga berkata, perkara lain yang akan dimasuk dalam manifesto untuk membantu golongan muda ialah menyediakan satu dana khusus untuk mereka menjadi usahawan.
"Ini yang kita fikirkan, dan saya yakin ia sesuatu yang boleh diusahakan oleh BN negeri dan pusat menjelang PRU ke-13 nanti," katanya.
BN Youth Job Fair, yang bermula Khamis, melibatkan 82 syarikat menawarkan lebih 4,500 pekerjaan merupakan antara program sempena Himpunan Orang Muda.
Sementara itu, Pengerusi Pemuda BN Kedah Badrol Hisham Hashim berkata, karnival kerjaya yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan dan lebih 20,000 golongan muda hadir untuk mencari peluang pekerjaan.
Beliau berkata, ia sedikit-sebanyak dapat membantu golongan itu mendapat pekerjaan di syarikat dan agensi yang mengambil bahagian serta benar-benar memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini. - BERNAMA
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants