
petang mukaku menunggu cahaya...


Dua guru dakwa terima surat amaran ekoran aduan Harden
SRI AMAN: Dua guru tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menerima surat amaran daripada Jabatan Pendidikan agar tidak terlibat membantu kempen parti pembangkang.
Salah seorang guru terbabit mendakwa, adalah tidak adil jika jabatan mengambil tindakan hanya berdasarkan surat aduan yang diterima daripada pihak bekas Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden.
Beliau mendakwa, surat aduan tersebut bertarikh 14 April berkepala surat Parti SUPP serta ditandatangani oleh Harden.
Surat itu menyebut dua guru terbabit terlibat dalam membantu pihak pembangkang dalam aktiviti politik dan meminta Jabatan Pendidikan untuk memindahkan mereka sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 7 Mei ini.
Dua guru terbabit yang membawa bersama surat itu sebagai bahan bukti semasa membuat laporan polis mendakwa surat itu mencemarkan maruah mereka dan akan mengganggu penilaian oleh pihak jabatan terhadap mereka.Selain itu, mereka juga mendakwa terdapat tiga lagi guru menerima nasib yang sama kerana cuba menentang Harden.
“Saya tidak percaya serta terperanjat kerana menerima aduan yang tidak berasas ini dan kenyataannya saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti politik.
“Dia mungkin ada kuasa untuk mengambil tindakan, tetapi sebagai penjawat awam dan calon untuk Barisan Nasional (BN), dia langsung tidak meneliti mengenai perkara tersebut sebelum menulis surat malah menekan Jabatan Pendidikan untuk memindahkan kami.
“Sebagai wakil rakyat, adakah dia memikirkan tentang kami? Apabila kami berpindah maka ia akan memberikan impak yang besar kerana seluruh keluarga kami juga akan berpindah.
“Ini menunjukkan dia tidak mengutamakan rakyatnya.”
Sebagai langkah keselamatan, kedua-dua guru terbabit enggan mendedahkan identiti mereka.
‘Ibu Pertiwikita’ video a hit among Sarawakians
Russell Ting The Borneopost 27 April 2016
KUCHING: A video posted by SUPP president Senator Datuk Dr Sim Kui Hian on his Facebook account has been received enthusiastically by netizens, garnering over 3,000 positive Facebook reactions and close to 2,000 shares as of the time of writing.It’s also been viewed more than 150,000 times, with many commenters expressing their approval of the song and the video.Titled ‘Ibu Pertiwikita’, which is obviously derived from the state anthem ‘Ibu Pertiwiku’, the video portrays the many aspects of life of the people of Sarawak, with themes of parenthood, family ties, bonds and unity.The video attempts to showcase the distinctiveness of both urban and rural life, with the inclusion of school children, the characterisation of the working class and other commonly seen sights in the state.Featuring male and female vocals, the song that plays along with the video starts slow with soft guitars and uplifting lyrics that are tastefully sung in English, Malay, Chinese and smatterings of Bahasa Sarawak.It then hits its stride in the chorus, forming a distinct bridge between the lyrics of the song and the scenes playing throughout the video. The song also manages to blend in the refrain from ‘Ibu Pertiwiku’ as a choral arrangement sung by the school children in the video.Dr Sim himself makes an appearance as a school teacher, guiding children to and fro from school. There’s even a special cameo by non other than Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, who plays a bus driver at the very end of the video.Reading a copy of The Borneo Post, he asks Dr Sim: “Are we ready to go?” in what appears to be an allusion to his role as the primary driver behind progress in the state.
Dalam PRU13 pada Mei lepas, BN telah kalah tipis dengan majoriti 505 di Sarikei. Berikutan dengan hal tersebut maka petisyen telah difailkan semalam untuk membatalkan keputusan PRU13 di Sarikei. Sama-samalah kita mengikuti keputusan ini kelak.
Ding fail petisyen batal keputusan kerusi Sarikei
Posted on June 12, 2013, Wednesday
SIBU: Satu petisyen pilihan raya membabitkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Sarikei difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen itu difailkan oleh peguam David Kuok Han Peh bagi pihak calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Ding Kuong Hiing.
Petisyen difailkan di bawah 3A, C, D, E, F Seksyen 11 1B dan Seksyen 32A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Rosliah Abdul Rahman.
Ketika ditemui, Kuok yang menfailkan petisyen mengandungi 11 muka surat berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.
Pada PRU13 Mei lalu, Ding tewas kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong Ling Biu dengan majoriti tipis 505.
Ding mendapat 13,758 undi, manakala Wong mendapat 14,263 undi.
