RIBUAN AHLI PAS PENANG HADIR.. PEMUDA PAS NEGERI UMUM SOKONG HASAN ALI!!
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.
Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.
"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang.Sementara itu Presiden JATI Hasan Ali menyeru kesemua umat Islam tanpa mengira fahaman politik di Pulau Pinang menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan Islam, Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menegaskan, undi mereka akan menjadi penentu kerajaan mana yang boleh dipertanggungjawabkan mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, sebagai orang Islam mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!