Siapa tidak kenal Salleh Mahali? Sebelum ini orang kuat PBB Dalat. Kemudian menyertai PERSB. Kini dikatakan telah bergiat dalam UMNO Johor. Bagaimanakah pengalaman politik beliau sehingga boleh bertukar parti seumpama t-shirt pilihanraya PKR dan PAS??
Dia pernah menggesa Ketua Menteri agar dihadkan selama 2 penggal sahaja. Bukan Ketua Menteri Johor tetapi Ketua Menteri Sarawak?!! Sebelum ini mengaku anak jati Dalat, sekarang mengaku UMNO Johor?!! Bagaimanakah UMNO Johor sanggup menerima perwatakan yang sedemikian?!! Silap-silap dia akan bertanding menjadi calon bebas untuk melawan calon BN Parlimen Mukah kelak? Namun begitu, PBB sentiasa tidak gentar. Ada juga blogger SPDP iaitu Audi Chua yang dikhabarkan telah menginci kerusi P213 yang sama diingini oleh Salleh Mahali suatu ketika dahulu?!!!
Beri peluang anak jati Dalat jadi calon BN
Salleh Mahali |
Seorang anak jati daerah Dalat, Salleh Mahali, mencadangkan kepada pucuk pimpinan BN agar memilih dan memberi peluang kepada seorang anak jati dari Dalat untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen terbabit.
“Ini kerana calon sebelum ini yang juga penyandang kerusi Parlimen Mukah telah diberi peluang beberapa kali. Telah tiba masanya anak jati dari Dalat diberi peluang sebagai calon bagi bertanding di kerusi Parlimen Mukah.
“Sebelum ini, kerusi ini ditandingi oleh anak jati dari daerah Dalat. Namun ini hanya cadangan dan pandangan peribadi saya serta tidak merujuk kepada mana-mana pihak,” ujarnya kepada Utusan Borneo, semalam.
Kerusi Parlimen Mukah buat masa ini disandang oleh Datuk Muhammad Leo Toyad dan merangkumi DUN Dalat yang disandang oleh Datuk Fatimah Abdullah dan DUN Balingian oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Muhammad Leo menang dengan majoriti 6,298 undi setelah memperolehi 10,090 undi menewaskan calon bebas, Hai Merawin @ Bonaventure, yang hanya memperolehi 3,792 undi.
Menurut Salleh lagi, penduduk di Parlimen Mukah memerlukan calon yang boleh membawa perubahan dan idea baru, berwibawa, mendahulukan kepentingan rakyat serta boleh bersuara semasa persidangan Parlimen.
“Ini demi kepentingan rakyat amnya dan rakyat Sarawak khususnya,” jelas beliau sambil menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukan calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi Parlimen Mukah.