Dalam petisyennya, Ding menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya David Liau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wong masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
Pendengaran petisyen itu akan ditetapkan tidak lama lagi.
Riot selar Misuari dakwa Sarawak hak Kesultanan Sulu
KUCHING (21 Mac 2013- Utusan Borneo): Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem semalam menyelar dakwaan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang menyatakan bahawa Sarawak juga sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu.
Beliau berkata sebagai negeri yang berada dalam negara merdeka Malaysia, tidak ada satu pun pihak boleh mempersoalkan Sarawak adalah milik Malaysia dan kedaulatannya akan dipertahankan.
Menurutnya jika benar-benar Misuari cintakan keamanan seperti yang sering diperjuangkannya selama ini, beliau seharusnya menyokong dan menyertai usaha-usaha perjanjian keamanan dalam rangka kerja yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dengan Bangsamoro bukannya cuba mengambil kesempatan ke atas Lahad Datu.
Misuari ujarnya harus berbuat baik kepada rakyat sebangsa dengannya dan Kerajaan Filipina dengan mencurahkan kesetiaannya dalam rangka kerja perjanjian yang ditandatangani untuk keamanan berkekalan di Mindanao.
“Kepada Nur Musiari ini nasihat saya: Jangan menangguk di air yang keruh. Jangan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku di Lahad Datu… Sarawak hak Malaysia.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berkata Malaysia akan mempertahankan walaupun seinci tanahnya daripada dicerobohi termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.
Riot yang juga Ahli Parlimen Serian berkata seperti status Sabah, kedaulatan tanah air Malaysia tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Malaysia seperti diperkatakan Perdana Menteri katanya akan dengan bersungguh-sungguh melindungi dan mempertahankan setiap inci daripada tanah negara ini khususnya Sabah daripada diceroboh.
“Malaysia adalah negara yang cintakan keamanan. Mempromosikan keamanan salah satu daripada tonggak dasar luar negara.
“Sebab itulah Malaysia terlibat aktif dalam misi menjaga keamanan di seluruh dunia dan sanggup menaja aktiviti keamanan di negara jiran terutama di Filipina.
“Kita telah menyaksikan keadaan huru-hara dan ketidakstabilan di selatan Filipina yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya beban kepada Malaysia serta negara-negara jiran yang lain,” ujarnya.
Baru-baru ini, Misuari secara terbuka menyatakan Sarawak juga hak Kesultanan Sulu sama seperti bahagian timur negeri Sabah.
Kerajaan pusat pertimbang peruntukan kepada SJKC Chung Hua Tudan
Utusan Borneo
MIRI (21 Feb 2013): Kerajaan pusat akan mempertimbangkan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan bagi menampung pelan pembangunan keperluan pelajar yang semakin meningkat di sekolah itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara tersebut, semasa berucap menyempurnakan pelancaran rasmi sekolah berkenaan yang terletak di Tudan, dekat sini, petang semalam, berkata kerajaan pusat akan membantu dari segi peruntukan bagi mencukupkan dana yang akan dikutip oleh pihak lembaga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
“Saya menggalakkan ibu bapa dan guru mengutip dana bagi membina blok bangunan yang baharu dan kerajaan pusat nantinya akan menambah jumlah dana tersebut menerusi peruntukan,” katanya tanpa menyebut jumlah peruntukan yang akan diberikan.
SJK (C) Chung Hua memperlukan peruntukan sebanyak RM1.63 juta untuk membina sebuah lagi bangunan baharu yang mempunyai 12 buah bilik darjah (berjumlah RM1.1 juta) dan kos untuk mengecat semula seluruh bangunan sekolah (RM500,000) serta menukar bingkai-bingkai cermin bangunan (RM10,000).
Sekolah tersebut kini mempunyai 1,257 murid dengan 56 peratus daripadanya ialah pelajar bukan berbangsa Cina dan hanya 44 peratus sahaja pelajar berbangsa Cina. Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin memberitahu, beliau yang amat menyokong permohonan peruntukan oleh guru besar sekolah tersebut, amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kesediaan beliau meluluskannya.
Ini kerana menurut Chin, jika peruntukan tersebut diluluskan maka pihak lembaga sekolah dapat memulakan segera pelan pembangunan baharu sekolah itu yang bertujuan untuk menjamin keselesaan dan kemudahan yang baik bagi murid-murid, guru-guru dan masyarakat setempat di kawasan tersebut.
