Berikut adalah suasana hari kedua PIKOM PC Fair di Taman Kereta, Bukit Mata, Kuching.
Acara 3 hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Fadhillah bin Yusoff, Timbalan Menteri MOSTI merangkap Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak dan juga Ahli Parlimen P194 Petra Jaya.
Pesta PIKOM PC Fair ini merupakan acara tahunan yang menyaksikan pelbagai alat ICT terkini dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Orang ramai sudah mengunjungi tapak pesta yang dibuka sejak pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 9 malam. Acara selingan iaitu cabutan tiket bertuah juga diadakan bagi pembeli barangan yang berjumlah RM100 ke atas. Tiket bertuah ini diumumkan pada pukul 2pm, 4pm, 6pm dan 8pm dan banyak hadiah menarik yang menanti setiap pengunjung.
Acara ini akan tamat pada 8 Mei 2011 dan diharap semua peminat IT tidak akan melepaskan peluang ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!