BN Perlu Kerja Keras Pertahan Stampin
by Wan Ali Amit. Posted on April 7, 2012, Saturday
Pembangkang turut berusaha untuk menakluki kerusi yang disandang Yong, kata LoKUCHING: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
LO
Naib Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa, Lo Khere Chiang berkata, memang diakui SUPP bakal berdepan tugas getir pada PRU13 nanti, justeru mereka perlu bekerja keras untuk menghadapi cabaran itu.
Lo yang merupakan salah seorang nama (calon) yang disebut-sebut bertanding bagi mempertahan kerusi Parlimen Stampin pada PRU13, yakin jika jentera BN bekerja keras tidak mustahil SUPP mampu mempertahan kerusi itu.
“Saya tidak pasti sama ada dicalonkan atau tidak pada PRU13 nanti, namun saya tetap berharap jentera SUPP dan BN bekerja keras untuk mempertahan kerusi Parlimen Stampin,” katanya.
Bercakap kepada pemberita ketika sesi lawatannya ke Flat Taman Perumahan Flora Indah, Jalan Arang di sini semalam, Lo berkata pihak pembangkang sememangnya sedaya upaya untuk menakluki kerusi Parlimen Stampin.
Bagaimanapun, katanya, penyandang kerusi parlimen terbabit iaitu Datuk Yong Khoon Seng masih mampu untuk memberikan khidmatnya kepada rakyat di kawasan terbabit jika diberi peluang bertanding semula.
“Saya percaya Datuk Yong (Khoon Seng) masih mempunyai sokongan padu daripada rakyat di kawasannya, justeru tidak mustahil beliau dicalonkan semula untuk mempertahan kerusi parlimen terbabit,” katanya.
Yong, sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk berundur daripada arena politik dan memberi ruang kepada generasi muda untuk berkhidmat dengan rakyat di kawasannya.
Selain Lo, beberapa nama (calon) dari SUPP juga disenaraikan untuk menggantikan Yong pada PRU13 akan datang.
Lo, yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata, beliau tetap menjalankan tugasnya dan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan terbabit.
“Saya tidak tahu sama ada nama saya disenaraikan oleh SUPP antara calon yang bakal bertanding pada PRU13 nanti, namun saya tetap menjalankan tugas mendekati rakyat di bawah bidang kuasa MPP,” katanya.
Sehubungan itu, beliau juga berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada pihak kerajaan BN agar segala program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Kami (MPP) akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat di semua kawasan dalam bidang kuasa kami agar mereka dapat menikmati pembangunan dan kehidupan yang selesa,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!