Chin memberitahu, SJK (C) Tudan telah diluluskan pembinaannya oleh kerajaan pusat pada 12 Mei 2001 diikuti dengan majlis pecah tanah pada 30 Ogos oleh Datuk Hon Choon Kim yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada 23 April 2004, sebuah jawatankuasa protem telah ditubuhkan bagi memulakan kempen memungut derma daripada orang awam untuk tujuan pembinaan sekolah.
Setelah semua urusan selesai, akhirnya pada 3 Januari 2007, hari persekolahan telah bermula di SJK(C) Chung Hua Tudan, bermula dengan 362 murid dan 16 guru.
Jumlah murid kemudian meningkat kepada 556 orang dengan 50 peratus daripada pelajarnya berbangsa Cina manakala separuh lagi ialah kaum Bumiputera.
“Sepanjang tempoh pembinaannya hingga 2008, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah tiga kali memberikan peruntukan bagi menyempurnakan lagi kemudahan sekolah,” katanya.
Pada hari ini, bilangan murid di SJK(C) Tudan telah bertambah kepada 1,257 orang, meningkat berkali ganda berbanding pada awal pembukaannya.
Peningkatan tersebut mendadak kerana sekolah tersebut adalah satu-satunya sekolah aliran bahasa Cina di kawasan Tudan, Permyjaya dan Senadin, menyebabkan ia menjadi sekolah tumpuan.
Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja ke Sarawak
Utusan BorneoKUCHING (28 Jan): Lebih 1,000 orang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lawatan kerja pertama beliau ke Sarawak pada tahun ini.Muhyiddin selamat mendarat kira-kira jam 5.50 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semalam.
MOHON KEBERKATAN: Muhyiddin ditemani Taib dan Abang Johari mengangkat tangan memohon doa sambil ditemani tetamu kehormat lain. Turut kelihatan Jabu dan Mawan.
Antara tetamu kehormat yang menyambut ketibaan beliau adalah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom serta menteri-menteri muda.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini turut hadir bagi memeriahkan suasana ketibaan beliau ke sini.
Selain itu, orang ramai termasuk ahli-ahli parti turut bersama-sama membanjiri ruang legar ketibaan di bilik VVIP di LTAK semalam.
“Di Malaysia, tiada bantuan kepada penganggur daripada kerajaan. Pekerja Saminna-SCI yang diberhentikan hilang punca pendapatan dan menghadapi masalah untuk mengatur semula kehidupan serta tanggungan mereka seperti aspek pendidikan, perumahan dan keperluan harian,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada Persidangan DUN, semalam.Oleh itu, katanya, Dana Kecemasan harus ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk memberi bantuan segera kepada pekerja yang terjejas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang itu berkata, dana sedemikian penting sebagai perlindungan kepada pekerja tempatan memandang pelaburan asing yang besar diramalkan di Sarawak.“Penekanan adil mesti diberikan kepada insentif untuk menarik pelaburan asing dengan kebajikan pekerja,” tegasnya. Beliau menambah, insiden pemberhentian kira-kira 1,000 pekerja Sanmina-SCI harus memberi mesej yang kuat bahawa amalan perindustrian yang kurang baik sedemikian tidak boleh diterima dan tidak harus dipandang ringan. See menegaskan, ini adalah kerana pekerja di Sarawak akan terus ditindas dan hak serta kepentingan mereka dicabul oleh konglomerat antarabangsa.“Ketua Menteri pernah mengingatkan Dewan bahawa kita sekarang berada dalam zaman ‘realiti baharu’ iaitu bagi memenuhi tuntutan persaingan antarabangsa, kita memerlukan piawaian antarabangsa. Ini termasuk piawaian amalan buruh yang setanding dengan norma antarabangsa,” ujarnya. Menurutnya, daripada kira-kira 1,000 pekerja yang diberhentikan tanpa notis, 315 merupakan kaum Bidayuh, 295 (Melayu), 220 (Iban), 134 (Cina), 18 (Melanau), 15 (Orang Ulu) dan lapan lagi lain-lain.
Bekas setiausaha MB Selangor keluar PKR, sertai SUPP
Utusan 8 September 2012, Sabtu
KUCHING: Bekas setiausaha eksekutif Menteri Besar Selangor dan juga ahli politik terkenal, Prof Dr Razali Bolhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Menurut Razali, beliau meninggalkan PKR setelah tidak bersetuju atas dasar perjuangan segelintir pemimpin parti pakatan itu yang menyokong kempen BERSIH 3.0, meskipun hubungannya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah baik.
“Saya percaya hanya parti berdasarkan tempatan Sarawak sahaja dapat mewakili negeri ini di Parlimen,” katanya sambil menyokong konsep 1Malaysia dan parti pembangunan.
