DAP kecundang lagi yang di Sarawak untuk mengibarkan sayap burung 'menan' mereka di Siburan. Agaknya berguni-guni patung menan tidak dapat dijual kepada orang Bidayuh!!? Pihak DAPig patut sedar sungguhpun orang Bidayuh duduk di luar bandar dan orang DAPig banyak di bandar, namun orang Bidayuh berpandangan jauh dan tidak mudah digugat dengan burun menan!! Setakat nak buat majlis kemudian jual burung menan baik tidak payah!! Semua orang sudah sedar setiap kali DAP turun, mereka akan menjual burung menan untuk menunjukkan sokongan kepada DAP!!?? PKR dan PAS pun berjaya diolok-olokkan oleh DAP untuk menggunakan burung menan!!?? Agaknya orang-orang DAP ini tidak puas bermain anak patung menan semasa kecil dahulu sehingga terbawa-bawa ke dalam agenda parti mereka!!! Kononnya burung menan ni banyak kuasa sakti semasa Pilihanraya Negeri Sarawak dahulu tetapi bolehkan kuasa sakti ini diteruskan!!??
DAP dinasihati lupakan hasrat bawa jenama politik mereka ke luar bandar
Posted on October 11, 2011, Tuesday
|
Sepi : Kehadiran yang tidak dijangka daripada penyokong DAP! |
KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri semalam menasihatkan Parti Tindakan Demokratik Negeri (DAP) agar melupakan hasrat untuk membawa jenama politik mereka ke kawasan luar bandar.
Isyaratnya amat jelas apabila hanya sebilangan orang menghadiri seminar tajaan DAP di Restoran Wei Thien Siburan di sini tengah hari Ahad lepas.
Seminar tersebut menyaksikan Pengerusi Majlis Konsultatif Dayak (DDC) Dr John Brian Anthony dan Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng sebagai penceramah utama dan Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen sebagai penceramah tambahan.
Turut hadir memberikan sokongan moral ialah ahli DCC Edward Luak dan Ben Diomedes.
Disebabkan kehadiran hampir kosong, pihak DAP menukar seminar tersebut kepada sidang media yang dihadiri oleh enam pemberita kebanyakannya daripada akhbar Cina.
Turut difahamkan, John Brian tiba dari Kuala Lumpur berharap dapat menyampaikan ceramahnya di hadapan penonton yang hadir memenuhi ruang restoran tersebut.
Bahkan, Ho Leng yang juga Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Asek terdesak untuk menjelaskan bahawa masyarakat di Siburan mempunyai komitmen sendiri sehingga tidak dapat hadir.
ADUN Bengoh merangkap Menteri Muda Kesihatan Dr Jerip Susil ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata: “Mereka (DAP) cuba menembusi Bengoh tetapi masyarakat tidak tunduk kepada jenama politik mereka.”
Ahli jawatankuasa kerja pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ini turut disokong oleh seorang lagi wakil yang dipilih dari kawasan luar bandar Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.
Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) ini berkata: “Ini bermaksud majoriti masyarakat Dayak tidak ada keyakinan dengan DCC yang ditubuhkan oleh DAP.”
“Mereka tidak seperti kerajaan BN yang berterusan membantu rakyat. Belanjawan 2012 yang lepas adalah satu indikator yang baik bahawa BN boleh menawarkan banyak hadiah kepada rakyat,” tambahnya.
Sementara itu, Setiausaha BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi berkata DAP tidak sepatutnya memandang rendah kematangan politik Dayak.
Beliau berpendapat DAP hanya berminat dalam menggunakan Dayak untuk mencapai impian mereka untuk memerintah Sarawak.
“Saya amat pasti tiada keikhlasan dalam mereka untuk membawa kemajuan kepada masyarakat Dayak.
“Pembatalan seminar tersebut disebabkan maklum balas yang lemah daripada Dayak adalah petunjuk ‘No Go’ untuk DAP ke kawasan Dayak,” kata ADUN Kemena dan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) ini.
Sementara itu, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Muda Belia berkata sokongan lemah terhadap seminar tersebut jelas menunjukkan penolakan Bumpitera terhadap DAP.
“DAP menggunakan DCC untuk mempengaruhi Dayak dan Bumiputera sebagai jalan kepada mereka memasuki kawasan Bumiputera seperti yang boleh dibaca oleh semua Bumiputera,” kata orang kuat PBB ini.
Dalam pada itu, Pengerusi PBB Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim berkata rakyat Sarawak secara amnya telah matang, sedar dan mengetahui bahawa pembangkang hanya tahu mencari kesalahan BN atau hanya bagus dalam memberi maklum balas tetapi tidak menyediakan penyelesaian realistik.
“Setiap kali BN tampil dengan inisiatif yang baik kepada rakyat, mereka akan kata ia kerana inisiatif, cadangan dan tekanan daripada mereka (pembangkang) untuk dilakukan oleh BN.
“Mereka kadang-kadang dengan mudah mengatakan ia tidak baik, idea yang teruk, sebagai contoh Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Kita sebagai rakyat tahu belanjawan tersebut adalah baik kepada kita semua,” katanya.
Bercakap mengenai pembatalan seminar tersebut Ahmad berkata berikutan kehadiran yang kurang adalah disebabkan Bidayuh tidak berminat dengan propaganda DAP.
Kawasan tersebut (Padawan/Tarat) mempunyai Timbalan Menteri Persekutuan iaitu Datuk Dr James Dawos dan Menteri Muda Negeri Dr Jerip Susil di Bengoh.
Di Serian pula, Bidayuh diwakili oleh seorang lagi Menteri Persekutuan iaitu Datuk Richard Riot.
“Sudah pasti, cukup wakil untuk memastikan kemajuan dan penyampaian program serta projek kerajaan.
“Bidayuh bertuah. Jadi mereka menolak dan meminta pembangkang menjauhkan diri dan tinggalkan mereka,” tegas Ahmad.