Majlis Peguam mula dihantui peguam hantu demi untuk mencapai resolusi bagi mengecam tindakan polis ke atas perusuh Bersih 3.0 kononnya! Ini mengakibatkan ahlinya memfailkan saman ke atas mereka yang membenarkan resolusi diluluskan tanpa kuorom yang layak dan sepatutnya diambil oleh peguam sahaja dan bukannya orang luar?!?!
Nampaknya badan profesional sudah dibayangi pihak pembangkang dan menjadi kurang relevan sekiranya menurut telunjuk pemimpin politik yang tidak menunjukkan etika mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka seadilnya!?!? Semoga pihak yang bertanggungjawab akan menyiasat isu ini dengan segera kerana sistem keadilan negara akan memjadi bias dan tidak mungkin menegakkan sistem keadilan di Malaysia dan hanya akan bertindak mengikut kepentingan orang tertentu sahaja?!?!
Mustapha, M., 'Ahli Mahu Saman Majlis Peguam', Utusan Online, 13 Mei 2012,
http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm dicapai pada 13 Mei 2012.
Posted from my iPad
Lawas mungkin menjadi agenda dalam RMK-10 untuk dibesarkan agar dapat menampung pesawat jenis ATR-72. Kemudahan ini amat bermakna bagi penduduk di sekitar Lawas malah merangkumi selatan Sabah dan juga Miri. Kemudahan untuk balik kampung dengan mudah dan kemungkinan besar lebih banyak lagi jadual penerbangan akan ditambah untuk menghubungi Lawas.
Berita ini dikhabarkan oleh Awang Tengah ketika sidang media setelah menjadi tetamu kepada rancangan RTM 'Selamat Pagi Malaysia'. Awang Tengah juga menyatakan PM sudah memberi respons yang positif mengenai hal ini. Kerajaan negeri juga sudah mengenalpasti tapak yang baru untuk lapangan terbang yang baru ini. Semoga kerajaan BN masih lagi mendapat mandat agar Lawas dapat menjadi tarikan pelancong yang ramai kelak?!?!
Pengarang, 'Najib beri reaksi positif pembinaan lapangan terbang baru Lawas: Awang Tengah', Berita Harian Online, 13 Mei 2012,
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibberireaksipositifpembinaanlapanganterbangbaruLawas_AwangTengah/Article dicapai pada 13 Mei 2012.
Posted from my iPad