Razali berkata beliau menyokong pemansuhan ISA, meskipun beliau sendiri pernah ditahan di bawah ISA pada 1987 dan 1989.
“Bagi Sarawak adalah tidak sesuai sesebuah parti yang berorientasikan satu etnik mahupun satu kaum sahaja,” tegasnya di sini semalam.
Razali telah menyerahkan borang permohonan keahlian menjadi ahli SUPP bersama 19 orang pengikutnya kepada Timbalan Presiden SUPP dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Muara Mongkos pada 26 Ogos lalu.
Majlis itu dihadiri lebih 200 masyarakat Bidayuh Mongkos yang beragama Islam, Kristian dan mereka yang masih menganut kepercayaan asal.
Jamuan tersebut adalah dianjur oleh Persatuan Persaudaraan Dayak Islam (PEDI) di bawah kepimpinan Razali sebagai presiden persatuan itu.
PEDI dikenali sebagai Kuching United Dayak Islamic Brotherhood UDIB telah didaftar pada 13 Februari lalu.
Persatuan terbabit dianggotai oleh ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai suku etnik Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu).
Razali yang merupakan pengamal perubatan homeopati juga bekas naib ketua bahagian PKR Kuala Selangor.
Beliau ialah anggota penilaian kepada Malaysian Qualification Agency (MQA) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Beliau memiliki PhD dalam Sosiologi dari Pacific Western University, L A, California USA.
Seni pertahanan diri banyak manfaat
by Rusnan Mustafa. Utusan Bornei 30 Julai 2012, Isnin
BERSEMANGAT: Dr Jerip memukul gendang sebagai simbolik perasmian Festival Pertunjukan Seni Bela Diri Kuching 2012. Turut kelihatan Baderi (dua kiri) dan Chan (dua kanan).
KUCHING: Seni mempertahankan diri bukan sahaja dapat menjaga keselamatan daripada ancaman musuh tetapi boleh dijadikan satu kaedah senaman untuk badan.
Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata mempelajari dan mempraktikkan seni mempertahankan diri merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.
Beliau menjelaskan bahawa seni bela diri merupakan seni turun-temurun yang sudah menjadi warisan amalan orang dahulu untuk mempertahankan diri yang dilihat dapat mengekalkan kesihatan pengamalnya.
“Seni mempertahankan diri ini juga penting kepada kesihatan kita kerana ia merupakan salah satu senaman harian yang mampu menguatkan badan daripada dihinggapi penyakit.
“Selain dapat mengekalkan seni warisan, amalan ini juga dapat mewujudkan satu komuniti yang sihat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Pertunjukan Seni Bela Diri Kuching 2012 di Stadium Hoki Negeri di sini semalam.
Tambahnya, dengan pengamalan gaya hidup sihat menerusi seni bela diri risiko dihidapi penyakit seperti darah tinggi, diabetes, obesiti dan sebagainya dapat dielakkan.
Selain itu, Dr Jerip memberitahu seni bela diri juga mampu mempersiapkan seseorang untuk mempertahankan diri daripada ancaman jenayah terutama golongan wanita.
“Kita lihat dalam surat khabar kebanyakan jenayah telah meningkat di kawasan bandar seperti kes ragut dan selalunya golongan wanitalah yang menjadi mangsa.
“Maka dengan itu alangkah baiknya kalau kita menyediakan diri dengan seni bela diri supaya kita boleh mempertahankan diri sendiri daripada menjadi mangsa jenayah,” katanya.
Malah, beliau memberitahu bahawa seni bela diri juga dapat dijadikan platform merapatkan perpaduan masyarakat di negeri ini.
“Seni ini mengajar kita bersatu dalam pasukan serta berdisiplin yang boleh mengukuhkan tali persaudaraan antara kita, jadi saya berharap amalan ini menjadi amalan semua masyarakat di negeri ini,” ujarnya.
Hadir sama Datuk Bandar MBKS James Chan, Pengerusi Penganjur Kaunselor Abdul Baderi Sahmat dan tetamu kehormat lain.
SEDA timbang tindakan undang-undang terhadap Tony Pua
BH Online, 13 Julai 2012.
PUTRAJAYA: Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.
Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu mengenai isu berkenaan, Pengerusi SEDA, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata kenyataan Pua itu adalah tuduhan serius terhadap beliau.
Fong berkata, beliau dimaklumkan bahawa Penasihat Undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua itu sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.
