dipetik dari cetusan kenyalang |
Kenyataan Pertama Tan Sri Adenan Satem
14 Feb 2014 myNewshub.myRAMAI yang menunggu-nunggu apa kenyataan pertama bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Adenan Satem.
Ini berikutan sejak diumumkan mengantikan Tan Sri Taib Mahmud pada Rabu, empunya diri enggan mengulas.
Tadi, dalam sidang media pertama selepas pengumuman pelantikan beliau itu kelmarin, Adenan berkata beliau amat lega kerana keputusan itu dipersetujui secara sebulat suara dan tiada bantahan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana keyakinan mereka kepada saya dan sudah tentu kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kerana keyakinan berterusan kepada saya,” katanya di Bangunan Yayasan Sarawak sebentar tadi.
Adenan akan mengangkat sumpah jawatan pada 28 Februari ini.
Menurutnya, beliau akan mengekalkan barisan pentadbiran sekarang apabila menerajui kerajaan negeri kelak.
Adenan berkata, beliau dan rakan dalam Kabinet negeri sudah lama berkerja dengan baik sebagai satu pasukan dan tidak ada sebab mengapa keadaan itu perlu diubah.
“Kami bekerja sebagai sebuah pasukan selama ini dalam Kabinet dan saya percaya kita ada matlamat yang sama, kenapa perlu tukar…,” katanya.
Ia adalah kali pertama Adenan mengulas mengenai pengumuman pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang baharu kelmarin.
Adenan akan mengangkat sumpah jawatan pada 28 Februari ini.
Mengenai portfolio yang bakal dipegang beliau, Adenan berkata perkara itu akan dibincang bersama jemaah Menterinya kelak.- Agenda Daily