Kini beliau tinggal keseorangan mempertahankan kerusi Ketua Menteri bayangan yang mahu dirampas oleh DAP!
Kalau melihatkan track record PKR, memang tidak menunjukkan kesungguhan yang tulus untuk menjadi ketua kempimpinan Pakatan Rakyat?!. PKR dan PAS hanyalah anjing kepada DAP dan seperti biasa tempat anjing hanyalah di luar pejabat!?
Sekiranya dilantik dan dimanjakan barulah mereka dibenarkan masuk ke dalam pejabat atau dinaikkan pangkat mahupun diberikan jawatan seperi PAS. Sungguhpun telah kalah tetapi tetap diberi muka kerana PAS ini begitu setia kepada DAP.
Jentera DAP juga telah siap disedia disegenap kawasan industri dan zon perniagaan?! Terima kasih kepada Menteri Perindustrian yang lepas kerana telah menobat dan membawa masuk kaum Cina dari Semenanjung terutama sekali dari Pulau Pinang untuk menjaga pintu masuk kerja ke kawasan perindustrian?! Lihatlah betapa ramainya penyokong setia DAP di sekitar bandaraya utama di Sarawak!!?
Dalam tempoh 5 tahun sahaja mereka sudah menjadi kuat bayangkanlah menjelang PRU-13 ini nescaya troopers DAP ini akan membantu jentera DAP dengan lebih berkesan lagi untuk memastikan 8 kawasan bumiputera jatuh di tangan DAP? Tunggu dan lihat sajalah!
"Setelah sekian lama mempromosi diri sebagai ketua menteri Sarawak, namun Baru Bian dan PKR tersungkur juga sewaktu pilihan raya lalu. tidak seperti yang didendangkan Baru Bian sebelum pilihan raya yang mengatakan sokongan rakyat Sarawak terhadap PKR melebihi sentiment peristiwa "Ming Court" pada 1987.
Keputusan pilihan raya Sarawak bukan sahaja menidakkan peluang PKR untuk memerintah Sarawak, Bahkan mengecewakan Baru Bian untuk duduk sebagai ketua menteri. Ternyata kenyakinan Baru Bian dan PKR sekadar dijadikan lawak jenaka oleh rakan seperjuangan mereka DAP.
Isu cabinet bayangan yang didominasi DAP sekali lagi mencetus polemik dalam perselingkuhan Pakatan Rakyat di Sarawak. Baru Bian adalah yang paling kecewa kerana tidak dilantik sebagai ketua menteri dalam cabinet bayangan tersebut.
Namun jika dilihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi DAP dalam pilihan raya Sarawak yang lalu, sepatutnya Baru Bian tidak berhak membantah tindakan DAP. Kerana itulah ramuan demokrasi yang mereka perjuangkan. Mengapa menyalahkan DAP jika itulah demokrasi tulen yang mereka gembar-gemburkan?
Memang DAP lebih berhak kerana mereka lebih majority, dan DAP tentunya memiliki kuasa prerogatif untuk melantik siapa saja. Memang itulah demokrasi yang mereka sama-sama perjuangkan…
Baru Bian perlu Tanya diri sendiri, mengapa rakyat lebih 'senang' memilih DAP berbanding PKR. Lihat sahaja kesungguhan DAP untuk memenangi hati rakyat dengan ideologi yang biasa, sedangkan PKR sentiasa sibuk mencetus propaganda dengan gaya politik kotor, memaki hamun dan sebagai provokator. Itu belum lagi ditambah dengan kekotoran Anwar sebagai ketua umum.
Usah bersandiwara dengan kata-kata kononnya PKR memperjuangkan nasib bumiputra, usah malu mengakui bahawa dalam demoksrasi yang mereka perjuangkan tidak ada sentiment "Bumi or Non-Bumi". Malah PKR juga yang paling gemar berteriak dijalanan atas nama demokrasi.
Lalu, salahkah DAP….? -Melanau Blogger"