"Ini untuk menentukan sama ada SEDA dan kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang (terhadap Pua)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Fong yang enggan memberi penjelasan terperinci mengenai proses pemilihan syarikat dan kelayakan yang diperlukan, berkata "peguam sedang menelitinya". - BERNAMA
BN Perlu Kerja Keras Pertahan Stampin
by Wan Ali Amit. Posted on April 7, 2012, Saturday
Pembangkang turut berusaha untuk menakluki kerusi yang disandang Yong, kata LoKUCHING: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
LO
Naib Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa, Lo Khere Chiang berkata, memang diakui SUPP bakal berdepan tugas getir pada PRU13 nanti, justeru mereka perlu bekerja keras untuk menghadapi cabaran itu.
Lo yang merupakan salah seorang nama (calon) yang disebut-sebut bertanding bagi mempertahan kerusi Parlimen Stampin pada PRU13, yakin jika jentera BN bekerja keras tidak mustahil SUPP mampu mempertahan kerusi itu.
“Saya tidak pasti sama ada dicalonkan atau tidak pada PRU13 nanti, namun saya tetap berharap jentera SUPP dan BN bekerja keras untuk mempertahan kerusi Parlimen Stampin,” katanya.
Bercakap kepada pemberita ketika sesi lawatannya ke Flat Taman Perumahan Flora Indah, Jalan Arang di sini semalam, Lo berkata pihak pembangkang sememangnya sedaya upaya untuk menakluki kerusi Parlimen Stampin.
Bagaimanapun, katanya, penyandang kerusi parlimen terbabit iaitu Datuk Yong Khoon Seng masih mampu untuk memberikan khidmatnya kepada rakyat di kawasan terbabit jika diberi peluang bertanding semula.
“Saya percaya Datuk Yong (Khoon Seng) masih mempunyai sokongan padu daripada rakyat di kawasannya, justeru tidak mustahil beliau dicalonkan semula untuk mempertahan kerusi parlimen terbabit,” katanya.
Yong, sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk berundur daripada arena politik dan memberi ruang kepada generasi muda untuk berkhidmat dengan rakyat di kawasannya.
Selain Lo, beberapa nama (calon) dari SUPP juga disenaraikan untuk menggantikan Yong pada PRU13 akan datang.
Lo, yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata, beliau tetap menjalankan tugasnya dan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan terbabit.
“Saya tidak tahu sama ada nama saya disenaraikan oleh SUPP antara calon yang bakal bertanding pada PRU13 nanti, namun saya tetap menjalankan tugas mendekati rakyat di bawah bidang kuasa MPP,” katanya.
Sehubungan itu, beliau juga berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada pihak kerajaan BN agar segala program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Kami (MPP) akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat di semua kawasan dalam bidang kuasa kami agar mereka dapat menikmati pembangunan dan kehidupan yang selesa,” katanya.
Kurang kefahaman punca ahli politik dipandang serong
by Clare Cinderella. Posted on April 2, 2012, Monday
SAKSI: Chin (enam kiri) dan Lee (tengah) sama-sama menyaksikan penyerahan sijil cabang TMC oleh bekas Gabenor Wilayah D87 TMC Miri Mohd Ariff Azahari (enam kiri) kepada Presiden Sainsri TMC Serina Sauni.
Kurang faham mengenai konsep berpolitik menyebabkan sesetengah pihak beranggapan ahli politik orang ‘kotor’
MIRI: Kurang faham mengenai konsep berpolitik menyebabkan sesetengah pihak memandang rendah ahli politik hingga ada yang memandang serong dan beranggapan semua ahli politik ialah orang ‘kotor’.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, ‘kotor’ yang dimaksudkan mereka ialah terlibat dengan rasuah, penyelewengan, tidak mampu menunaikan amanah rakyat dan sebagainya.
Sedangkan politik katanya, adalah amat penting dalam memimpin sesebuah negara dengan tidak semua ahli politik adalah ‘kotor’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak terutama mereka yang tidak faham dan tidak tahu mengenai politik.
“Malah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah turut memerlukan unsur-unsur politik untuk membimbing negara mereka.
“Cuma bezanya cara mereka mempraktikkan politik mereka dengan kita di Malaysia, agak berbeza.
“Corak politik mereka lebih berani dan secara terang mencerca dan memaki sesama sendiri hingga sanggup mendedahkan segala yang peribadi.
“Sebaliknya di negara kita, kita masih ada batas dan susila kerana peradaban kita yang lebih tinggi,” katanya.
“Oleh sebab itu ada kalanya saya tidak faham jika ada orang yang tidak tahu-menahu mengenai politik, berpandangan serong dengan beranggapan dan melihat seorang ahli politik sebagai kotor,” tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis makan malam ‘Toastmaster Charter Night’ di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Majlis itu dianjurkan bersama oleh empat Kelab Toastmaster (TMC) di Miri iaitu Alpha Diamond Excel Miri TMC, Permyjaya Bilingual TMC, Alpha Miri Hakka TMC dan Miri Sainsri TMC.
Chin yang juga Ahli Parlimen Miri berkata, situasi politik di Malaysia termasuk di negeri ini masih pada tahap yang terkawal dengan adanya peradaban yang tinggi di mana para pemimpinnya tahu membezakan antara perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat atau dilakukan serta tidak mengambil tindakan membabi buta.
“Sebagai masyarakat yang berdemokrasi, kita tidak dapat tidak perlu ada politik yang membantu membimbing negara dan menentukan hala tuju negara ini,” katanya.
Oleh yang demikian beliau meminta rakyat di negara ini supaya menghormati demokrasi yang ada di negara ini kerana melalui demokrasi rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan ahli-ahli politik pula tidak perlu menjadi terlalu terbuka dan berani hingga merendahkan sesama sendiri di hadapan rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Chin memberitahu bahawa untuk menjadi seorang ahli politik yang baik dan senang diterima masyarakat, seseorang itu perlu memiliki kemahiran berkomunikasi.
“Kalau mahu masuk politik, harus pandai berkomunikasi dengan orang ramai.
“Tanpa komunikasi yang bagus, ia tidak akan membawa apa-apa makna politik bagi seorang ahli politik,” katanya.
Oleh yang demikian kata Chin, beliau amat bersetuju dengan motto TMC iaitu ‘Komunikasi Ke Arah Kepimpinan Cemerlang’ kerana kemahiran komunikasi mampu melahirkan seorang pemimpin yang cemerlang sama ada dalam memimpin negara, organisasi mahupun pertubuhan dan kelab.
Pada majlis yang sama Chin dan Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin turut menyaksikan majlis pelantikan ahli jawatankuasa kelab-kelab berkenaan dan penyerahan sijil cabang kelab kepada teraju atau pengerusi baharu daripada jawatankuasa induk yang lepas.
SUPP Sibu Ketengah Muka BaruSabtu Mac 10, 2012
SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu akan mengetengahkan muka baru untuk menawan semula kerusi Parlimen Sibu daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Muka baru itu ialah ahli korporat dan pemimpin masyarakat Cina terkemuka di sini, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Meng.
Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat cawangan yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Wong Soon Koh di ibu pejabat parti itu di sini, Sabtu.
Kesemua 15 ketua unit di bawah cawangan tersebut hadir pada mesyuarat itu.
Wong berkata pemilihan Lau telah mendapat sokongan sebulat suara dan malah turut disokong sepenuhnya oleh ahlinya yang terdiri daripada masyarakat Bumiputera.
"Adalah penting bagi SUPP untuk memilih calon boleh menang dan kita berpendapat Lau boleh membantu (merampas semula kerusi Parlimen Sibu daripada pembangkang)," katanya kepada pemberita.
Selain itu, katanya mesyuarat turut memutuskan untuk mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu untuk bertanding mempertahankan kerusi itu pada PRU-13.
Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak dan anggota Dewan Undangan Negeri Bawang Assan berkata nama kedua-dua calon itu akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan kadar segera.
Pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mengalahkan calon SUPP Robert Lau Hui Yew dengan majoriti kecil 398 undi.
Kawasan itu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar. BERNAMA
SUPP Nafi Khabar Angin Pembatalan Pendaftaran
MIRI, 1 Mac (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menafikan khabar angin bahawa pendaftaran parti itu akan dibatal disebabkan berlaku penyelewengan pada pemilihan peringkat cawangan dan persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) parti itu tahun lepas.
Presidennya Datuk Seri Peter Chin berkata berita, khabar angin dan SMS yang diedar setakat ini tidak menjejaskan tugasnya sebagai presiden parti dan menteri.
"Setakat ini, tidak ada berita daripada Pendaftar Pertubuhan dan saya masih meneruskan tugas sebagai presiden parti dan menteri persekutuan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pembinaan SK Tudan Jaya, SMK Tudan dan SMK Kuala Baram, di sini Khamis.
Terdahulu media bertanya Chin, yang juga Anggota Parlimen Miri dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, mengenai penyebaran SMS mendakwa bahawa pendaftaran SUPP akan dibatal dan barisan kepimpinannya akan diganti.
Keadaan itu menimbulkan spekulasi bahawa parti paling lama di negeri ini mungkin menyaksikan perubahan kepimpinan seawal minggu ini, dua bulan selepas Chin dipilih sebagai presiden parti setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.
-- BERNAMA
Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi bernilai RM59.5 juta lancar
Utusan Borneo on February 14, 2012, Tuesday
TURUN PADANG: Uggah (empat kiri) ketika meninjau projek Jalan Miri-Marudi semalam sambil ditemani Manyin (dua kanan).
MIRI: Projek pembinaan Jalan Miri-Marudi yang bernilai RM59.5 juta berjalan lancar dengan 23.5 peratus daripada kerja-kerja pembinaannya telah disiapkan setakat ini iaitu mendahului jadual yang ditetapkan.
Kerja-kerja pembinaan projek jalan sepanjang 52km yang merangkumi pembinaan enam jambatan Bailey termasuk sebuah jambatan yang terpanjang iaitu merentangi Sungai Arang dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 Februari tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika meninjau projek berkenaan semalam turut melahirkan rasa gembira atas kelancaran projek berkenaan.
“Saya berasa amat gembira dengan kelancaran projek tersebut setakat ini.
“Berdasarkan jadual, kerja-kerja tersebut siap sebanyak 19.5 peratus, namun kita mendahului jadual dengan 23.5 peratus kerja telah disiapkan setakat ini,” ujar beliau lanjut.
Nescaya katanya, apabila siap sepenuhnya nanti, projek berkenaan akan mampu memberi seribu kegembiraan kepada rakyat di Miri dan Marudi yang telah sekian lama mengimpikan jalan raya yang sempurna dan selesa.
Dalam pada itu menurut Douglas, projek berkenaan telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk disiapkan di bawah Projek Jiwa Murni.
“Ini merupakan salah satu projek yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri yang lepas. Apa yang kerajaan janjikan telah ditunaikan,” ujar beliau sambil menambah kerajaan bukan menabur janji kosong tetapi sebaliknya menyelesaikann masalah rakyat.
Beliau yang tiba di sini untuk diamanahkan meninjau kesemua projek yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila telah siap sepenuhnya nanti, Jalan Miri-Marudi akan tetap diselenggara pihak ATM untuk tempoh tiga tahun, sebelum ia diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Keutamaan kita ialah perhubungan antara Miri dan Marudi.
“Apa yang penting ialah jalan ini lebih baik daripada yang ada sekarang ini serta dapat dilalui dengan selamat dan selesa,” katanya sambil menambah objektif kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan terbabit telah tercapai.
Turut hadir melawat ke tapak projek jalan berkenaan semalam ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin Jaong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Komander 9 Briged Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat
Lahir tenaga kerja teknikal untuk SCORE
by Rusnan Mustafa.Utusan Borneo 12 Feb 2012, Ahad
Dewan perniagaan Cina harus bantu kerajaan latih kemahiran generasi muda: Taib
KUCHING: Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sarawak (ACCCIS) yang mewakili masyarakat perniagaan Cina di negeri ini diminta bersama-sama kerajaan negeri dalam melahirkan tenaga kerja teknikal untuk memenuhi keperluan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
PEMBERIAN IKHLAS: Wee menyampaikan cenderamata kepada Taib sambil disaksikan oleh ahli ACCCIS lain.
Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masyarakat perniagaan Cina di Sarawak boleh membantu kerajaan negeri dalam misinya melahirkan pekerja berkemahiran teknikal SCORE.
Tambahnya, golongan perniagaan itu perlu menyedari tugas berat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang tidak boleh ditanggung oleh kerajaan semata-mata.
“Kempen untuk mempromosikan bidang teknikal untuk mengetengahkan SOCRE dalam kalangan generasi muda akan giat dijalankan yang dijangka dimulakan hujung bulan ini, justeru kita mahu supaya genarasi muda merebut peluang yang ada di SOCRE dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam anjuran ACCCIS di sini, malam kelmarin.
“Mereka boleh membantu dengan menggalakkan generasi muda mengikuti pendidikan teknikal,” katanya lagi.
Pada masa sama, Taib memberitahu kerajaan negeri sudah merancang untuk melancarkan kempen sebelum penghujung bulan ini untuk menarik lebih ramai golongan muda Bumiputera mengikuti latihan kemahiran teknikal.
“Kita mahu golongan muda memberi respons dan menukar tanggapan mereka terhadap pekerjaan teknikal ini,” tambahnya.
Selain itu, beliau berkata ACCIS perlu memainkan peranan dalam meneroka peluang perniagaan yang terbuka luas melalui kewujudan SCORE di negeri ini.
Jelasnya, penerokaan peluang perniagaan dalam wilayah SCORE itu untuk menarik pelabur melabur di situ tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan sahaja.
“ACCCIS sebagai sebuah persatuan yang telah lama bertapak di negeri ini boleh membantu kerajaan dalam mengetengahkan lagi SCORE untuk menarik pelabur melabur dalam pelbagai sektor industri,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar masyarakat Cina pada masa ini mencontohi ‘orang lama’ (masyarakat Cina dahulu) yang sentiasa berusaha gigih untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
“Bermula daripada bidang perniagaan kecil-kecilan, masyarakat Cina melangkah setapak demi setapak untuk membuka peluang peniagaan yang lebih besar sekali gus muncul antara peniaga yang berjaya.
“Kita mengagumi cara-cara mereka (masyarakat Cina) dalam menjalankan perniagaan, hasil usaha yang gigih kita membuahkan hasil dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat itu pada masa kini,” kata Taib.
Menurutnya lagi, perniagaan Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi tersenarai dalam bursa saham berbanding negeri-negeri lain dengan hampir 30 buah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia.
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama kita semua tanpa mengira bangsa malah sektor perkayuan menyumbang kepada pendapatan paling besar yang mana Sarawak mempunyai tujuh syarikat perkayuan utama yang mempunyai aset melebihi 100 bilion dolar (AS),” ujarnya.
Hadir sama Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin dan Menteri Muda (Pembangunan Estet Perindustrian) Datuk Peter Nansian Ngusie, Presiden ACCCIS Datuk Wee Kok Tiong dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, majlis malam kelmarin merupakan kali pertama Chin bersua muka dengan Ketua Menteri pada majlis umum sejak Chin dilantik sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Chin yang merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah lama tidak kelihatan bersama Taib pada majlis umum sejak pemilihan ahli Majlis Tertinggi SUPP pada Disember lalu, bertemu juga selepas menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Beliau yang tiba 30 minit sebelum kedatangan Taib, bagaimanapun enggan mengulas bagi mengesahkan sama ada majlis itu merupakan pertemuan pertama beliau bersama Taib pada majlis umum.
“No Comment, please, no comment (Tiada komen, tolong, tiada komen),” kata Chin.
Sementara itu, ketika ditanya apa yang akan dikatakan (bincang) dengan Taib, Chin berkata: “’No comment’ (tiada komen).”
Taib enggan campur tangan
by Sandy Mark Luna. Posted on February 5, 2012, Sunday
SUPP, SPDP perlu ambil inisiatif sendiri selesaikan masalah kepimpinan mereka
KUCHING: Dua parti komponen Barisan Negeri (BN) perlu meng-ambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah kepim-pinan yang melanda parti tersebut.
CERIA: Taib memberi tanda ucap selamat kepada maskot kucing ketika tiba pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MBKS di Kuching, semalam. Turut kelihatan isterinya Ragad, Wong dan Chan (memegang maskot kucing).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, beliau memilih untuk tidak campur tangan dalam krisis yang melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kerana telah banyak memberikan panda-ngan dan nasihat sebelum ini.
“Bukannya saya mahu lepas tangan tetapi saya sudah banyak memberi nasihat kepada mereka (SUPP) namun kata-kata saya seolah-olah tidak relevan… (bagi masalah SPDP) biarkan mereka (untuk sementara waktu),” katanya.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, semalam.
Disember lepas, Menteri Kanan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh bertindak memboikot Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali parti yang diterajui Presiden baharu Datuk Seri Peter Chin kerana mendakwa terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan cawangan parti.
Kumpulan Wong dianggotai oleh Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Bengoh Dr Jerip Susil dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong.
Manakala bagi SPDP, kesemua kumpulan berlima keluar parti sejurus penyingkiran Menteri Muda Bekalan Air dan Pertanian Datuk Sylvester Entri Muran yang juga ADUN Marudi.
Empat lagi anggota berkenaan ADUN Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Prindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.
Mereka baru-baru ini juga menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan selain mendakwa, ramai yang keluar daripada SPDP untuk menyertai mereka.
Menurut Taib, fokus utamanya adalah memastikan tidak mahu ada sesiapa pun yang terkecuali dalam proses transformasi Sarawak.
Dalam perkara ini, katanya masyarakat Cina merupakan komponen penting dalam menjayakan matlamat tersebut memandangkan kaum itu lebih peka terhadap perubahan.
“Justeru saya berharap terdapat pergerakan yang mewakili masyarakat Cina dapat tampil untuk me-mainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.
Turut hadir isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Datuk Bandar MBKS James Chan.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants